widget

Tuesday, February 28, 2012

Lelaki 97 Tahun Menulis Al-Quran Atas 8 Biji Telur

Subhanallah. Sebenarnya ini kisah yang amat-amat jarang sekali kita jumpa atau dengar. Malah boleh dikatakan, ianya bagai satu keajaiban yang pernah terjadi di atas muka bumi ini. Bayangkan seorang lelaki tua berusia 97 tahun berjaya menulis sebuah kitab suci Al-Quran dengan sepenuhnya di atas 8 biji telur. Ianya telur ayam dan bukannya telur burung unta atau apa sahaja telur yang besar. Agak tidak logik tapi itulah kenyataan yang harus kita terima.


Al-Quran di TelurAl-Quran di TelurAl-Quran di TelurAl-Quran di TelurAl-Quran di Telur

Akhlak Mulia Faktor Islam Berkembang Di Eropah





السلام عليكم





SELEPAS tragedi runtuhan World Trade Center (WTC) pada 11 September 2001, sentimen dan fenomena Islamofobia masyarakat barat menghantui umat Islam. Laporan berita negatif selain memomokkan Islam sebagai ‘pengganas’ menyebabkan imej Islam tercalar teruk.  Beberapa serangan dan peperangan dilancarkan terutama ke atas Iraq dan Afghanistan, kononnya mahu mengembalikan keamanan dunia. 

Namun, Islamofobia terutama di Eropah sudah berubah kerana seruan serta syiar Islam bersinar di mana-mana. Jangan terkejut, jika ramai penganut Kristian dan agama lain memeluk Islam di seluruh Eropah setiap hari. Kebanyakan Muslim di Eropah bertumpu di bandar besar seperti London, Bradford di United Kingdom, Rotterdam, Amsterdam di Belanda, Paris, Perancis dan Copenhagen, Jerman.  Benarlah, jika usaha dakwah dilakukan dengan penuh ikhlas lambat laun pasti akan membuka pintu hidayah golongan yang dipilih Allah itu menjadikan Islam sebagai cara hidup.

Alhamdulillah, siapa sangka, dalam keadaan Islam di Eropah yang ditekan dan laporan berita negatif, Islam terus berkembang seperti cendawan selepas hujan. Malah, nilai sosial masyarakat tempatan mulai berubah. Fenomena penerimaan Islam di Eropah menjadi bukti kukuh Kristian semakin terancam.  Di England, beberapa gereja diambil alih pengurusannya dan dijadikan masjid. Ada kalangan masyarakatnya yang memeluk Islam kuat jihadnya berusaha mencari dana membeli tapak gereja untuk dijadikan masjid.

GEREJA TUKAR MASJID...Masjid Didsbury di Manchester antara gereja yang dijadikan masjid. 

Walaupun kerajaan Britain mengharamkan pembelian gereja kerana sedar rumah ibadat Kristian kian hilang fungsinya, ia terus memberi semangat kepada mujahid baru di Eropah. Kini, kubah masjid menenggelamkan menara gereja yang menjadi petunjuk keyakinan baru umat Islam manakala gereja semakin terbiar. Jika dulu umat Islam terpaksa menunaikan solat secara rahsia di bilik gelap di bawah bangunan kerana bimbang dicemuh dan dihalang, kini mereka bebas sembahyang di mana-mana saja tanpa gangguan.

Itu antara catatan kembara Pengarah Bahagian Dakwah, Professional Islamic Support And Nurture Group (Pisang), Ustaz Halim Din mengenai kesuburan Islam di Eropah termasuk England, Perancis, Jerman, Switzerland, Itali dan Belanda. Beliau berkata, Pisang adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar di Bicester, England bagi misi dakwah di Eropah.

“Sejak ditubuhkan pada 2008, kami menawarkan serta menyediakan perkhidmatan kepada sesiapa saja tanpa mengira agama, usia, jantina atau bangsa. “Perkembangan dan penerimaan Islam cukup memberangsangkan. Buktinya, semakin banyak masjid dibina dan setiap hari ada mengucap dua kalimah syahadah. “Di Perancis, ada 10 juta umat Islam dari 65 juta penduduknya. Lebih 2,000 masjid dibina, malah di Paris ada 300 masjid,”katanya.

Halim berkata, pelbagai pendekatan dakwah dijalankan di Perancis salah satunya ialah melalui dakwah di penjara. “Hasil dakwah bersama Presiden Pusat Tauhid Perancis, 65 peratus daripada banduan memeluk Islam. “Jika mengambil kira perkembangan positif itu, tidak mustahil sasaran menjadikan Perancis negara Islam pada 2050 akan menjadi realiti,” katanya.

Menurutnya di Belanda pertubuhan Islamnya terbukti kuat, berkesan dan lebih diyakini.

“Buktinya, pertubuhan Islam itu pernah mengutuskan surat jemputan majlis berbuka puasa ke pejabat kerajaan. Hasilnya lebih lebih 3,000 jemputan hadir. “Akhlak umat Islam yang ramah dan pekerti terpuji menambat mereka untuk mendekati dan memeluk Islam,” katanya.

Halim juga dimaklumkan pensyarah di Universiti Islam Eropah bahawa setiap minggu ramai anak gadis datang berjumpa pensyarah itu untuk berkongsi masalah. “Ramai ingin tahu rahsia keharmonian rumah tangga. Dan, di pertemuan itu, kalimah syahadah diungkapkan dan dihuraikan maknanya sehingga mereka menitiskan air mata. “Kaedah dakwah seperti menjalankan kerja amal perlu dipertingkat dan diperkemaskan lagi dalam usaha mendekati masyarakat kepada Islam,” katanya.

Malah katanya Presiden Pisang, Hamidi Abdul Rahman pernah dijemput dan ditemuramah stesen televisyen satelit Manchester, DM Digital TV pada 2008 melalui saluran Islamnya menghurai isu keganasan, pendidikan dan masyarakat. 

“Program selama setengah jam itu disertai dua wakil dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu Pengarah Institut Tamadun Islam, Prof Datuk Dr Yusof Othman dan Profesor Dr Abdul Latif Samian,” katanya. 

Menurutnya, Pisang turut mengadakan klinik bergerak bagi menjalankan pemeriksaan dan rawatan sihir dan gangguan jin di Manchester, Birmingham dan Aberdeen. “Objektif utama kami ialah menggalakkan kaedah terapi al-Quran kerana ada penyakit berpunca daripada jin. “Kami turut mengadakan khidmat kaunseling kepada masyarakat yang bermastautin di United Kingdom selain mengurus soal perkahwinan, penderaan kanak-kanak, tekanan perasaan, kemurungan, homoseksual dan lesbian,” katanya.

Katanya, Pisang turut membimbing serta menyelamatkan genius Matematik dan bekas penuntut di Universiti Oxford, Sufiah Yusof yang pernah melalui detik hitam kerana terbabit dalam aktiviti pelacuran. 

“Alhamdulillah, Sufiah kini pulih dan insaf sepenuhnya dan kini memberi motivasi kepada mereka yang datang ke Rumah Pisang,” katanya. 

Beliau berkata, sepanjang tahun ini, Pisang merancang beberapa aktiviti dakwah di Eropah, antaranya Himpunan Belia Islam SeEropah pada 2 hingga 11 Mei ini. “Kami menjangka lebih 200 peserta dari seluruh Eropah akan hadir ke program itu yang dimeriahkan dengan ceramah dan qiamullail,” katanya.

p/s- Kadang kala umat Islam di Barat dan para muallaf yang baru mengenal Islam jauh lebih cinta dan mengambil berat akan Islam berbanding kita yang sudah sekian lama berstatus Islam, renung dan hisab kembali keislaman kita.

Saturday, February 25, 2012

Roh Setelah Mati






Soalan; Di mana ruh ditempatkan selepas mati? Apakah ia mempunyai hubungan dengan jasad yang ditanam di bumi?
Jawapan;
Terdapat banyak pandangan ulamak dalam masalah ini, antaranya;
Pendapat pertama:
Ruh orang-orang beriman sama ada para Nabi atau syuhadak ditempatkan di dalam syurga. Adapun ruh-ruh orang kafir ditempatkan di dalam neraka. Ini adalah pendapat Abu Hurairah, Ibnu Umar, Imam Ahmad, Imam Syafi’ie dan Ibnu Kathir (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir, surah al-Baqarah, ayat 154).
Pendapat kedua:
Ruh-ruh orang beriman berada di langit yang ke tujuh di tempat bernama ‘Illiyyiin, sedangkan ruh-ruh orang kafir berada di lapisan bumi yang ke tujuh di tempat bernama Sijjin (penjara). Ini adalah pendapat Kaab dan Syeikh Abu Bakar al-Jazairi.
Pendapat ketiga:
Ruh-ruh orang beriman akan berada di halaman kubur masing-masing di mana kubur-kubur mereka dilapangkan oleh Allah, kecuali ruh orang-orang mati syahid yang ditempatkan di dalam syurga. Adapun ruh-ruh orang kafir, ia ditahan/dipenjara di bawah lapisan bumi yang ke tujuh. Ini adalah pendapat sekumpulan ulamak. Pendapat inilah yang dinyatakan oleh Imam al-Baijuri dalam kitabnya Syarah Jauharah at-Tauhid sebagai soheh. Menurut Imam Mujahid; ruh menetap di dalam kubur sehingga seminggu sahaja dari hari ia dikuburkan, kemudian ditempatkan di tempat yang lain.
Pendapat keempat:
Ruh berada di suatu tempat di mana ia berada ketika jasadnya belum diciptakan. Ini adalah pendapat Ibnu Hazm.
Pendapat kelima:
Ruh orang beriman berada di barzakh di bumi di mana ia bebas dapat pergi ke mana-mana menurut kehendaknya. Ini adalah pendapat Salman al-Farisi dan Imam Malik.
Perbezaan pendapat di atas adalah kerana wujudnya perbezaan dalil yang menjadi rujukan masing-masing. Kerana itu Imam Ibnul-Qayyim al-Jauziyah dalam kitabnya ar-Ruh, setelah beliau membentang pendapat-pendapat yang pelbagai tadi, beliau membuat ulasan bahawa ruh-ruh di alam barzakh berbeza-beza tempat dan tingkatnya mengikut kedudukan masing-masing di sisi Allah;
· Ada ruh yang ditempatkan di ‘Illiyyin pada daerah yang paling tinggi iaitu ruh para Nabi,
· Ada ruh yang ditempatkan di dalam syurga seperti ruh para Syuhadak,
· Ada ruh yang ditempatkan dipintu syurga,
· Ada ruh yang ditempatkan di bumi,
· Ada ruh yang berada lapisan terbawah dari bumi,
· Ada ruh yang berenang dalam lautan darah (sebagaimana dilihat Nabi s.a.w. dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj).
Kesimpulannya, ruh-ruh tidak berada di satu tempat. Sebagai menegaskan pandangan beliau, Imam Ibnul-Qayyim menjelaskan; “Jka kita analisis serta hayati hadis-hadis atau riwayat tersebut, maka kita akan menyimpulkan bahawa tidak ada dalil-dalil soheh yang saling bertentangan antara satu sama lain. Inilah hujah yang benar dan dapat dijadikan pegangan”.
Hubungan ruh dengan jasad
Ruh-ruh selepas mati walaupun berada di tempat yang jauh (di syurga, di langit dan sebagainya mengikut pendapat-pendapat tadi), namun ia masih mempunyai hubungan secara langsung dengan kuburnya yang mengandungi jasadnya. Dengan adanya hubungan itu, ruh akan membalas salam orang yang datang berziarah ke kuburnya dan tidaklah mustahil bagi ruh itu untuk kembali ke jasadnya dalam waktu yang amat pantas dari tempat tinggalnya dengan izin Allah. Dalam hadis Rasulullah s.a.w. bersabda; “Tidak ada seorangpun yang melalui kubur saudaranya yang muslim yang dikenalinya di dunia, lalu ia memberi salam kepadanya melainkan akan dikembalikan ruh kepadanya sehingga ia dapat menjawab salam”.
Begitu juga dengan adanya hubungan itu, jasad akan turut merasai nikmat atau azab yang dikenakan ke atas ruh di alam barzakh. Kesimpulannya; di alam barzakh sekalipun ruh dengan jasad terpisah, namun hubungan antara keduanya masih ada.
Wallahu A’lam.
Rujukan;
1. Ar-Ruh, Ibnul-Qayyim al-Jauziyyah.
2. Tafsir Ibnu Kathir, surah al-Baqarah, ayat 154.
3. Aqidah al-Muslim, Syeikh Abu Bakar al-Jazairi.
4. Syarh Jauharah at-Tauhid, Imam al-Baijuri.
by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Ustaz, Saya Tidak Pernah Solat Dan Bagaimana Ingin Bertaubat






Ustaz... saya hanya hendak menanyakan satu soalan : dulu saya kerap sembahyang tiba saya rasa sembahyang itu leceh. Sudah banyak kali saya berjanji pada diri saya untuk sembahyang tanpa meninggalkan dengan sengaja tetapi saya tetap ulang tabiat lama. Tetapi kali ini saya rasa saya betul-betul hendak bertaubat tetapi saya tidak tahu sama ada Allah terima atau tidak taubat saya. Apa cadangan ustaz atau saranan ustaz?

Jawapan

Soal ibadah atau mengerjakan perkara yang makruf ini bukan perkara yang dianggap suka-suka, bila rajin buat apabila tidak rajin kita tinggalkan. Kalau ibadah sunat itu tidak mengapalah sebab kalau kita tidak buat dia tidak mendapat apa-apa pahala dan dosa. Tetapi kalau perkara yang wajib kalau kita tinggalkan dia mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah.

Saya umpamakan diri kita sebagai hamba Allah kepada seorang pelancong yang masuk ke dalam sesebuah negara. Syarat untuk memasuki sesebuah negara mestilah dengan menggunakan pasport dan juga visa, kalau tidak ada pasport dan visa pelancong tersebut dianggap sebagai pendatang tanpa izin. Apabila dokumen sudah diluluskan oleh pihak imengration, maka pelancong tersebut sudah boleh bergerak bebas dalam negara tersebut dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa negara tersebut. Jika ia melakukan kesalahan atau melanggar syarat yang ditentukan, dia boleh didakwa dan boleh juga ditamatkan masa melancongnya dengan serta merta.

Berdasarkan perumpamaan di atas ini adalah apabila kita disahkan atau diluluskan sebagai seorang muslim dengan pasport atau visa kita iaitu syahadah, maka kita kena mentaati segala undang-undang atau syariat yang terdapat dalam agama Islam. Jika kita gagal mematuhinya nescaya kita mengundang kemurkaan dan dosa daripada Allah. Bila tamat sahaja pasport dan visa yang diberikan Allah kepada kita iaitu mati, sudah pasti di akhirat nanti kita menghadapai satu siksaan yang sangat dahsyat dari Allah atas segala kegagalan yang telah kita lakukan.

Kalau kita hitungkan balik jumlah waktu solat dan masa yang diperlukan untuk mengerjakan solat itu sangat sedikit dan tidak sampai suku masa dari jumlah 24 jam. Bagaimana anda boleh anggap solat ini satu perkara yang susah. Inilah yang dikatakan tipu daya syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk memutar belitkan pemikiran manusia dengan menganggap solat itu satu perkerjaan yang sangat susah berbanding dengan kerja lain.  Firman Allah yang bermaksud :

"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, Sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku.” (At-Taha : 14)

Semua makhluk adalah hak milik Allah, jadi terpulanglah kepada Allah untuk buat apa sekalipun kepada makhluknya. Kita tidak boleh berbantah dan mempertikaikan segala suruhan Allah. Setiap amal kebajikan yang kita buat ada balasannya dan ganjarannya. Buatlah ibadah dengan penuh keikhlasan dan kesabaran.

Satu lagi saya hendak ingatkan kepada yang bertanya, sebagai seorang muslim, kita tidak boleh anggap solat itu membebankan dan menyusahkan kita, sebab solat ini adalah perintah Allah dan kita tidak boleh mempersenda segala suruhan Allah dan jika kita mempersenda, maka sudah pasti ia mengundang kemurkaan Allah, segala amal dan pahalanya akan ditolak oleh Allah, boleh merosakkan akidahnya dan akan diazab dengan siksaan yang sangat pedih di hari akhirat kelak. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan jauhkanlah diri dari orang-orang Yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) Dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke Dalam azab neraka) Dengan sebab apa Yang ia telah usahakan (dari perbuatan Yang buruk dan keji). tidak ada baginya Pelindung dan tidak juga pemberi syafaat Yang lain dari Allah. dan jika ia hendak menebus (dirinya) Dengan Segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. mereka itulah orang-orang Yang dijerumuskan (ke Dalam azab neraka) Dengan sebab apa Yang telah mereka usahakan. bagi mereka disediakan minuman dari air panas Yang menggelegak, dan azab seksa Yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya).” (Al-An’am : 70)

Manusia adalah makhluk yang lemah dan mudah untuk lupa segala suruhan dan larangan Allah. Jadi sebab itulah Islam diturunkan untuk mengajak dan mengingati manusia akan perintah Allah. Sebab itulah Islam mewajibkan solat 5 waktu, ini bertujuan untuk menghidupkan hati manusia dari terus leka dengan tipu daya syaitan. Bila kita solat, kita akan ingat segala kesilapan yang telah dilakukan oleh kita, dari kesalahan yang dilakukan mohon ampun kepada Allah melalui doa-doa yang terdapat dalam solat dan selepas solat.

Allah itu Maha pengampun dan Maha Penyayang..Kalau kita bertubat dengan sepenuh hati dan berikrar tidak melakukan lagi dosa tersebut, nescaya Allah akan menerima taubat kita. Firman Allah yang bermaksud :

“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Az-Zumar : 53)

Tidak ada alasan lagi bagi sesiapa yang melakukan dosa untuk bertaubat, kerana Allah sentiasa membuka bintu taubat seluas-luasnya kepada sesiapa yang ingin bertaubat. Ini peluang yang Allah berikan kepada kita, jangan kita lengah-lengahkan taubat, sebab ajal maut kita tiada siapa pun tahu melainkan Allah sahaja. Kalau tidak disegerakan taubat, takut-takut nanti kita tidak sempat untuk bertuabat kepada Allah.

Dalam taubat ini juga ada beberapa syarat yang telah ditetapkan seperti kata Imam Qurtubi Rahimahullah “Taubat itu mempunyai empat perkara iaitu istiqfar dengan lidah, meninggalkan dengan badan, menyembunyikan keinginan untuk kembali semula dan meninggalkan keburukan”. Taubat ini bukan hanya dilafazkan dimulut sahaja atau menangis dengan air mata berdarah sekalipun, taubatnya tidak akan diterima oleh Allah sebab dia masih lagi mempunyai keinginan untuk melakukan dosa itu kembali.

Thursday, February 23, 2012

13 Petua Untuk Hindarkan Sifat Pelupa






As-Salam.
Orang tua-tua sering kaya dengan segala petua, dan petua-petua ini kadangkala tanpa kita sedar merupakan sunnah Nabi yang diterjemahkan menjadi satu budaya dalam masyarakat kita, terutama masyarakat Melayu.

Mungkin ada di antara kita seperti macam skeptikal dan prejudis dengan petua2 lama ini. Namun, tak salah pun kalau mengikut sebab ia tidaklah memudaratkan tubuh atau kesihatan.

Ya, walaupun tiada kajian saintifik mengenainya, namun mungkin kerana pengalaman bertahun pak mak tok nek kita dalam hal ini, mungkin boleh dijadikan sandaran akan kebenarannya.

Buat mereka yang sering lupa, petua berikut mungkin membantu.

13 Petua Untuk Hindar Sifat Pelupa

  1. Jangan makan kepala ikan
  2. Jangan makan organ dalaman
  3. Jangan minum semasa makan
  4. Jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
  5. Jangan melihat kemaluan
  6. Jangan melihat buih
  7. Jangan membaca nama pada batu nisan
  8. Banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
  9. Banyakkan makan kismis, kurma dan madu
  10. Banyakkan makan kekacang
  11. Pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
  12. Jangan makan sehingga terlalu kenyang
  13. Jangan kencing berdiri 


Wednesday, February 22, 2012

Panah Asmara Jejaka Pakistan




K
uala Langat – Panaha asmara seorang lelaki Pakistan ke atas kekasihnya yang merupakan seorang pelajar tingkatan lima menyebabkan gadis itu bertindak membelakangkan keluarga apabila dia disyaki melarikan diri selepas cinta mereka mendapat tentangan.

NURUL ZAKIAH yang hilang sejak 14 Februari lalu dirayu pulang oleh keluarganya.

Nurul Zakiah Hidayah Azman, 17, dikatakan hilang pada Hari Kekasih 14 Februari lalu selepas tiga minggu berkenalan dan bercinta dengan lelaki dikenali sebagai Samer Khan, 20-an.

Samer Khan digambarkan sebagai lelaki yang kacak tetapi keluarga Nurul Zakiah hanya mendengar cerita mengenai Samer daripada gadis itu dan tidak pernah menemuinya.

Pertemuan yang tidak dirancang hingga melahirkan bibit-bibit cinta itu berlaku ketika Nurul Zakiah bekerja secara sambilan di sebuah pasar raya manakala Samer pula bekerja di sebuah kedai menjual barang-barang makanan di Pekan Banting di sini. Kedua-dua premis itu terletak berdekatan.

Nurul Zakiah yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini sebelum kejadian tinggal bersama ibu saudaranya, Norlaila Saad, 43, sejak 12 tahun lalu selepas kematian ibunya.

Mengimbau semula kejadian itu, Norlaila memberitahu, dia menyedari kehilangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting dekat sini itu selepas anak saudaranya tidak pulang ke rumahnya di Jalan Masjid, Kanchong Darat setelah tamat waktu belajar. -kosmo

Kisah Orang Kaya Dan Pemandu





Suatu hari ada dua orang kaya sedang duduk di cafe, sambil menggosip pemandunya.

Orang kaya I : " Hei, kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie."

Terus dia panggil pemandunya si King Kong " King Kong, ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez."

King Kong pun menjawab dengan sopan,
" Yes Sir !! Right A way !!" Dengan pantas terus ke kedai kereta.

Orang kaya I itu beritahu ke temannya,
" Nampak? Apa aku cakap....dia buat betul-betul"

Orang kaya II : " Haha....itu belum apa-apa, kau nak tengok, pemandu aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau." Terus orang kaya II memanggil pemandunya Rambo. " Rambo, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak ?"

Rambo: " Yes Sir !! Right A Way !!" dan dia terus cabut ke rumah tuannya.

Orang kaya II beritahu kepada temannya tadi, " Nampak apa yang aku cakapkan ? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa.

Tdak berapa lama kemudian, kedua pemandu itu bertemu di jalan,
King Kong : " Ehh you know, my boss is very stupid laaaahhh. Dia kasih aku 10 ringgit dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta, mana boleh ?? Kau kan tahu sekarang kan hari minggu. Semua kedai kereta tutup!!"

Rambo : " Kau fikir boss kau stupid ha ? boss aku lagi stupid!! Dia suruh aku tengok dia ada dirumah atau tidak..Padahal dia kan boleh check sendiri telefon je la ke rumahnya!!"

Haiwan Seperti Belalai Gajah




Makhluk Allah di bumi ini terbentuk dari perlbagai rupa, sepesis dan habitat yang berbeza. Ada banyak lagi hidupan pelik yang belum pernah manusia kaji dan temui. Dalam gambar-gambar di bawah adalah sejenis hidupan pelik yang kelihatan seperti belalai gajah - posted@malaysiasensasi.net

Tuesday, February 21, 2012

Gambar Dan Cerita 13 Haiwan Aneh Dan Misteri - Benarkah Pernah wujud Di Bumi?





1. Ahool

Haiwan ini berbentuk seperti kelelawar, berkepala seperti monyet, bermata besar serta hitam, dan tubuhnya berbulu abu-abu gelap. Tubuhnya dapat sebesar anak berumur satu tahun dengan bentangan sayap dapat mencapai 10 kaki (3 meter). Hewan ini pertama kali dilihat oleh Dr.Ernest Bartels pada 1925 ketika sedang menyusuri Gunung Salak, Jawa Barat. Saat itu Ernest sedang mejelajahi air terjun di lereng gunung itu, dan mendadak saja seekor kelelawar raksasa menukik di atas kepalanya.


Pada tahun 1927, sekitar pukul 11:30 malam, ketika Ernest Bartels berbaring di tempat tidurnya dalam pondok dekat sungai Tjidjengkol, Jawa Barat, dia mendengar suara aneh dari atas pondoknya. Suara itu berbunyi “Ahool … Ahool …”. Ernest mengambil obor dan memeriksa ke asal suara, dan melihat kelelawar raksasa yang dia lihat pada 1925. Itu sebabnya hewan ini disebut Ahool.


2. Agogwe
Makhluk ini pertama kali diketahui keberadaannya pada sekitar 1900 oleh Kapten William Hitchens, namun baru disampaikan ke publik pada 1937. William menemukan makhluk ini di Afrika Timur. Menurut dia, Agogwe berbentuk seperti manusia dan berjalan dengan kaki, namun bertubuh kecil seperti kurcaci, serta berbulu kemerahan di sekujur tubuhnya. 


William menyebut, Agogwe yang ia lihat menyerupai seorang laki-laki, namun hanya setinggi 4 kaki. Pada 1938, seorang pria bernama Cuthbert Burgoyne juga melihat Agogwe di Afrika Timur. Ada teori yang menyebutkan, kalau Agogwe mungkin termasuk spesies gracile australopithecine, salah satu spesies primata yang pernah berdiam di Afrika, namun telah punah sejak ribuan tahun lalu.


3. Srigala Andean
Hewan ini pun jarang sekali dapat dilihat, namun diketahui kerap berkeliaran di sekitar Laut Arktik dan di Amerika Utara. Hewan ini unik, karena hanya jenis ini satu-satunya dalam spesies anjing atau srigala yang tidak berbulu, sehingga kulitnya licin. Namun lucunya, di kepala dan ekor binatang ini justru tumbuh bulu berwarna kuning.


4. Kucing Rubah
Hewan ini ditemukan sekelompok ilmuan yang tergabung dalam World Wild Fund (WWF) pada 2003 saat tengah melakukan penelitian di kawasan Taman Nasional Kayan Mentarang, Kalimantan, namun baru dipublikasikan pada 2005. Hewan ini mirip rubah, tapi berkulit merah, dan berukuran lebih besar dari kucing. Yang menarik, binatang ini juga memiliki sepasang kaki belakang yang lebih panjang dari kaki depannya, dan memiliki ekor berotot yang panjang. 


Begitu dipublikasikan, dunia langsung heboh dan media memberitakannya sebagai temuan terpenting dalam satu abad terakhir, karena temuan spesies baru yang terakhir terjadi pada 1895 ketika di belantara Kalimantan ilmuwan juga menemukan seekor karnivora jenis musang luwak yang diberi nama melogale everetti atau borneo ferret badger.


5. Harimau Tasmania
Hewan bernama latin Thylacinus cynocephalus ini merupakan hewan marsupial karnivora modern terbesar yang pernah diketahui. Dianggap sebagai harimau, karena punggungnya bercorak belang seperti umumnya harimau. Namun ada pula yang menyebutnya srigala, karena bentuk kepalanya memang mirip srigala. Hewan yang hidup di benua Australia dan pulau Papua ini dinyatakan telah punah pada abad 20. 


Di Australia, hewan ini punah ribuan tahun sebelum kedatangan bangsa Eropa ke benua kangguru itu, namun sempat bertahan di pulau Tasmania bersama sejumlah spesies endemik lainnya, termasuk setan Tasmania. Itu sebabanya di belakang namanya ada tambahan kata Tasmania. Fosil yang ditemukan dari spesies binatang ini mengindikasikan kalau dia hidup sekitar zaman Miosen.


6. Tsuchinoko
Hewan ini dilaporkan terlihat di beberapa daerah di Jepang, kecuali Hokkaido dan Kepulauan Ryukku. Bahkan nama tsuchinoko berasal dari bahasa penduduk daerah Kansai yang meliputi Kyoto, Mie, Nara, dan Shikoku yang berarti ‘hewan’. Di daerah Kanto, hewan ini disebut bachihebi. Tsuchinoko berbentuk seperti ular, namun berperut gendut seperti botol atu pin boling, dan berekor kecil mirip ekor tikus. 


Namun hingga kini keberadaan hewan itu belum pernah bisa dibuktikan (cryptid), dan juga belum pernah berhasil ditangkap. Diduga, ini terjadi karena selain yang melihatnya merasa takut, juga hewan ini langsung melarikan diri bila ada yang melihatnya. Beberapa pemerintah daerah di Jepang pernah mengiming-imingi uang hingga 100 juta Yen bagi siapa saja yang dapat menangkap hewan ini, namun tak ada hasilnya.


7. Yeti
Serupa dengan Bigfoot, muncul di wilayah Himalaya. Bagi warga sekitar hutan di wilayah pegunungan itu, makhluk ini adalah penjaga hutan, dan tidak boleh diburu. Yeti atau Manusia Salju yang Menakutkan adalah sejenis primata besar yang menyerupai manusia yang menghuni wilayah pegunungan Himalaya di Nepal dan Tibet. Nama Yeti dan Meh-Teh umummnya digunakan secara luas oleh masyarakat di wilayah tersebut, dan dianggap sebagai kisah sejarah dan mitos yang masih misterius. Orang-orang Nepal juga menyebutnya bonmanche yang berarti manusia liar atau kanchanjuga rachyyas yang berarti iblis kanchanjunga.
8. Mongolian Death Worm
Hewan ini hidup di Gurun Gobi, dan sangat ditakuti bangsa Mongolia. Meski termasuk jenis cacing, hewan ini bisa memiliki panjang hingga 1,2 meter, bertubuh seperti ular, gemuk, berwarna merah, dan mampu membunuh mangsanya, termasuk manusia, dengan cepat dan dari jarak jauh. Dalam legenda Mongol disebutkan, jika akan menyerang mangsanya, binatang ini akan mengangkat sebagian tubuhnya, dan kemudian membuka mulutnya lebar-lebar, dan menyemburkan racun mematikan yang membuat mangsanya tewas. 


Setelah itu, sang mangsa dimakan. Bangsa Mongol menyebut hewan ini dengan allghoi khorkoi yang berarti cacing usus, karena jika dilihat sepintas, cacing raksasa ini memang seperti usus. Meski menamakan hewan ini dengan Mongolian Death Warm, para ilmuwan yakin, hewan ini bukan jenis cacing, karena cacing takkan tahan hidup di gurun yang panas, kering, dan tandus. Mereka yakin, hewan ini sejenis ular berbisa, namun hipotesa ini pun belum dapat dibuktikan keakuratannya.


9. Ogopogo
Monster laut yang serupa dengan Nessie di danau Loch Ness. Bedanya Ogopogo ditemukan di danau Okanagan, Kanada. Topik pembicaraan mengenai eksistensi makhluk misterius ini sudah terdengar sejak 1850, dimana pada awal tahun itu untuk pertamakalinya Ogopogo menampakkan dirinya kepada para wisatawan dan penduduk setempat. Para saksi mata yang melihatnya menuturkan, makhluk ini berperawakan besar, berwarna gelap dan memiliki bentuk tubuh yang panjang. 


Dia muncul dari dasar danau ke permukaan air, lalu berenang ke tengah. Hewan ini muncul cukup lama, sehingga yang melihatnya dapat mengamati sosok dan prilakunya, sebelum akhirnya kembali menyelam ke dasar danau. Semula, mereka menduga yang mereka lihat adalah ular, namun kemudian mereka sadar, yang mereka lihat adalah makhluk lain yang berbeda, yang akhirnya disebut Ogopogo.


10. Mokele-Mbembe
Hewan ini ada dalam legenda masyarakat Kongo, Afrika, yang tinggal di sepanjang aliran sungai. Bahkan nama mokele-mbembe berasal dari bahasa Lingala, bahasa salah satu suku setempat, yang berarti “sesuatu yang menahan aliran sungai”. Sesuai namanya, hewan ini memang berdiam di sekitar sungai. Bahkan orang barat mengibaratkan hewan ini seperti monster yang hidup di Danau Loch Ness.


Mokele-mbembe bertubuh seperti gajah, namun berleher panjang. Ekor dan kepala makhluk ini kecil, dan tubuhnya berwarna coklat abu-abu, sehingga ada yang mendeskripsikannya mirip hewan sauropoda yang telah punah. Hewan ini memakan tanaman berukuran besar, dan menurut legenda, hewan ini biasanya mencari makanan di belokan sungai. Masyarakat Desa Boha, salah satu desa di Kongo, menganggap makhluk ini sebagai mahkluk tak berwujud, meski meyakini keberadaannya.


11. Jersey Devil
Makhluk ini seperti kuda, namun memiliki tanduk dan sayap yang lebar berbentuk seperti sayap kelelawar. Makhluk ini juga memiliki tangan, dan berdiri dengan dua kaki. Makhluk yang juga disebut Leeds Devil ini adalah makhluk cryptid legendaris yang mendiami wilayah Pine Barrens di New Jersey Selatan, Amerika Serikat. Walau identitasnya masih misterius, namun pada 1909 lebih dari 1.000 orang di 30 kota di Amerika, terutama di sekitar New Jersey, mengaku telah melihatnya.


12. Mothman
Mothman berarti manusia ngengat, tetapi Mothman lebih dekat menyerupai beberapa jenis burung yang biasa digambarkan sebagai sesosok makhluk bersayap dan setinggi manusia, bermata merah, kadang muncul tanpa kepala dengan mata merahnya ada di dada. 


Mothman merupakan satu urban legend yang cukup terkenal di Virginia, Amerika Serikat. Seperti yang telah tercatat dalam buku berjudul ‘The Mothman Prophecies’ karangan John A. Keel, makhluk aneh yang mempunyai sayap ini terkenal mempunyai bentuk badan seperti manusia dan berwarna abu-abu. Nama Mothman sendiri diambil dari tokoh jahat dalam cerita komik Batman.


13. Buru
Kadal sepanjang 15 kaki dan berwarna gelap. Ditemukan di Himalaya dan dipercaya telah pupus.

CPJ: Cerita-cerita begini mengingatkan kita bahawa bumi ini sudah lama wujud, sudah berjuta tahun, dan kini sudah hampir sampai ke penghujungnya.Pelbagai peristiwa telah berlaku dan pelbagai jenis makhluk telah melalui peristiwa-peristiwa tersebut. Cpj berpendapat, selagi ada dalam khayalan manusia, perkara itu tidak mustahil pernah ada, mungkin berjuta tahun dahulu atau akan ada beribu tahun akan datang. Apa yang penting kita yakin semuanya ada yang mencipta dan yang menguruskannya...Sesungguhnya tidaklah Allah menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...