widget

Thursday, January 22, 2015

Amalan Anak-anak Untuk Ibu Bapa Yang Sudah Meninggal Dunia





Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Sahabat yang dirahmati Allah,
Ibu bapa adalah orang yang paling berjasa kepada anak-anaknya. Bermula daripada kesusahan ibunya mengandung selama 9 bulan 9 hari. Kesusahan melahirkan anak-anak dan menyusukan dan membesarkan mereka.

Bagi anak-anak jasa dan pengorbanan ibu bapa sangat besar nilainya. Mereka dengan penuh rasa tanggungjawab membesar, mendidik dan memelihara anaknya hingga menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat dan negara. Seorang anak yang diasuh dan dididik dengan nilai agama, hendaklah memberi penghormatan dan kasih sayang sewajarnya kepada mereka.

Kita hendaklah menunjukkan rasa terima kasih dengan sentiasa berbuat baik dan tidak melanggar segala perintahnya, menjaga perasaannya jangan sampai terluka serta menjaganya ketika mereka dalam tua atau uzur.

Sememangnya, kedudukan atau darjat ibu bapa di sisi Allah sangat mulia dan tinggi sekali, sehingga menjadi sebagai ukuran penentu bagi keredaan dan kemurkaan Allah. Ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud: "Keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa dan kemurkaan Allah pula terletak pada kemurkaan ibu bapanya." (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Hakim).

Berdasarkan maksud hadis di atas, seharusnya sebagai insan yang memiliki kesempurnaan akal, kita berusaha untuk mencapai keredaan ibu bapa. Namun dalam masyarakat kita, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang ini, kenyataannya masih ramai yang belum insaf dan tidak prihatin terhadap keterangan hadis di atas. Mereka dengan rasa tanpa segan silu, melakukan penderhakaan terhadap ibu bapa yang banyak berjasa.

Sahabat yang dimuliakan,
Setiap yang hidup anak mati , mati tetap datang kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur apabila saatnya sampai maka dia akan dijemput oleh Allah SWT untuk bertemu dengan-Nya di alam barzakh. Apabila ibu atau bapa kita sudah meninggal dunia atau kedua-duanya sudah kembali kerahmatullah, sebagai anak apakah hadiah dan bantuan terbaik yang dapat kita berikan tanda kita kasih dan sayang kepada kedua ibu bapa kita? , dan sebagai tanda penghargaan kita sebagai seorang anak yang soleh atau solehah?

 Terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim bahawa seorang sahabat bertanya Nabi SAW mengenai apakah jasa yang boleh dilakukan oleh anak kepada kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia.?

"Setiap kali Rasulullah SAW mengadakan majlis iaitu tempat baginda mengajar umatnya, ia sentiasa di penuhi oleh orang ramai. Pada suatu hari ketika baginda sedang duduk di sekeliling oleh para sahabat, datanglah seorang lelaki yang bernama Usaid bin Malik bin Rabiah menghadapnya. Dia adalah seorang pahlawan Islam yang sangat berani.

Setiap kali Nabi SAW mengadakan majlis itu, Usaid sentiasa menghadirinya. Dia merasakan segala nasihat-nasihat tentang agama dan ilmu itu sangat penting baginya. Ketika mereka sedang asyik mendengar syarahan dari baginda, tiba-tiba datang seorang lelaki dari golongan Bani Salmah. Sebaik sahaja dia masuk kemajlis itu dengan hormat dia pun bertanya kepada Rasulullah SAW :

“Ya Rasul Allah, masih dapatkah saya berbuat baik terhadap ibu bapa saya meskipun mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka masih hidup saya telah berbuat baik terhadap mereka mengikut apa yang terdaya oleh saya. Saya sentiasa berfikir apakah yang boleh saya lakukan setelah keduanya meninggal dunia.”

Rasulullah SAW menjawab yang bermaksud :

“Ya…dapat, sembahyangkanlah untuk kedua ibu bapa kamu, mohon keampunan untuk keduanya, laksanakanlah wasiatnya dan eratkanlah silaturahim dengan orang-orang yang kedua ibu bapa kamu lakukan serta muliakanlah teman kedua ibu bapa kamu.”

Sebaik sahaja mereka terdengar jawapan dari Rasulullah SAW itu mereka terdiam seketika tetapi di wajah masing-masing terbayang kegembiraan. Lelaki yang bertanya tadi masih tidak faham akan jawapan yang di berikan oleh Rasulullah SAW, lantas dia meminta baginda menerangkan sekali lagi.

Rasulullah SAW  tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu lantas baginda pun bersabda yang bermaksud “Apabila meninggal dunia seorang anak Adam maka putuslah segala amalannya kecuali tiga iaitu :

1. Sedekah yang di tinggalkan semasa hidup.

2. Ilmu yang di menfaatkan dan

3. Anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.”

Setelah Rasulullah SAW berkata begitu barulah lelaki itu faham dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Nabi SAW kerana telah memberi sesuatu yang besar menfaatnya kepada yang hidup maupun yang telah mati.”

(Hadis Riwayat Luqman Hakim)

Berdasarkan hadis di atas terdapat beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh seorang anak untuk kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia iaitu :

1. Sembahyangkan untuk mereka.

2. Mohon keampunan untuk mereka.

3. Laksanakan wasiat yang mereka tinggalkan.

4. Eratkanlah silaturahim dengan orang-orang yang mereka lakukan

5. Muliakanlah teman-teman mereka.

6. Doakan kepada mereka. (Setiap selepas solat fardu berdoalah kepada Allah SWT untuk  kedua ibu bapa supaya Allah SWT mengampunkan semua dosa-dosa mereka)

Selain daripada perkara-perkara diatas seorang anak yang soleh atau solehah akan melakukan beberapa perkara kebaikan untuk membantu ibu bapa mereka yang sedang berada di alam barzakh sebagai ikhtiar dan usaha-usaha untuk membantu mereka beroleh kebaikan dan tambahan pahala yang berterusan.

1. Banyakkan bersedekah terutama sedekah jariah (pembinaan sekolah agama, masjid, rumah anak yatim dan mewakafkan tanah perkuburan orang Islam) niatkan untuk mereka.

2. Sedekahkan al-Quran, buku-buku Islam di sekolah-sekolah agama atau maahad tahfiz atau dimasjid-masjid niatkan untuk mereka.

3. Selalu sedekahkan al-Fatihah, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-nas, surah Yasin, surah al-Baqarah dan ayat-ayat al-Quran yang lain untuk mereka. Sebaik-baik yang membacanya adalah kita sendiri sebagai seorang anak.
Sedekah bacaan al-Quran menurut majoriti ulama ahli sunah waljamaah sampai kepada simati :

Abu al-Lajlaj Abu Khalid (seorang sahabat) mendengar Nabi SAW menggalakkan para sahabat membaca ayat suci al-Quran di bahagian kepala dan kaki si mati di atas kubur. Lalu mewasiatkan amalan tersebut kepada anaknya supaya berbuat demikian.

Abd Rahman bin al-A’la bin Lajlaj daripada bapanya, katanya : berkata Abu al-Lajlaj Abu Khalid : “Wahai anakku, apabila aku meninggal dunia kebumikanlah aku. Apabila kamu meletakkan jasadku di liang lahad, bacalah: “Dengan nama Allah dan atas agama Rasulullah SAW, Kemudian curahkanlah tanah dengan cermat ke atasku. Kemudian bacalah disisi kepalaku permulaan surah al-Baqarah dan penutupnya, kerana aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda sedemikian.” (al-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 1982, Maktabah al-Ulum Wal Hikam, hlm 220 juz 19)

Di dalam kitab al-Azkar di bawah tajuk: “Apa yang perlu dibaca selepas pengebumian?. Imam al-Nawawi menyebutkan: “Al-Syafie dan para sahabat (ulamak Syafi’iyyah) mengatakan: “Disunatkan membaca disisi kubur sesuatu daripada ayat al-Quran. Mereka mengatakan: Jika mereka mengkhatamkan al-Quran kesemuanya maka itu adalah (sesuatu yang) baik.” (al-Nawawi, al-Azkar, Dar al-Makrifah: Beirut, 1996, hlm. 142 )

Imam al-Hassan bin al-Sobbah al-Za’farani berkata: “Aku bertanya kepada al-Syafi’ie tentang bacaan al-Quran di kubur. Lalu beliau menjawab: “Tidak mengapa. Al-Khallal meriwayatkan daripada Al-Sya’bie katanya: “Orang Ansar apabila berlakunya kematian dikalangan mereka, maka mereka selalu mengunjungi kuburnya untuk membaca al-Quran di sisinya.”

4. Selesaikan semua hutang-hutang mereka samaada hutang sesama manusia atau hutang dengan Allah SWT. Jika hutang sesama manusia tidak diselesaikan roh mereka akan tergantung di antara langit dan bumi. Hutang dengan Allah SWT adalah nazarnya (jika ada). fidyah kerana meninggalkan puasa. Jika ibu bapa mempunyai hutang dengan bank seperti rumah, kereta dan lain-lain pinjaman tersebut melalui cara riba maka tukarkanlah pinjaman tersebut kepada cara muamalah  Islam dan tukar hak milik kepada anak-anak, kerana berat dosanya yang ditanggung oleh ibu bapa di alam barzakh.

5. Jika ibu bapa belum menunaikan haji maka kita boleh upahkan haji untuk mereka (niatkan upah haji untuk mereka).

6. Beramal dengan amalan Islam. Semua anak-anak yang masih hidup apabila mereka tidak mengamalkan cara hidup Islam dengan melakukan maksiat dan dosa, anak perempuan tidak menutup aurat,  bergaduh sesama adik beradik kerana harta pusaka semua tindakkan ini menyusahkan dan membebankan ibu bapa kita yang berada dialam barzakh. Ibu bapa akan menyesal kerana mereka tidak mendidik anak-anak mereka dengan cara hidup Islam hingga mereka melakukan maksiat kepada Allah SWT. Ketika ini penyesalan sudah tidak berguna lagi kerana perkara tersebut sudah berlaku. Tetapi untuk anak-anak pula macamana mereka hendak membantu ibu bapa mereka yang sudah mati tadi? Maka mereka perlu beramal soleh, beramal ibadah dan beramal kebaikan kerana semua pahala yang kalian buat akan membari saham yang besar kepada ibu bapa kalian yang sedang menderita di alam barzakh.

Amalkanlah ilmu yang diajarkan oleh kedua ibu bapa kalian maka mereka akan mendapat pahala ilmu yang bermanfaat. Banyakkan sedekah jariah dan niatkan untuk ibu bapa maka ibu bapa kalian akan mendapat pahala sedekah jariah.

Sahabat yang dikasihi,
Teruskan berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT. Apabila kita selesai solat fardu atau ketika berada diwaktu-waktu akhir malam , waktu mustajab doa maka berdoalah untuk kesejahteraan ibu bapa kita yang telah meninggal dunia :

Segala puji bagi Allah yang telah memerintah kami untuk bersyukur dan berbuat baik kepada ibu dan bapa, dan berwasiat agar kami menyayangi mereka berdua sebagaimana mereka telah mendidiki kami sewaktu kecil.

Ya Allah sayangilah kedua orang tua kami. Ampuni, rahmati dan redhailah mereka.

Ya Allah ampunilah mereka dengan keampunan menyeluruh yang dapat menghapuskan dosa-dosa mereka yang lampau dan perbuatan buruk yang terus menerus mereka lakukan.

Ya Allah, berbuat baiklah kepada mereka sebanyak kebaikan mereka kepada kami setelah dilipatgandakan, dan pandanglah mereka dengan pandangan kasih sayang sebagaimana mereka dahulu memandang kami.

Ya Allah berilah mereka hak rububiyah-Mu yang telah mereka sia-siakan kerana sibuk mendidik kami.

Maafkanlah segala kekurangan mereka dalam mengabdi kepada-Mu kerana mengutamakan kami.

Maafkanlah mereka atas segala dosa, maksiat dan syubahat yang mereka jalani dalam usaha menghidupkan kami.

Ya Allah berilah mereka bagian ganjaran dari ketaatan yang Engkau hidayahkan kepada kami, kebaikan yang Engkau mudahkan bagi kami, dan taufiq yang telah mendekatkan kami kepada-Mu.

Dan jangan bebankan kepada mereka segala dosa dan kesalahan yang kami lakukan dan tanggungjawab yang kami abaikan. Dan janganlah tambahkan dosa kami ke atas dosa mereka.

Bagi ibu bapa dan nenek moyang kami yang telah meninggal, berikanlah mereka rahmat yang menerangi pembaringan mereka di kubur dan rahmat yang menimbulkan rasa aman ketika manusia merasa ketakutan saat dibangkitkan. Jadikanlah lubang kubur mereka daripada taman-taman syurga. Jauhkan lubang kubur mereka salah satu daripada lubang-lubang api neraka.

Ya Allah lemah lembutlah kepada mereka yang berbaring di kubur dengan kelembutan yang melebihi sikap lembut mereka kepada kami di masa hidup mereka.

Ya Allah janganlah sampaikan kepada mereka berita tentang kami yang mengecewakan mereka, dan jangan bebankan dosa-dosa kami kepada mereka.

Jangan hinakan mereka di hadapan pasukan kematian, malaikat Munkar dan Nakir dengan perbuatan-perbuatan hina dan mungkar yang kami lakukan.

Senangkanlah roh mereka dengan amal-amal kami di tempat pertemuan para arwah, ketika orang yang soleh bergembira dengan putera-puteri mereka yang soleh. Janganlah jadikan mereka ternoda oleh perbuatan buruk kami.

Ya Allah jadikanlah kami penyejuk hati mereka pada hari berdirinya para saksi. Dan jadikanlah mereka orang-orang yang paling cemburu dengan keberhasilan anak-anak mereka hingga Engkau kumpulkan kami, mereka dan segenap kaum muslimin di negeri kemuliaan-Mu, tempat menetapnya rahmat-Mu, dan tempat para wali-Mu bersama orang-orang yang Engkau beri kenikmatan,

Yaitu, para nabi, shiddiqin, syuhada dan solihin, mereka itulah sebaik-baiknya teman.

Demikianlah kurnia dari Allah dan Allah cukup mengetahui. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah kepada junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat baginda.

Walhamdulillahi Rabbil `Aalamin.  Amin

Surah Al-Waqiah Kunci Rezeki





Ramai antara kita yang mengalami masalah kewangan, duit tidak cukup untuk menampung kehidupan. Pendek kata rezeki selalu sempit.

Al-quran merupakan mukjimat terbesar dan mempunyai fadhilat yang sangat banyak. Sebagai umat Islam kita seharusnya membaca al-quran setiap hari kerana ia adalah ibadah yang sangat tinggi nilainya di sisi Allah.

Sesiapa yang mempunyai kedudukan ekonomi yang sempit bacalah surah al-Waqiah untuk menolak kefakiran dan mendatangkan rezeki. Selain dari berusaha bersungguh-sungguh, amalan kerohanian seperti membaca quran, berzikir dan berdoa juga perlu dilakukan.

Berikut adalah cara yang paling mudah dalam mengamalkan surah al-Waqiah. Anda boleh memilih mana-mana yang berikut

1. Membaca secara rutin setiap malam samada selepas sembahyang maghrib atau sesudah Isyak.
    Sabda Rasulllah SAW yang bermaksud: "Barangsiapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan tertimpa kesulitan selamanya "
    (Walaupun ada ulama mentafsirkan hadis ini dalam kategori lemah, ia tidak menjadi kesalahan untuk mengamalkannya).

2. Mengamalkan membaca sekali siang (selepas subuh) dan sekali malam
3. Membaca 3 kali selepas subuh dan 3 kali waktu malam
4. Membaca surah al -Waqiah sebanyak 14 kali selepas waktu asar. Amalan ini dikatakan mujarab dalam mendatangkan hajat terutamanya rezeki.

Fadhilat surah al-Waqiah akan berkesan bila dilakukan secara istiqamah dan jangan meninggalkannya walaupun sehari. Bacalah dengan tartil dan tajwid yang betul. Membaca surah ini juga akan memberi pencerahan kepada minda kita.

Doa sesudah membaca surah al-waqiah


Erti doa surah al-waqiah
“Ya Allah, bahawasanya kami memohon kepada-Mu dengan hak surat Waaqi’ah dan rahsia (yang terkandung) di dalamnya. Hendaknya Engkau memudahkan rezeki bagi kami sebagaimana Engkau memudahkannya kepada kebanyakan makhluk-Mu ya Allah, Tuhan semesta alam. Ya Allah, limpahkanlah rezeki dari langit dan bumi kepada kami, berilah kami rezeki kerana Engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki. Ya Allah, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah rezeki itu, jika rezeki kami berada di bumi, maka keluarkanlah, jika rezeki kami tidak ada maka temukanlah, jika rezeki kami sulit maka mudahkanlah kepada kami, dan pindahkanlah rezeki itu ke tempat kami di mana kami berada, dengan karunia-Mu dan kemurahan-Mu serta kemuliaan-Mu dengan rahmat-Mu wahai sebaik-baik Penyayang dari para penyayang.”
Di samping mengamalkan surah al-Waqiah ini, ibadah wajib jangan ditinggal manakala perkara kemungkaran hendaklah ditinggalkan. 

Kisah Maryam Dikebumi Oleh Malaikat Dan Bidadari Syurga





Nabi Isa adalah nabi yang dilahirkan tanpa ayah dengan izin Allah dan Maryam adalah ibu yang telah melahirkan, menjaga dan mendidik Nabi Isa dengan penuh kasih sayang. Suatu hari Nabi Isa telah bekata kepada ibunya, “Sesungguhnya dunia ini adalah kampung yang akan musnah dan sesungguhnya akhirat itu adalah kampung yang kekal, oleh itu, marilah ibu besama saya”.

Setelah berkata demikian, maka berangkatlah mereka menuju ke gunung Lebnon. Apabila sampai di gunung tersebut, maka Nabi Isa dan ibunya berpuasa di siang hari dan mendirikan solat di malam hari. Makanan mereka terdiri daripada pohon kayu dan meminum air hujan sahaja.

Setelah sekian lama Nabi Isa dan ibunya tinggal di gunung tersebut, maka suatu hari Nabi Isa turun dari gunung tersebut untuk mencari daun kayu untuk mereka berdua berbuka puasa. Setelah Nabi Isa turun ke bawah, datanglah malaikat menghampiri Maryam dan berkata, “Assalamualaiki ya Maryam, orang yang sangat patuh mengerjakan puasa pada siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari”.

Sebaik saja Maryam melihat orang yang memberi salam itu, maka Maryam berkata, “Siapakah kamu ini? Badan dan seluruh anggotaku menggeletar dan berasa takut mendengar suaramu”. Malaikat tersebut menjawab, “Aku adalah malaikat yang tidak mempunyai belas kasihan kepada sesiapa pun baik anak kecil, orang tua atau sebagainya sebab aku adalah malaikat pencabut nyawa (Izrail)”.

Mendengar penjelasan malaikat maut, maka Maryam bertanya, “Wahai malaikat maut, apakah tujuan kamu ke sini? Adakah kamu mahu menziarahi aku atau pun mencabut nyawaku?” Izrail menjawab, “Wahai Maryam, kedatanganku adalah untuk mencabut rohmu”. Maryam yang mengetahui ajalnya sudah hampir berkata lagi, “Wahai malaikat maut, apakah kamu tidak mahu memberikan peluang sehingga anakku yang menjadi penawar mengubati kerisauan hatiku?”

Malaikat maut memperjelaskan perintah Allah yang memerintahkannya untuk menjemput roh Maryam dan beliau tak dapat mengsia-siakan walau satu saat. mendengar penjelasan Izrail, dengan hati yang ikhlas, Maryam berkata, “Wahai malaikat maut, kamu telah menerima perintah Allah, oleh itu laksanakanlah perintah itu dengan segera.” Izrail segera mendekati Maryam dan mencabut rohnya.

Selesai waktu Isyak yang akhir, Nabi Isa pulang dengan mendaki gunung tersebut dan membawa bekalan berbuka puasa. Beliau melihat ibunya sedang berada di tempat solat dan menyangka bahawa ibunya sedang sembahyang. Beliau meletakkan bekalan makanan untuk berbuka puasa dekat dengan ibunya lalu beliau berdiri menghadap kiblat. Setelah sekian lama, beliau memanggil ibunya untuk berbuka puasa dan mengerjakan ibadah tanda syukur kepada Allah, namun beliau melihat tak sedikit pun makanan terusik oleh ibunya walau dua pertiga malam telah berlalu.

Nabi Isa memanggil lagi ibunya, “Assalamualaiki ya Ummaahu”. Oleh kerana fajar telah menjelma dan ibunya tidak lagi bangun, maka beliau menghampiri ibunya dan meletakkan pipinya pada pipi ibunya lalu menciumnya sambil menangis dan berkata, “Assalamualaiki ya Ummaahu. Malam telah berlalu dan fajar telah menjelma, ini adalah masa untuk menunaikan fardhu yang telah diwajibkan oleh Allah”.

Setelah Nabi Isa berkata demikian, maka menangislah para malaikat dan para jin yang berada di sekitarnya dan bergoncanglah gunung di bawahnya. Kemudian Allah mewahyukan kepada para malaikat, “Apakah yang menyebabkan kamu semua menangis?” Para malaikat berkata, “Tuhan kami, Engkau Maha Mengetahui”. Setelah itu tiba-tiba kedengaran satu suara berbunyi, “Wahai Isa, angkatlah kepalamu itu, sesungguhnya ibumu telah meninggal dunia dan Allah telah melipatgandakan pahalamu”.

Sebaik sahaja Nabi Isa mendengar suara tersebut, maka beliau sambil menangis berkata, “Siapakah yang akan menjadi temanku tatkala aku sunyi dan di kala aku menangis? Siapakah yang dapat aku ajak berkata-kata dan siapakah yang dapat membantu aku dalam ibadahku?” Kemudian Allah mewahyukan kepada gunung yang bermaksud, “Wahai gunung, nasihatilah Ruh-Ku (Isa A.S.)”.

Berkata-katalah gunung tersebut dengan izin Allah, “Wahai Ruh Allah, apakah erti kesusahanmu itu, ataukah kamu mahu Allah sebagai pendampingmu yang menggembirakan?” Setelah mendengar nasihat gunung, lalu Nabi Isa turun ke sebuah desa tempat tinggal Bani Israil dan meminta pertolongan mereka untuk menguruskan jenazah ibunya. Namun mereka tak mahu menolong Nabi Isa kerana takut pada ular-ular besar yang ada di gunung tersebut.

Nabi Isa dengan perasaan hampa naik kembali ke gunung dan beliau melihat dua orang pemuda yang sangat kacak rupa parasnya lalu beliau memberi salam dan meminta pertolongan mereka untuk memakamkan jenazah ibunya. Lalu berkata salah seorang dari pemuda itu, “Aku ini sebenarnya adalah malaikat Mikail dan sahabatku ini adalah malaikat Jibril. Aku ada membawa ubat tubuh dan kain kafan dari Tuhanmu dan para bidadari jelita sekarang sedang turun dari syurga untuk memandikan dan mengkafankan ibumu”.

Setelah itu, malaikat Jibril pun menggali kubur di atas gunung. Selesai sahaja kerja memandi dan mengkafankan dilakukan oleh para bidadari syurga, mereka menyembahyangkan jenazah Maryam dan mengebumikannya. Lalu Nabi Isa berdoa kepada Allah, “Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui tempatku dan Engkau mendengar kata-kataku dan tidak sedikit pun urusanku yang tersembunyi dariMu. Ibuku telah meninggal dunia sedang aku tidak menyaksikannya sewaktu dia wafat. Oleh itu izinkanlah dia berkata sesuatu kepadaku”.

Kemudian Allah mewahyukan kepada Nabi Isa, “Sesungguhnya aku telah memberi izin kepadanya”. Nabi Isa lalu pergi ke kubur ibunya dan berkata, “Assalamualaiki ya ibu, bagaimanakah dengan tempat pembaringanmu dan tempat kembalimu dan bagaimanakah pula kedatangan Tuhanmu?” Dengan izin Allah Maryam berkata, “Tempat pembaringanku dan tempat kembaliku adalah sebaik-baik tempat, sedang aku mengadap kepada Tuhanku, aku tahu bahawa Dia telah menerimaku dengan rela”.

Berkata Nabi Isa lagi, “Wahai ibu, bagaimanakah rasa sakitnya mati?” Ibunya menjawab, “Demi Allah yang telah mengutuskanmu sebagai nabi dengan sebenar-benarnya, belum hilang lagi rasa pedihnya mati, demikian juga dengan rupa malaikat maut yang belum hilang dari pandangan mataku. Alaikas salam wahai kasih sayangku sampai hari kiamat“.

Saturday, January 10, 2015

Amalan Terbalik


Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
  • Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

قَالَ عَبْدُ اللهِ بْنِ جَعْفَرَ : لَمَّا جَاءَ نَعْيُ جَعْفَرِ حِيْنَ قُتِلَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِصْنَعُوْا لآلِ جَعْفَرِ طَعَامًا فَقَدْ اَتَاهُمْ مَايُشْغِلُهُمْ . (حسنه الترمزى وصححه الحاكم)
“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”.
Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim.
  • Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
  • Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
  • Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
  • Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
  • Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
  • Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduripun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
  • Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
  • Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
  • Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Keretapi Emas - Saud Nak Tunjuk Kepada Siapa?



 Akhbar theguardian melapurkan bahawa Raja Abdullah pemerintah Saudi Arabia telah menempah keretapi peribadi berkelengkapan mewah yang akan membawa rombongan diraja antara dua bandar suci Mekah dan Madinah. Keretapi VIP mewah tersebut sedang dibina oleh konsortium Saudi-Sepanyol. Nampaknya kerajaan diraja saud mengambil kesempatan membeli keretapi peribadi tersebut dengan mengambil kesempatan projek keretapi laju yang kos keseluruhannya USD9.2B untuk kemudahan jemaah haji yang menghubungkan dua bandar suci tersebut dan Jeddah, pintu masuk jemaah haji.

Mengikut lapuran syarikat konsortium tersebut, rekabentuk diraja bagi gerabak VIP yang terdiri dari 13 gerabak  akan disadurkan emas.  seperti dilapurkan constructionweekonline.com  bahawa mereka telah diberi kontrak untuk menghiaskan gerabak kereta dengan sadur emas terutamanya dibahagian siling. Inilah yang sepatutnya umat Islam pertikaikan. Disaat ramai umat Islam di Sudan, Somalia, Palestin dan banyak lagi negara Islam kebuluran tetapi raja Saud menunjukan kemewahannya tanpa batas. Sudah pasti pembaziran ini akan menguntungkan kapitalis Yahudi yang sememangnya telah bertapak dan mempunyai kepentingan dalam projek pembangunan besar-besaran Arab Saudi.

Umat Islam menunggu apakah reaksi ulamak atas tindakan kerajaan diraja tersebut yang menunjukkan keangkuhan dengan kemewahan yang keterlaluan. Ulamak mereka dengan senang hati membenarkan pembangunan sesuka hati di tanah suci tersebut dengan menghapuskan semua tinggalan sejarah Rasulullah saw dan sahabat-sahabatnya tanpa bekas sedikitpun dengan alasan hapuskan kurafat dan bidaah. Alasan inilah digunakan sepenuhnya oleh penguasa Saudi bagi membolehkan kontraktor yang mempunyai hubungan dengannya mengaut keuntungan dengan pembangunan yang melampau. Dalam hukum fekah, sudu, garfu dan pinggan mangkuk yang bersadur emaspun haram digunakan bagi tujuan menunjuk-nunjuk apatah lagi dengan gerabak keretapi bersadur emas!

Rasulullah saw telah memberi amaran akan munculnya golongan Arab Badui yang suka menunjukkan kesombongan dan keangkuhannya yang pasti membawa bencana kepada seluruh umat Islam.

Wednesday, January 7, 2015

Gurauan Nabi Muhamad saw


Rasulullah SAW bergaul dengan semua orang. Baginda menerima hamba,orang buta,dan anak-anak.Baginda bergurau dengan anak kecil,bermain-main dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua.Akan tetapi Baginda tidak berkata kecuali yang benar saja.
Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata,
“Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta”, katanya.
“Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta”, kata Rasulullah SAW.
“Ia tidak mampu”, kata perempuan itu.
“Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta”.
“Ia tidak mampu”.
Para sahabat yang berada di situ berkata,
“bukankah unta itu juga anak unta?”
Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah SAW,
“Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit.Dia memanggilmu”.
“Semoga suamimu yang dalam matanya putih”, kata Rasulullah SAW.
Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya.Suaminya bertanya dengan keheranan, “kenapa kamu ini?”.
“Rasulullah memberitahu bahwa dalam matamu putih”, kata istrinya menerangkan. “Bukankah semua mata ada warna putih?” kata suaminya.
Seorang perempuan lain berkata kepada Rasulullah SAW,
“Ya Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan ke dalam syurga”. “Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua”.
Perempuan itu lalu menangis.
Rasulullah menjelaskan, “tidakkah kamu membaca firman Allah ini,
“Serta kami telah menciptakan istri-istri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka senantiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya”.
Para sahabat Rasulullah SAW suka tertawa tapi iman di dalam hati mereka bagai gunung yang teguh. Na’im adalah seorang sahabat yang paling suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya, Rasulullah turut tersenyum.

Pakaian Nabi Muhammad S.A.W


“Pakaian yang paling disenangi Rasulullah saw. adalah Gamis.”(Diriwayatkan oleh Muhammad bin Humaid ar Razi, dari al Fadhal bin Musa, diriwayatkan pula oleh Abu Tamilah dan Zaid bin Habab, ketiganya menerima dari Abdul Mu’min bin Khalid, dari Abdullah bin Buraidah, yang bersumber dari Ummu Salamah r.a.)
• Ummu Salamah r.a. adalah Ummul Mu’minin Hindun binti Mughirah al Makhzumiyah.
“Sesungguhnya Nabi saw. keluar (dari rumahnya) dengan bertelekan kepada Usamah bin Zaid. Beliau memakai pakaian Qithri yang diselempangkan di atas bahunya, kemudian beliau shalat bersama mereka.” (Diriwayatkan oleh `Abd bin Humaid , dari Muhammad bin al Fardhal, dari Hammad bin Salamah, dari Habib bin as Syahid, dari al Hasan, yang bersumber dari Anas bin Malik r.a.)
• Qithri adalah sejenis kain yang terbuat dari katun yang kasar. Kain ini berasal dari Bahrain tepatnya dari Qathar.
Dalam sebuah riwayat Anas bin Malik r.a. mengemukakan: “Pakaian yang paling disenangi Rasulullah saw. ialah kain Hibarah*.” (Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari Mu’adz bin Hisyam dari ayahnya, dari Qatadah, yang bersumber dari Anas bin Malik r.a.)
• Kain Hibarah ialah kain keluaran Yaman yang terbuat dari katun.
“Rasulullah saw. bersabda: “Hendaklah kalian berpakaian putih, untuk dipakai sewaktu hidup. Dan jadikanlah ia kain kafan kalian sewaktu kalian mati. Sebab kain putih itu sebaik- baik pakaian bagi kalian.”
(Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa’id, dari Basyar bin al Mufadhal, dari `Utsman Ibnu Khaitsam, dari Sa’id bin Jubeir, yang bersumber dari Ibnu `Abbas r.a.)
“Rasulullah saw. bersabda : “Pakailah pakaian putih, karena ia lebih suci dan lebih bagus. Juga kafankanlah ia pada orang yang meninggal diantara kalian.” (Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari Abdurrahman bin Mahdi, dari Sufyan, dari Habib bin Abi Tsabit, dari Maimun bin Abi Syabib yang bersumber dari Samur bin Jundub r.a.)
SERBAN RASULULLAH SAW
“Nabi saw. memasuki kota Mekkah pada waktu pembebasan kota mekkah,beliau memakai serban hitam.”(Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari `Abdurrahman bin Mahdi, dari Hammad bin Salamah. Hadist inipun diriwayatkan pula oleh Mahmud bin Ghailan, dari Waki’, dari Hammad bin Salamah, dari Abi Zubair, yang bersumber dari Jabir r.a.)
“Sesungguhnya Nabi saw. berpidato da hadapan umat, beliau memakai serban hitam.”(Diriwayatkan oleh Mahmud bin Ghailan,dan diriwayatkan pula oleh Yusuf bin `Isa,keduanya menerima dari Waki’, dari Musawir al Waraq, dari Ja’far bin `Amr bin Huraits,yang bersumber dari bapaknya.)
KHUF RASULULLAH SAW
“Sesungguhnya raja *an-Najasyi menghadiahkan sepasang khuf hitam pekat kepada Nabi saw. lalu Nabi saw. memakainya dan kemudian ia berwudlu dengan (hanya) menyapu keduanya (yakni tidak membasuh kaki).”(Diriwayatkan oleh Hinad bin Siri, dari Waki’, dari Dalham bin Shalih, dari Hujair bin `Abdullah, dari putera Buraidah, yang bersumber dari Buraidah r.a.)
• Khuf ialah sejenis kaos kaki tapi terbuat dari kulit binatang. Khuf dibuat amat tipis dan tingginya menutupi mata kaki. Khuf biasanya hanya digunakan pada musim dingin untuk mencegah agar kulit kaki tidak pecah-pecah. Biasanya, orang memakai khuf ketika musafir di musim dingin dan masih memakai sepatu luar lagi. Sepatu ini namanya “jurmuq”. Para Ulama Indonesia sering menggunakan istilah Mujah untuk terjemahan khuf. Tapi kadangkadang diterjemahkan juga dengan “sepatu khuf”.
• An najasyi menurut literature barat umumnya disebut Negust. Negust adalah gelar raja-raja di Abesina (Habsyi), sekarang dikenal “Ethiopia”.
SANDAL RASULULLAH SAW
“Bagaimanakah sandal Rasulullah saw. itu?” Anas menjawab : “Kedua belahnya mempunyai tali qibal*(Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari Abu Daud at Thayalisi, dari Hamman yang bersumber dari Qatadah)
• Tali qibal adalah tali sandal yang bersatu pada bagian mukanya dan terjepit di antara dua jari kaki.
“Janganlah diantara kalian berjalan dengan sandal sebelah. Hendaklah memakai keduanya.” (Diriwayatkan oleh Ishaq bin Musa al Anshari, dari Ma’an, dari Malik, dari Abiz Zinad, dari al A’raj yang bersumber dari Abu Hurairah r.a.)
“Sesungguhnya Nabi saw.melarang seorang laki-laki makan dengan tangan kiri dan berjalan dengan sandal sebelah.”(Diriwayatkan oleh Ishaq bin Musa,dari Ma’an,dari Malik,dari Abi Zubair,yang bersumber dari Jabir r.a.)
“Sesungguhnya Nabi saw. bersabda : “Bila salah seorang diantara kalian hendak memakai sandal hendaklah ia memulainya dari yang sebelah kanan. Dan bila ia melepasnya, maka hendaklah dimulai dari yang sebelah kiri. Hendaklah posisi kanan dijadikan yang pertama kali dipasangi sandaldan yang terakhir kali dilepas.”(Diriwayatkan oleh Qutaibah, dari Malik, dan diriwayatkan pula oleh Ishaq bin Musa ,dari Ma’an, dari Malik, dari Abu Zinad, dari A’raj yang bersumber dari Abu Hurairah r.a.)
CINCIN RASULULLAH SAW
“Cincin Rasulullah saw. terbuat dari perak sedangkan permatanya dari Abessina (Habsyi)”.(Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa’id dan sebagainya, dari `Abdullah bin Wahab, dari Yunus, dari Ibnu Syihab, yang bersumber dari Anas bin Malik r.a.)
“Tatkala Rasulullah saw. hendak menulis surat kepada penguasa bangsa `Ajam (asing), kepadanya diberitahukan: “Sungguh bangsa `Ajam tidak akan menerimanya, kecuali surat yang memakai cap. Maka Nabi saw. dibuatkan sebuah cincin (untuk cap surat). Terbayanglah dalam benakku putihnya cincin itu di tangan Rasulullah saw.” (Diriwayatkan oleh Ishaq bin Manshur, dari Mu’adz bin Hisyam, dari ayahnya, dari Qatadah,yang bersumber dari Anas bin Malik r.a.)
• karena sebagaimana dikatakan bahwa cincin Nabi saw. dipakai sebagai pengecap surat,maka Nabi saw. tidak memakainya karena fungsinya pun lain. Atau mungkin saja pengertiannya bukan tidak dipakai, tapi jarang.
“Ukiran yang tertera di cincin Rasulullah saw adalah “Muhammad” satu baris ,”Rasul” satu baris, dan “Allah” satu baris”. (Diriwayatkan oleh Muhammad bin Yahya, dari Muhammad bin `abdullah al Anshari, dari ayahnya, dari Tsumamah, yang bersumber dari Anas bin Malik r.a.)
“Sesungguhnya apabila Nabi saw. masuk ke jamban, maka ia melepaskan cincinnya.” (Diriwayatkan oleh Ishaq bin Manshur, dari Sa’id bin `Amir, dan diriwayatkan pula oleh Hajjaj bin Minhal, dari Hamman, dari Ibnu Juraij, dari Zuhri yang bersumber dari Anas bin Malik r.a.)
CARA RASULULLAH SAW BERCINCIN
“Sesungguhnya Nabi saw. memakai cincin di jari tangan kanannya.”(Diriwayatkan oleh Muhammad bin Sahl bin `Asakir al Baghdadi, dan diriwayatkan pula oleh `Abdullah bin Abdurrahman, keduanya menerima dari Yahya bin Hisan, dari Sulaiman bin Bilal, dari Syarik bin `Abdullah bin Abi Namir, dari Ibrahim bin `Abdullah bin Hunain, dari bapaknya, yang bersumber dari `Ali bin Abi Thalib k.w.)

Tuesday, January 6, 2015

Fasa Ke Tiga Dajjal



DAJJAL AKAN MEMERINTAH DUNIA SELAMA 40 HARI

Peringkat Kemunculan Dajjal: "satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang".

Ingatlah dalam sebuah hadis yang paling penting bagaimana Baginda Nabi Muhammad SAW telah memberitahu bahawa apabila Dajjal dilepaskan di dunia, ia akan hidup di Bumi selama 40 hari.

Tanya kami; "Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi?", jawab Rasullullah:

"Selama empat puluh (40) hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang".

Tanya kami; "Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?", jawab Rasullullah; "Tidak" tetapi hitunglah bagaimana pantasnya. (HR Muslim)

40 hari ini diwakili oleh 4 fasa, iaitu;-

1 hari yang pertama seumpama setahun,
1 hari kedua seumpama sebulan,
1 hari ketiga seumpama seminggu,
Dan hari2 selebihnya (37 hari) seumpama hari2 kita...

...dan kini kita sudah pun memasuki fasa pemerintahan Dajjal yang disifatkan sebagai "1 hari ketiga bersamaan seminggu"..

Dalam buku Jerusalem in the Quran karya Imran Nazar Hoseinhttp://www.imranhosein.org/books/37-jerusalem-in-the-quran.html,  beliau mengatakan fasa pemerintahan Dajjal yang disifatkan sebagai 1 hari bersamaan setahun ialah pada ketika British mengepalai tampuk pemerintahan dunia. Waktu itu British adalah penjajah terhandal sehingga berjaya menjajah Jerusalem. Negara kita ini adalah antara mangsa kehandalannya itu. Fasa 1 hari bersamaan sebulan ialah keadaan sekarang ini, di mana Amerika Syarikat menjadi pusat pemerintahan dunia menggantikan British. US Dollar dijadikan mata wang perdagangan utama dunia. Namun sekarang ini US Dollar sudah jelas kelihatan menghampiri ajalnya. US Dollar dah masuk hospital wad ICU. Amerika Syarikat sudah hampir lumpuh ekonominya. Dan tak lama lagi, kita akan masuk ke fasa 1 hari bersamaan seminggu, iaitu apabila Israel pula akan mengambil-alih sebagai pemerintah dunia daripada Amerika Syarikat.

Peralihan kuasa ini pasti melibatkan peperangan yang bakal mengorbankan berjuta-juta manusia. Inilah yang berlaku ketika berlakunya peralihan antara FASA 1 kepada FASA 2 dahulu. FASA 1 Dajjal adalah ketika berlakunya Perang Dunia 1 yang membolehkan penjajahan British di Palestin, dengan menjatuhkan khilafah Othmaniyyah dan perjanjian dengan Raja Saud. Begitu juga ketika peralihan FASA 2 yang menjadikan Uncle SAM (US) sebagai pemerintah dunia. Perang dunia 2 berlaku melibatkan NAZI Jerman , Jepun dan tentera-tentera berikat (US-UK). Akibatnya jutaan manusia terkorban dan kemenangan keatas tentera berikat yang dipimpin US. Seterusnya  US mengenakan cengkamannya ke atas dunia melalui penubuhan UNITED NATION yang mengesahkan penubuhan negara haram Israel di Palestin.

**Pendapat Sheikh Imran dalam bukunya 'Jerusalem in the Quran' berpandukan situasi kebangkitan di negara Arab, berkemungkinan peperangan ini akan terjadi kurang dari 30 tahun dari sekarang. Rujukan lain yang agak menarik menyatakan kemunculan Dajjal pada tahun 2033 (Allahu a'lam). Ini kerana Rasulullah SAW menyatakan kehidupan Dajjal semasa 3 peringkat pertama tidak seperti hari-hari kita, dan meminta (umat) menghitung harinya.

Apakah maksud ini? -Maksudnya, kita perlu membuat kiraan matematik dan menghitung untuk mendapatkan tarikh kemunculan Dajjal. Oleh itu, persoalannya ialah apakah jumlah hari selain hari kita? JAWAPANNYA, terkandung dalam surah al-Hajj:47

Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janjiNya; dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamaiseribu tahun dari yang kamu hitung.
(Al-Hajj 22:47)

Kini kita menemukan fakta dari sumber rujukan sahih iaitu al-Quran bahawa 1 hari bersamaan 1,000 tahun, dan fakta lain ialah terdapat 12 bulan atau 52 minggu di dalam setahun. Selainnya, tahun dikira mestilah mengikut tahun Hijrah dan bukan tahun Gregorian. Hanya Allah berkuasa menentukan kiraan masa dan bilangan tahun.

Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa... 
(Yunus 10:5)

Oleh itu, sedarlah semua. lihatlah dengan mata hati.. bahawa Dajjal telah muncul dalam kehidupan kita, akan tetapi kehidupan Dajjal yang kita huni sekarang tidak berada di dalam dimensi masa manusia di dunia. (contohnya: Malaikat wujud disekeliling kita, akan tetapi, malaikat berada dalam dimensi masa yang berbeza dengan manusia)

Huraian al-Quran & Hadis dalam mendefinisikan taarif dimensi masa manusia dan bukan manusia berbeza ialah:

Dajjal hidup selama 40 hari:

Peringkat Pertama: 1 hari = Setahun = setahun (Dajjal) bersama 1,000 tahun (dimensi masa manusia)
Peringkat Kedua: 1 hari = Sebulan = iaitu 1,000 tahun/12 bulan = 83 tahun (dimensi masa manusia)
Peringkat Ketiga: 1 hari = Seminggu = 1,000 tahun/52 (minggu) = 19 tahun (dimensi masa manusia)

Peringkat Keempat: 37 hari = hari dimana Dajjal berada dalam dimensi masa manusia.

Dari kiraan ini, kita mendapati kehidupan Dajjal selama 1,000 tahun pada peringkat pertama, 83 tahun pada peringkat kedua, dan 19 tahun pada peringkat ketiga. Teori kiraan mengikut tahun Hijrah menyatakan Yakjuj & Makjuj memecah tembok pada tahun 353 Hijrah (965 AD) (kaum Khazar mula aktif berdagang pada 850 AD).

Oleh itu: (fahamilah secara terperinci) 353 Hijrah + 1,000 tahun = 1353 Hijrah (Tahun 1935 AD) = Zaman Dajjal menguasai Europe (Britian) ;

1353 Hijrah + 83 tahun = 1436 Hijrah (Tahun 2014 AD) *Zaman Kita Huni Hari Ini. = Zaman Dajjal menguasai Amerika dan peralihan kepada Israel iaitu bermulanya Perang Dunia III *(saudaraku, kita berada diakhir peringkat kejatuhan Amerika sebelum peralihan kepada Israel) sedikit masa lama untuk berpindah ke peringkat ketiga.

1436 Hijrah + 19 tahun = 1455 Hijrah (2033 AD) = Zaman Dajjal menguasai Israel dan penderitaan Perang Dunia III yang berpanjangan = Kemunculan Imam Mahdi & Nabi Isa *peringkat dimana saintis Yahudi menyatakan bahawa Sea of Galilee akan kering dalam masa 50 tahun dari sekarang lebih kurang seperti pendapat Sheikh Imran yang menyatakan bahawa Sea of Galilee akan kering dalam masa kurang 40 tahun lagi)

**** INGAT! Walaubagaimanapun, kesemua kiraan tarikh sekadar teori dengan kebenaran tarikh sebenar yang BELUM PASTI terbukti. (Allahu a'lam) Kebenaran yang telah terbukti ialah tembok menyekat Yakjuj & Makjuj terbuka dan mereka meluru turun dari kuasa pemerintahan (al-Anbiyaa':95-96). Bukti jelas yang lainnya ialah tuhan yang mereka sembah adalah Lucifer (Iblis). Kebenaran lain yang terbukti ialah tembok tidak berupaya ditebuk dan dinyatakan ayat 97 surah al-Kahfi telah ditebuk dan berlubang semenjak zaman kehidupan Rasulullah saw. Wallahu'alam.

Rahsia Masjid Nabi Yang Disembunyikan



Tanda-tanda rahsia yang disembunyikan
Amat malang umat Islam hari ini apabila tidak lagi mengambil berat walaupun masjid yang amat dikasihi oleh Nabi s.a.w itu sendiri, iaitu Masjid an-Nabawi. Mereka tidak mahu mencungkil pengajaran yang terdapat di masjid Nabi s.a.w itu sendiri. Apakah umat Islam lalai atau ia sengaja di sembunyikan oleh pihak-pihak tertentu?

Umat Islam kini lebih mengambil tahu apakah Rahsia Da Vinci Code daripada mengambil pengajaran yang telah terpahat di tempat-temapt suci Islam terutama di Mekah dan Madinah. Da Vinci Code adalah cerita dongeng kisah Nabi Isa a.s yang direka oleh yahudi bagi memesongkan manusia tetapi segala tulisan yang terdapat disekeliling masjid an-Nabawi dan juga Masjidil Haram adalah bertujuan untuk memberi pengajaran kepada umat Islam. Tetapi kenapakah tiada usaha untuk memeliharanya, seperti di Masjid an-Nabawi sendiri banyak tulisan-tulisan itu sengaja di cat supaya tidak kelihatan dan banyak pula telah ditutup samasekali supaya tidak kelihatan, apakah rahsianya? 

Janganlah ditanya tentang ayat-ayat yang terdapat di Masjidil Haram Mekah, semuanya telah hancur menjadi debu. Mereka menganggap pembangunan yang tersergam indahlah yang menawan berbanding ayat-ayat peringatan dan puisi-puisi yang memuji dan mengagungkan Allah yang dilahirkan dengan penuh tawadhuk oleh alim ulamak terdahulu dan diabadikan bagi penghayatan umat Islam yang kemudian. Itulah harapan oleh ulamak yang mulia yang hampir dengan zaman nabi terhadap umat Islam akhir zaman, tetapi sayangnya semua itu tidak dihargai oleh kita umat Islam.

Tidak seperti peninggalan Nabi s.a.w di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, peninggalan kaum Thamud di Madain Saleh mendapat penjagaan rapi oleh pihak berkuasa Saudi (http://saudi-archaeology.com/sites/madain-saleh/attachment/nabatean-inscription/)
Tulisan piramid dipelihara dengan rapi tapi peninggalan sejarah Nabi s.a.w diabaikan
Umat Islam lebih mengkagumi Piramid dan berusaha memelihara sebaik mungkin tulisan-tulisan yang dibuat oleh Firaun kerana kononnya untuk mencari rahsia Piramid, padahal tulisan-tulisan tersebut hanyalah memuja Firaun yang di anggap tuhan oleh mereka seperti telah di terangkan dalam banyak ayat quran. Amat hairan kenapa langkah yang sedemikian tidak diambil terhadap segala peninggalan Rasulullah bukan setakat tempat tinggal Rasulullah tetapi tempat baginda bertahajjud dalam masjid nabi pun disembunyikan.
Tulisan didinding timur makam dihapuskan - dalam petak merah
Tulisan didinding sebelah dinding barat juga dihapuskan
Tulisan khat asal telah ditutup dengan bingkai besi
Tulisan asal sebelum diletakkan bingkai berada dibelakang tirai

Kotak bertanda hijau dalam gambar diatas merupakan tempat yang paling disukai oleh baginda Nabi s.a.w mengerjakan solat tahajjud. Tetapi pihak berkuasa Saudi telah menutupnya Mehrab Tahajjud ini dengan rak-rak buku. Timbul persoalan apakah tujuan menyembunyikan tempat yang mempunyai nilai yang tinggi untuk umat Islam dalam menghayati perjalanan hidup Rasulullah s.a.w.

Mehrab Tahajjud ditutupi dengan rak buku
http://www.islamiclandmarks.com/saudi/madinah/masjid_e_nabwi/mehrab_e_tahajjud.html
Inilah Mehrab Tahajjud yang asal sebelum ditutup oleh pihak berkuasa Saudi

Sunday, January 4, 2015

Dosa Lalu Terampun Dengan Sebutan "Amin"




Pernahkah kita terfikir akan sebutan "Amin" yang selalu diungkapkan dalam setiap solat dan doa kita? Rupaya ada keberkatan lain yang tidak disedari disebalik perkataan tersebut. Namun sebelum itu mari kita lihat cara sebutan"Amin" yang betul seperti di bawah.

AA-MIIIIIIN - (A: panjang 2 harakat (mad badal), MIN: panjang 4–6 harakat (mad ‘aridh lis sukun) ertinya YA ALLAH, KABULKANLAH DOA KAMI. 

Sebutan “AMIN” yang kurang tepat ketika mengaminkan doa atau selepas al-fatihah:

1. AMIN -  (A dan MIN sama-sama pendek) ertinya aman, tenteram.

2. AAAMIN - (A panjang dan MIN pendek) ertinya meminta perlindungan keamanan.

3. AMIIIIN - (A pendek dan MIN panjang) ertinya jujur, terpecaya.

4. AAAAAM-MIIIIIIN - (A: panjang 5 harakat, mim:bertasydid, dan MIN: panjang), ertinya ‘orang yang bermaksud menuju suatu tempat’.


“Bila Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam selesai membaca Al-Fatihah (dalam solat), baginda mengucapkan AMIN dengan suara keras dan panjang.” (HR. Bukhari dan Abu Dawud)

Abu Hurairah meriwayatkan sebagai berikut: "Bersabda Nabi : "Apabila imam membaca amin hendaklah kamu membaca AMIN, kerana sesungguhnya para malaikat juga membaca AMIN bersama dengan imam. Sesiapa yang bersamaan ucapan AMINnya dengan ucapan AMIN para malaikat, akan diampuni dosa-dosanya yang lalu". (HR. Muslim)


Hukum menyebut AMIN selepas bacaan Fatihah adalah SUNAT, samada di dalam solat atau di luar solat. (Al-Tibyan, Imam Nawawi m/s 133)

Meninggalkan sebutan AMIN tidak membatalkan solat kerana ia bukan sebahagian dari Fatihah, dan bukan juga termasuk dalam rukun sembahyang. Ia adalah doa yang digalakkan dibaca selepas Fatihah.

Misteri Sungai Tanpa Dasar Dan Kejernihannya Yang Memukau



Terletak di mindanao di Filipina, sebuah sungai yang jenih dan indah, sering menjadi pusat riadah orang ramai yang di panggil "enchated river" kerana misteri sungai ini aliran airnya tanpa sumber (tanpa hulu sungai) dan dikataka juga sungai ini tanpa dasar.

Menambahkan lagi misterinya, ada ketika musimnya kelihatan banyak ikan-ikan yang bermain di dalam sungai ini, ketika musim lainnya semua ikan ini akan hilang entah kemana. Itulah antara sebab kenapa sungai ini di berikan nama "enchated river".


Sebenarnya sungai ini mempunyai dasar di bahagian lainnya tetapi ada Gua besar di bawah tanah yang menjadi sumber air yang entah dari mana. Beberapa penyelam pernah melakukan selaman untuk mengetahui punca sungai ini tetapi gagal untuk menyelam lebih dalam kerana gua semakin sempit dan terus ke dalam perut bumi dan itulah antara sebab mengapa sungai ini di gelar sungai tanpa dasar.

Maksut tanpa dasar itu ialah gua yang dikatanya sumber aliran sungai yang tidak di ketahui pangkalnya dan akhirnya di sebut sungai tanpa dasar



Bandar Paling Menakjubkan Mata Memandang Di Kelilingi Gunung


Terletak di kaki dua rabung gunung tinggi, dihubungkan dengan kawasan rendah terletaknya di mana dua salur masuk bertemu, Klaksvik adalah bandar kedua terbesar di Kepulauan Faroe dan pelabuhan nelayan penting. Bandar ini terletak di pulau Borðoy, di sebuah teluk yang terlindung dikelilingi oleh gunung tinggi dengan beberapa puncak yang paling tinggi di pulau Faroe. Di pintu masuk ke pelabuhan, adalah piramid gunung yang indah di pulau Kunoy, yang membentuk satu halangan pelindung yang besar kepada gelombang laut utara.

Klaksvik terletak di pelabuhan semulajadi terbaik di negara ini dengan banyak aktiviti menangkap ikan dan pemprosesan ikan sama ada di laut dan di darat. Keadaan ini telah membuat Klaksvik pusat perikanan yang paling penting di pulau. Kira-kira 10% daripada penduduk negara ini tinggal di Klaksvik, 30% daripada jumlah eksport ikan negara. Di samping itu, Klaksvik adalah rumah kepada salah satu daripada kilang pemprosesan ikan yang terbesar di Kepulauan Faroe serta slaughtery untuk salah satu daripada ladang utama salmon. 

Pada asalnya, terdapat empat ladang yang terletak di mana Klaksvik kini. Dalam masa, mereka meningkat kepada empat kampung yang akhirnya bergabung untuk membentuk bandar Klaksvik pada tahun 1938. Ia agak semula jadi untuk Klaksvik, yang terletak di sebelah salah satu pelabuhan yang terbaik di Faroe, untuk menjadi pusat perdagangan di rantau ini. 

Di samping itu, Klaksvik adalah mengeksploitasi potensinya sebagai destinasi pelancongan kelas pertama. Pekan ini tidak lama lagi akan menjadi rumah kepada salah satu kompleks runcit dan hiburan terbesar di negara ini manakala sebuah taman perindustrian baru terletak di pintu masuk terowong sedang dibina.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...