
SOUTHSEA - Seorang nelayan menangkap seekor ketam
ganjil yang wajahnya dikatakan mirip makhluk
asing dalam filem Predator yang dibintangi pelakon
Arnold Schwazenegger pada tahun 1980-an, lapor
sebuah akhbar semalam.
Ketam itu kini ditempatkan di Akuarium Blue Reef
di Southsea, Hampshire, Britain selepas haiwan
tersebut diserahkan untuk dipamerkan baru-baru ini.
Haiwan tersebut turut dikenali sebagai ketam span dan
ia boleh menyamar dan mengelak daripada dilihat
menerusi pemandangan mata semasa haiwan tersebut
berada di dasar laut.
Ketam itu akan dipamerkan kepada orang ramai selepas
ia selesai dikuarantin.
No comments:
Post a Comment