widget

Monday, April 11, 2011

Kay....Bekas Isteri Sudirman



Setelah puas berteka-teki dan mencari, kini ramai yang amat yakin bahawa seorang ibu yang bernama Kamariah Jamaludin, 57, merupakan bekas isteri Sudirman Haji Arshad yang menghilang diri tanpa berita sejak penceraian mereka pada 25 Mei 1984. Apa yang membuat keyakinan tersebut bertambah menebal ialah ciri-ciri, pendidikan dan latarbelakang Kamariah yang hampir 99 peratus sama.

Beliau lahir pada tahun 1954 iaitu sama tahun dengan arwah Sudirman, Bersekolah di Primary School di Mentakab, Methodist Girls Secondary School dan Sekolah Sultan Abu Bakar di Kuantan, Pahang. Lebih menguatkan fakta, beliau juga mempunyai Bachelor’s degree, majoring dalam Anthropology dan Sociology daripada University Malaya pada tahun 1974. Malah beliau juga pernah bekarja di Petronas sebagai seorang eksekutif.

Namun apa yang menjadi persoalan sekarang, kenapa beliau mengambil sikap berdiam diri dan enggan mengakui sebagai bekas isteri penyanyi terkenal itu? Apakah beliau malu? Tidak mahu dituduh sebagai mengambil kesempatan @ menumpang populariti? Ada rahsia besar antara dia dan Sudirman? Atau mungkin ada sesuatu yang sukar untuk beliau jelaskan kepada seluruh peminat Sudirman?

Apapun alasan tersebut, kita seharusnya tabik dan menghormati pendirian beliau yang merendah diri demi maruah semua pihak. Bak kata pepatah, seperti buah padi, makin berisi makin rendah, jangan seperti lalang, makin lama makin tinggi. Ini kerana, masanya mungkin akan tiba jua untuk beliau sendiri menjelaskan dan menceritakan siapa diri beliau yang sebenarnya termasuk rahsia yang beliau simpan selama ini. Insa'Allah..!

Sedikit bio Kamariah Jamaludin yang diambil daripada laman web beliau:
Kamariah Jamaludin was born, bred and educated in the state of Pahang. She respectively attended the Abu Bakar Primary School in Mentakab and the Methodist Girls Secondary School and Sultan Abu Bakar School in Kuantan, Pahang. In 1974, she finally left her beloved home-state for Kuala Lumpur to pursue her Bachelor’s degree, majoring in Anthropology and Sociology at the University of Malaya.

Kamariah sekarang?
Klik untuk imej besar...


Inikah Kay?





Sedikit mengenai kisah Sudir dan Kay...

PERCINTAAN dan perkahwinan dengan Kamariah Jamaludin atau lebih dikenali Kay adalah sesuatu yang indah buat Sudirman Haji Arshad.

Sudirman pernah memberitahu sahabat baiknya, pelakon dan penyanyi Noorkumalasari bahawa Kay adalah wanita pertama dan terakhir yang dicintainya. Mereka disatukan pada Hari Valantine - 14 Februari 1981 selepas Sudirman menamatkan pengajiannya di Universiti Malaya. Kay yang bekerja di Petronas adalah pilihan hati Sudirman yang dikenali sejak kecil lagi.

Pastinya berita perkahwinan mereka diterima baik peminat kerana percintaan mereka bukan rahsia lagi.


Bagaimanapun, takdir menentukan segalanya apabila mahligai cinta yang dibina dengan kasih sayang roboh bak istana pasir dilanda ombak. Perkahwinan mereka cuma bertahan selama tiga tahun sahaja. Ia berakhir dengan penceraian pada 25 Mei 1984 kerana tidak wujud lagi persefahaman antara mereka. Pasangan itu tidak mempunyai anak.

Dalam majalah Utusan Filem dan Fesyen (UFF) dalam kolum Masih Kuingat Lagi, Sudirman menulis, 2 perkara yang sangat memilukan hatinya. Pertama, kehilangan ibu pada usia yang sangat muda. Keduanya, perkahwinannya yang gagal.


Sudirman merakamkan kedukaannya melalui pahit getir penceraian menerusi lagunya Terasing dan Merisik Khabar, malah beliau turut mencipta lagu Setiamu Tiada Lagi dendangan Ibnor Riza. Setelah bercerai, Sudirman menumpukan seluruh tenaga kepada kariernya termasuk menulis, melukis, dan menubuhkan syarikatnya sendiri.

Sahabat baik Sudirman, penyanyi Noorkumalasari dalam catatan mengenai Allahyarham yang disiarkan dalam Harian Metro pada 1992 berkata, suasana malam di rumah Sudirman sangat sayu menjelang perpisahan antara mereka. “Apabila cerai dilafazkan mereka bertangisan. Air mata tidak dapat dibendung,” kata Noor yang menyaksikan sendiri perceraian Sudirman dan Kay.

Sewaktu hampir berpisah dengan Kay, Sudirman menelefon Noorkumalasari supaya dapat menjadi saksi ketika dia melafazkan cerai. Noorkumalasari bersama-sama bekas suaminya ketika itu bergegas ke rumah Sudirman di Bangsar.

Noorkumalasati berkata "Suasana malam itu begitu sayu menjelang perpisahan mereka. Kedua-duanya kelihatan seperti biasa. Sebaik cerai dilafazkan, mereka tiba-tiba bertangisan. Air mata tidak dapat dibendung lagi, lalu kedua-duanya berpelukan. Begitu sayu menyaksikan peristiwa itu."

Noorkumalasari tidak dapat menahan sebak, seterusnya turut menangis sama. Sudirman, katanya, ketika itu berada dalam keadaan tidak tentu arah. Siapa sangka percintaan yang mereka pupuk sekian lama berakhir dengan cara begitu. Namun, Noorkumalasari memuji caranya yang begitu gentleman.


Noorkumalasari berkata lagi : "Sejak perpisahan itu jugalah, timbul semacam perubahan pada diri Sudir. Peminatnya mungkin tidak perasan mengenai perubahan ini. Tetapi di kalangan rakan artis, apatah lagi mereka yang rapat dengannya, perubahan diri Sudir itu jelas ketara.

"Percayalah kalau Noor katakan, meskipun di antara Allahyarham dan Kaytiada sebarang ikatan, namun Allahyarham masih terus menyarung cincin perkahwinan mereka. Noor sendiri kehairanan mengapa Allahyarham bersikap begitu?"

Noorkumalasari ada menasihati Allahyarham agar menerima hakikat hidup. "Payah juga hendak dilentur, tetapi lama kelamaan, jika tidak silap Noor di antara dua atau tiga tahun, barulah Allahyarham menanggalkan cincin itu daripada jarinya," cerita Noorkumalasari lagi.

(\__/)
(='.'=)
(")_(")

Saturday, April 9, 2011

Wanita Aceh Pengsan Disebat


IRDAYANTI terpaksa diusung setelah dia pengsan selepas selesai menjalani hukuman sebat di Aceh Besar, Banda Aceh semalam.


BANDA ACEH - Dua pasangan Islam dihukum rotan selepas mereka didapati bersalah kerana melakukan perbuatan tidak bermoral, kata seorang pendakwa raya semalam.
Pasangan itu, Sudirman Bintang, 43, dan Irdayanti Mukhtar, 34, dirotan sebanyak sembilan kali kerana mereka masing-masing telah berkahwin tetapi menjalin hubungan sulit.
Mereka dirotan di halaman Masjid Al-Munawarrah, Jantho, Aceh Besar semalam dan disaksikan oleh ratusan orang selepas solat Jumaat.
"Punca mereka dihukum keras adalah kerana kedua-dua mereka sudah berkahwin dengan orang lain," kata pendakwa raya itu, Bendry Almy. - Agensi

Wednesday, April 6, 2011

F1 PETRONAS 2011 Edisi 13


Schumacher, 7 kali juara dunia atau menurut laman rasmi Formula One “statistically the greatest driver the sport has ever seen” akan hadir ke pameran F1 di tingkat Concourse, KLCC pada 6 April 2011. Turut hadir, ialah Nico Rosberg, yang telah digandingkan bersama Schumacher dalam pasukan Mercedes GP Petronas Formula One untuk musim 2011.
Mulai 2-10 April, sebuah pameran F1 secara besar-besaran akan berlangsung di KLCC dimana anda sebagai pengunjung boleh memenangi pelbagai produk F1 dengan mengambil bahagian menjawab soalan-soalan trivia daripada pihak penganjur.
Di pameran tersebut, anda boleh melihat sendiri secara dekat rekacipta kereta F1 yang digunakan untuk perlumbaan berprestij ini. Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang mencuba permainan simulator bagi merasai sendiri pengalaman sebagai pemandu F1.
Selain itu, anda berpeluang menemui pemandu kegemaran secara eksklusif dengan menyertai pertandingan mudah di Facebook Petronas Motors Sports. Anda hanya perlu mengajak kawan-kawan Like gambar sebanyak yang memungkinkan anda memenangi meet & greet bersama pemandu F1. Kami dah cuba, inilah hasilnya. Pertandingan ini berakhir pada 5 April 2011, cepat-cepat hantar yeah!

Tuesday, April 5, 2011

Anda Tengok, Anda Nilai Sendiri




















Anda tengok, anda nilai sendiri siapakah watak disebalik video yang tersebar. Biarpon hakim telah membuat keputusan, biarlah mangsa membuat penafian, walaupon penyebar didakwa sewajarnya tetapi diri anda, fikiran anda, jiwa anda yang membuat keputusan buat diri anda....... nilai sendiri dengan akal fikiran dan kewajaran.. kebenaran masih dihadapan........

Friday, April 1, 2011

Budak Sekolah Bertudung Hisap Rokok Di Tempat Awam




Hari ini semasa menjamu selera di salah sebuah kedai makan di lokasi yang dirahsiakan, penulis terjumpa seorang pelajar perempuan bertudung yang sedang menelaah sesuatu, mungkin sedang menyiapkan kerja sekolah. Penulis agak terperanjat apabila melihat sesuatu yang berasap di celah jarinya. Dalam hati berbisik, "Takkanlah budak ni isap rokok kot?". Namun apabila diperhatikan, memang sah dia hisap rokok dengan bersahaja di khalayak ramai. Perlahan-lahan kamera dikeluarkan untuk mengambil beberapa keping gambar dan inilah hasilnya huhu...



Susah juga nak ambik gambar awek ni, penulis takut dia terperasan gambarnya sedang diambil, jadi penulis terpaksa berpura-pura dan mencari helah. Di dalam hati risau juga kang tak pasal-pasal dia mengamuk hahaha. Apapun hasil susah payah mengambil gambar, akhirnya penulis berjaya mendapatkan shot terbaik iaitu gambar di saat dia sedang menyedut asap rokok sehingga menampakkan lekuk pada pipinya he he he. Barulah terbukti rokok tu memang dia hisap, bukan sekadar pegang je wakaka...


Kapal Angkasa Messenger Rakam Gambar Planet Utarid


Imej planet Utarid atau Mercury yang dirakam pertama kali oleh kapal angkasa Messenger yang sedang mengorbit planet tersebut. – AP


WASHINGTON 31 Mac - Saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) semalam meneliti beratus-ratus gambar planet Utarid yang dirakam oleh kapal angkasa Messenger ketika ia memulakan misi setahun ke orbit dan pemetaan sistem solar planet misteri itu.
Selepas mengharungi perjalanan sejauh 7.9 bilion kilometer selama enam tahun setengah, kapal angkasa itu akhirnya memasuki orbit planet berkenaan pada 17 Mac lalu.
Kelmarin, Messenger mula mendedahkan rahsia Utarid yang mempunyai suhu mencecah 427 darjah Celcius pada waktu siang dan jatuh mendadak ke 100 darjah Celcius di bawah paras beku pada waktu malam.
“Awal pagi ini kira-kira pukul 5.20 pagi waktu tempatan, Messenger berjaya merakam gambar bersejarah pertama planet Utarid.
“Imej ini merupakan yang pertama dirakam oleh sebuah kapal angkasa di orbit planet sistem solar yang paling jauh,” lapor NASA.
Imej awal yang dirakam menunjukkan permukaan kawah luar biasa berwarna gelap digelar Debussy, sementara beberapa imej lain memaparkan bahagian lain Utarid berhampiran kutub selatannya yang sebelum ini tidak pernah disaksikan oleh pesawat angkasa lepas, menurut NASA.
Kapal angkasa itu merakam 363 keping imej dalam tempoh enam jam dan mendedahkannya semalam semasa satu persidangan pakar untuk membincangkan penemuan tersebut.
“Imej pertama dari orbit yang dirakam Messenger ini merupakan maklumat awal sebelum lebih banyak maklumat dikumpul selepas ini. Penjelajahan orbit di planet yang paling jauh dalam sistem solar, baru bermula,” kata NASA. - AFP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...