widget

Monday, May 30, 2011

Business Melalui Blog





BAGI yang obses beg tangan berjenama dan diimport dari luar negara tetapi inginkan harga yang lebih murah, anda sebenarnya berpeluang untuk mendapatkannya.
Berbekalkan sebuah komputer dan melayari laman blog wwwbegalicious.blogspot.com, kini anda boleh membuat pelbagai pilihan mengikut cita rasa dengan hanya di hujung jari.
Jenama Coach, Kate Spade, Aiteen Aigner, Marc Jacobs, Gucci dan jenama-jenama lain yang menjadi trend masa kini ditawarkan kepada pelanggan di seluruh negara secara talian, lengkap dengan harga serta cara untuk membuat pesanan.
Selain beg tangan wanita, barangan berjenama lain seperti dompet, cermin mata dan jam tangan turut dijual menerusi laman web berkenaan.
Segala kemudahan itu adalah inisiatif seorang suri rumah yang menetap di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) Jaya, Shah Alam, yang mewujudkan perniagaan beli-belah di alam siber ini sejak setahun lalu.
Sebelum itu, dalam tempoh selama dua tahun, Zuriana Abu Kassim, 38, hanya menjadi pengikut setia blog-blog sedia ada. Namun dia mula menceburi bidang perniagaan ini setelah mendapati permintaan membeli-belah secara talian terutama dalam kalangan wanita semakin tinggi.
“Saya mengambil keputusan untuk berjinak-jinak dalam perniagaan ini walaupun pada asalnya hanya untuk mengisi masa yang banyak terluang,” kata Zuriana yang ditemui baru-baru ini.
Dengan jumlah kenalan dalam kalangan bloggers dan rakan pelanggan untuk blog sedia ada yang semakin meningkat, ibu kepada empat orang cahaya mata itu mula cekalkan hati untuk membina blog sendiri.
Tanpa sebarang ilmu khusus terhadap pembinaan blog dan perkara-perkara teknikal, Zuriana terus mengutip pengalaman dari hari ke hari sehinggalah lahirnya laman blog wwwbegalicious.blogspot.com.
“Berdasarkan kepada jumlah pengikut yang mencecah 50 orang dan hits (pengunjung) yang mencapai 30,000 orang, saya bersyukur dengan pencapaian setakat ini.
“Selain itu, jaringan laman sosial, Facebook juga dijadikan platform untuk tujuan promosi di samping mengeratkan silaturahim, urusan permintaan dan penawaran harga,” jelasnya.
Dari segi harga, Zuriana mengatakan ia sangat berpatutan dan jauh lebih murah berbanding harga barang yang sama yang dijual di butik-butik terkemuka di negara ini.
Persaingan kompetitif
Perbezaan harga yang ketara jelasnya disebabkan perniagaan seumpama ini hanya melibatkan kos yang minimum tetapi kualitinya terjamin.
“Kebanyakan barang diimport dari Amerika Syarikat dan Eropah.
“Rakan-rakan dan ahli keluarga yang menetap di Los Angeles, Texas, Chicago, London dan Belanda banyak membantu saya mendapatkan barangan yang dipesan oleh pelanggan,” ujarnya yang berjaya menjual lebih lebih 80 beg tangan wanita setakat ini.
Menyedari persaingan yang sangat kompetitif, Zuriana bagaimanapun yakin bahawa masih ramai wanita yang celik teknologi tergolong dalam kategori mereka yang berkemampuan.
“Begalicious Frenzy akan terus berusaha memberi yang terbaik untuk setiap pelanggan, baik dari segi kualiti barangan sehingga ke pembungkusan dan penghantaran. Keuntungan tidak semestinya banyak, namun yang ditagih ialah keberkatan,” katanya.
Zuriana memberitahu, insan yang banyak memberi tunjuk ajar dan membantunya selama ini ialah suaminya, Dr. Abd. Rasid Abd. Rahman.
Abd. Rasid merupakan Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Kualiti) Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam. Suaminya banyak memberi tunjuk ajar tentang kepentingan komunikasi berkesan, bahasa yang digunakan untuk pertuturan dan penulisan selain menjaga hati serta kepuasan pelanggan.
Kepada yang ingin mendapatkan maklumat lanjut sila layari wwwbegalicious.blogspot.com bagi mengetahui produk-produk terkini.

Thursday, May 26, 2011

Pengalaman Ustaz Haron Din Masuk Dalam Kaabah

PENGALAMAN MASUK DALAM KAABAH



Bahagian Pertama (Kuliah Subuh di Mekah pada 18 April 2005)

Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya datang atas tetamu tokey yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram.

Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP. Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan.

Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah.

Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu.

Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah. Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.

Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa’:58)

Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”

Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.

Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu. Saya lihat di depan saya. Berapa besar pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8 tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk.

Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu.

Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu.






Bahagian Kedua (Kuliah Pengubatan pada 12-Feb-2007)

Saya membantu salah seorang yang terkaya di Saudi Arabia, multi-billionaire, semua projek di Saudi dia yang buat. Dia ada masalah keluarga mintak tolong saya ikhtiarkan. Allah nak tunjukkan bahawa masalah yang dihadapi itu telah terlalu lama, ada duit yang banyak pun tak boleh selesai.

Dia tunggu saya di airport Jeddah dengan jet peribadi. Saya tak pergi imigresen dia terus ambil saya dari tangga kapal terbang terus masuk ke jet dia. Sungguh kuat pengaruh dia, saya tanya passport saya bagaimana, tak ada masalah dia dah uruskan. Naik jet dia pergi ke Madinah. Saya selesaikan masalah dia dengan izin Allah SWT. Lepas itu biasalah adat orang Arab nak bagi itu nak bagi ini sebagai balasan.

Saya kata kepada dia, “Kalau kamu nak masalah itu selesai selama-lamanya dan tak berulang semula, jangan bagi pada aku apa-apa, kalau kamu bagi, aku boleh terima tetapi masalah itu akan berulang balik.”

Dia mintak maaf tetapi dia kata “Aku nak buat sesuatu untuk kamu apa yang kamu nak?”. Saya kata “Ok kalau begitu apa yang aku nak tolong bawak aku masuk ke dalam Kaabah.” Dia kata “Itu mudah sangat, esok pun aku boleh arah buka”. Saya kata “Tak apalah kamu arahlah”. Dia kata “Tak apa itu perkara kecil, mintak yang lain.” Saya kata “Tidak, itu paling besar pada saya. Kalau kamu boleh bawa masuk aku ke dalam Kaabah, itu sudah lebih daripada cukup.”

Akhirnya saya dapat masuk. Saya masuk dengan dia ke dalam Kaabah, itulah kenangan yang tak boleh saya lupa sampai hari ini.

Untuk mendengar sendiri terus dari mulut Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din sila muat turun audio rakaman dibawah ini



Tuesday, May 24, 2011

Puting Beliung Air Di Hawaii


PUTING beliung air berlaku di laut dekat pelabuhan Honolulu, Hawaii pada Ahad lalu.


HONOLULU - Satu puting beliung air yang berlaku di laut dekat pelabuhan Honolulu, Hawaii menjadi daya tarikan penduduk yang sanggup keluar dari kereta untuk melihat fenomena itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang pelajar, Shanelle Solomon memberitahu: "Saya melihat satu kilat dekat asrama saya. Ia (puting beliung air) seperti tali berwarna ungu di udara."

Puting beliung itu berlaku selama 12 minit pada Ahad lalu dan ia merupakan kejadian alam yang jarang berlaku di Hawaii.

Kondominium Pertama RM110 juta Di Alor Setar



AZIZAN (dua dari kanan) melihat dari dekat lakaran gambar bangunan kondominium Amansuri Residences sambil diberi penerangan oleh Mohd. Saad (kiri) dan Pengarah Urusan Kumpulan Belleview Datuk Sonny Ho Kiong Chan (kanan).


ALOR SETAR - Bina Darulaman Berhad (BDB) melalui usaha sama dengan Belleview Bina Sdn. Bhd. (Belleview) akan membangunkan sebuah kondominium pertama di bandar raya ini tidak lama lagi.
Kondominium Amansuri Residences yang dijangka membabitkan pelaburan sebanyak RM110 juta itu akan mempunyai dua blok bangunan dan akan mula dibina pada November ini.
Menurut Pengerusi BDB, Datuk Mohd. Saad Endut, cadangan pembinaan kondominium itu timbul serentak dengan rancangan untuk membangunkan semula Kompleks Tunku Yaacob dan hotel bertaraf antarabangsa di atas sebidang tanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang telah terbiar selama 16 tahun di sini.
"Kondominium itu akan mempunyai dua blok bangunan masing-masing setinggi 22 dan 25 tingkat di samping memiliki 227 unit rumah serta enam unit penthouse.
"Antara kemudahan lain yang akan disediakan di situ ialah kemudahan tempat letak kereta, kolam renang, dewan serbaguna, gimnasium di samping kawalan keselamatan yang ketat," katanya pada majlis memeterai perjanjian usaha sama projek tersebut di sini semalam.

Sunday, May 22, 2011

Melayu Jadi Paderi Kristian


Lim Guan Eng dan DAP melenting melampau apabila terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa terdapat perjumpaan paderi di Pulau Pinang yang telah berikrar perkara yang tidak menyenangkan umat Islam di negara ini.

Malik Kassim PKR, pencacai DAP melompat membodek boss beliau apabila berkata beliau dan PKR akan melindungi gereja-gereja jika perlu.

Tetapi, apabila terkena di batang hidung sendiri, apakah Lim Guan Eng DAPmahu memberi komen apabila melihat video di bawah?

Kita tentu marah dengan 'khutbah' paderi Kristian yang bacul memperlekeh-lekeh agama Islam. Lihat video di bawah kebaculan paderi itu :-

Video : Paderi bacul.

Video di bawah adalah jawapan kepada kebaculan paderi itu :-

Video : Jawapan Kepada kebaculan Paderi.

Lihatlah Bagaimana ALLAH SWT Mencipta 7 Lapisan Langit


Tujuh Lapisan Atmosfir

image
Pada posting hari kemarin telah diterangkan jika Langit dalam Qur’an diartikan 2 makna:
☑ Langit bumi kita
☑ Langit Alam semesta
Contohnya ialah:
Qs.21 Anbiyaa’:32 Kami jadikan langit sebagai “ATAP TERPELIHARA” dan mereka TETAP BERPALING dari tanda-tanda padanya
Qs.2 Baqarah:22  Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit
Silahkan perhatikan baik-baik 2 ayat diatas, “Langit” dalam ke 2 ayat ini tak dapat diartikan “Langit Semesta”, ada juga ayat lain yang dapat dimasukkan dalam kategori Langit Bumi seperti yang akan dibahas berikut ini.
7 LAPISAN ATMOSFIR DALAM QUR’AN
(Posting ke 9 dari group ITB 1 yang telah diblokir secara tidak adil oleh ADMIN Facebook)
السلام عليكم . بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم.لا إله إلاَّ الله.محمد رسو  ل الله
الحمد لله رب العا لمين. الصلاة و السلام على رسو ل الله.اما بعد
Fakta ilmiah bahwa Langit Bumi (Lapisan Atmosfir) itu terdiri atas 7 lapis yang telah dinyatakan dalam Al-Qur’an dalam Surat 2 Al-Baqarah ayat 29 yang artinya:
DIA-LAH ALLAH, YANG MENJADIKAN SEGALA YANG ADA DI BUMI UNTUK KAMU DAN DIA BERKEHENDAK (MENCIPTAKAN) LANGIT, LALU DIJADIKAN-NYA TUJUH LANGIT. DAN DIA MAHA MENGETAHUI SEGALA SESUATU
Ayat lain yang menyatakan bahwa Langit itu terdiri dari 7 lapis adalah dalam Surat 41 Fushshilat ayat 11, yang artinya:
MAKA DIA MENJADIKANNYA TUJUH LANGIT DALAM DUA MASA. DIA MEWAHYUKAN PADA TIAP-TIAP LANGIT URUSANNYA. DAN KAMI HIASI LANGIT YANG DEKAT DENGAN BINTANG-BINTANG YANG CEMERLANG DAN KAMI MEMELIHARANYA DENGAN SEBAIK-BAIKNYA. DEMIKIANLAH KETENTUAN YANG MAHA PERKASA LAGI MAHA MENGETAHUI.
Kata “langit” dalam Al-Qur’an ini memiliki 2 arti, yaitu langit bumi dan juga bisa diartikan sebagai alam semesta/luar angkasa sebagaimana kata “Al-kitab” dalam Al-Qur’an yang memiliki banyak arti. Dengan makna kata seperti ini, maka langit bumi atau atmosfer memiliki 7 lapisan.
Baru abad 20 ini terbukti bahwa langit bumi atau atmosfer terdiri dari lapisan-lapisan yang berbeda yang saling bertumpuk dan persis terdapat 7 lapisan seperti yang diungkapkan AL-Qur’an lebih dari 1400 tahun yang lalu.
Klik pada gambar agar gambar lebih besar untuk disebarkan … ^_^
Para ilmuwan dengan peralatan canggih abad 20 baru menemukan bahwa atmosfer terdiri dari beberapa lapisan. Lapisan-lapisan tersebut berbeda dalam ciri-ciri fisik, seperti tekanan dan jenis gasnya. Lapisan tersebut adalah:
1.    Troposfer, lapisan terdekat bumi yang membentuk sekitar 90% dari keseluruhan berat atmosphere.
2.    Stratosfer, lapisan diatas tropospher.
3.    Ozonosfer, lapisan yang mengembalikan sebagian besar sinar Ultraviolet dan radiasi bahaya lainnya.
4.    Mesosfer, lapisan diatas Ozonospher.
5.    Termosfer, lapisan diatas Mesosfer.
6.    Ionosfer, lapisan dimana gas-gas terionisasi membentuk lapisan ini.
7.    Eksosfer, bagian terluar dari Atmosfer yang membentang dari sekitar 480 Km sampai 960 Km.
Sebuah keajaiban besar bahwa bukti-bukti ini yang tidak mungkin didapat tanpa teknologi canggih abad 20 ternyata telah dinyatakan oleh Al-Qur’an lebih dari 1400 tahun yang lalu.
Ini pun membuktikan bahwa Al-Qur’an bukan ciptaan Rasulullaah Muhammad SAW, tapi memang Firman Allah Pencipta Alam Semesta Raya.
Terkadang ada orang yg berdalih & mengatakan jika dari segi fisika, atmosfir terbagi dalam 4, bukan 7. Itu cuma pernyataan orang-orang yg mengingkari BUKTI NYATA kebenaran Qur’an.
Insya Allah saudara tidak akan menemukannya dalam kitab suci tetangga manapun tentang 7 lapis langit bumi ini

Kisah Hajarul Aswad


http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2011/05/hajaraswad2.jpg?w=277
Kita semua tahu bahwa Hajar Aswad hanyalah batu yang tidak memberikan mudorat atau manfaat, begitu juga dengan Ka’bah, ia hanyalah bangunan yang terbuat dari batu. Akan tetapi apa yang kita lakukan dalam prosesi ibadah haji tersebut adalah sekedar mengikuti ajaran dan sunnah Nabi SAW. Jadi apa yang kita lakukan bukanlah menyembah Batu, dan tidak juga menyembah Ka’bah.
Umar bin Khatab berkata “Aku tahu bahwa kau hanyalah batu, kalaulah bukan karena aku melihat kekasihku Nabi SAW menciummu dan menyentuhmu, maka aku tidak akan menyentuhmu atau menciummu”
Allah memerintahkan kita untuk Thawaf mengelilingi Ka’bah dan Dia pula yang telah memerintahkan untuk mencium Hajar Aswad. Rasulullah juga melakukan itu semua, dan tentu saja apa yang dilakukan oleh beliau pastilah berasal dari Allah, sebagaimana yang terdapat dalam firmanNya : “Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (QS. An-Najm : 53 ) “.
Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga bisa mengambang di air. Di sebuah musium di negara Inggris, ada tiga buah potongan batu tersebut ( dari Ka’Bah ) dan pihak musium juga mengatakan bahwa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem tata surya kita.
Teori Black Hole (lubang hitam) dikemukakan lebih dr 200 tahun yg lalu.Pada 1783 , ilmuwan John Mitchell mencetuskan teori mengenai kemungkinan wujud nya sebuah lubang hitam setelah beliau meneliti dan mengkaji teori gravitas Isaac Newton.
Istilah “lubang hitam” pertama kali digunakan oleh ahli fisika Amerika Serikat, John Archibald Wheeler pada 1968. Wheeler memberi nama demikian karena lubang hitam tidak dapat dilihat, karena cahaya turut tertarik ke dalam nya sehingga kawasan di sekitar nya menjadi gelap.
Cara Kerjanya : Massa dari lubang hitam terus bertambah dengan cara menangkap semua materi didekatnya. Semua materi tidak bisa lari dari jeratan lubang hitam jika melintas terlalu dekat. Jadi obyek yang tidak bisa menjaga jarak yang aman dari lubang hitam akan tersedot. Berlainan dengan reputasi yang disandangnya saat ini yang menyatakan bahwa lubang hitam dapat menyedot apa saja disekitarnya, lubang hitam tidak dapat menyedot material yang jaraknya sangat jauh dari dirinya. dia hanya bisa menarik materi yang lewat sangat dekat dengannya.
alt
Hajar Aswad berasal dari surga. Batu ini pula yang menjadi fondasi pertama bangunan Ka’bah, dan ia menghitam akibat banyaknya dosa manusia yang melekat disana pada saat mereka melakukan pertaubatan. Tidakkah orang yang beriman merasa malu, jika hati mereka menghitam akibat dosa yang telah dilakukan. Rasulullah bersabda “Ketika Hajar Aswad turun, keadaannya masih putih, lebih putih dari susu, lalu ia menjadi hitam akibat dosa-dosa anak Adam ( Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877) “
Jadi berdasarkan Hadist tersebut Hajjar Aswad menyerap dosa-dosa manusia yang pernah menyentuhnya dan akan menjadi saksi di akhirat nantinya. Hal ini memiliki kesamaan sifat dari Black Hole di Alam Semesta.
Kemudian akan Kami tunjukkan tanda-tanda kekuasaan Kami pada alam dan dalam diri mereka, sampai jelas bagi mereka bahwa ini adalah kebenaran”. (QS. Anfusilat : 53)
Radiasi dari Ka’bah ini tak dapat diketahui tanpa pesawat antariksa abad 20, membuktikan jika Qur’an ialah berasal dari ALLAH, & bukti Qur’an mukjizat sepanjang masa. Kerana banyak ayat yang baru dapat dibuktikan oleh peralatan terakhir, zaman terakhir.
Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran? Kalau kiranya Al Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya. QS. 4 An-Nisaa’:82

Kelebihan Solat Jemaah Menurut Teori Fizik

Luruskan saf...hp tutup supaya tidak menganggu jemaah lain.















Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


“Solat berjemaah lebih utama jika dibandingkan dengan solat sendirian dengan 27 darjat.”
(Hadis Riwayat Al Bukhari)

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktumalam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak. Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakaat dalam solat Isyak.

Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.
Sumber Asal: Berita Harian


Saturday, May 21, 2011

Kaedah Elak Rumah Kena Banjir

These homes in Vicksburg are all situated along the Yazoo River, a tributary of the overflowing Mississippi River, and their owners have surrounded themselves with tons of earth and sand.

With questions over whether the main levees that protect the area from floods would hold, these farmers took no chances and have so far saved their homes and crops from destruction.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...