widget

Monday, August 29, 2011

Fredo @ Mohd Amani Abdullah



Mohd Amani Abdullah atau lebih dikenali sebagai Fredo dikatakan akan muncul dengan album terbarunya pada hujung 2011 ini.

"Album barunya itu akan memuatkan sebanyak 10 buah lagu termasuklah dua 'single' yang pernah dirakamkan pada tahun lalu iaitu Kasih Berubah (duet dengan Doul) dan Ratu Hatiku (nyanyian asal kumpulan Atomic Power).

"Tahun lalu, saya telah muncul dengan dua “single” lagu iaitu Kasih Berubah dan Ratu Hatiku. tetapi tahun ini saya mahu menerbitkan sendiri album baru saya sebagai tanda kemunculan baru.

"Konsep album pada kali ini lebih bercirikan dengan mainan alunan muzik seperti penyanyi antarabangsa, Santana dan saya harap ia dapat diterima ramai," ujarnya dipetik sebagai berkata.

"Saya juga memuatkan lagu-lagu lama yang pernah popular dahulu seperti Rinduku Meneruskan Percintaan, Balada Lagu Cinta dan Berumah Tangga dengan menggubahnya kepada susunan muzik yang baru.

"Sebenarnya album ini juga khas buat peminat-peminat saya yang masih lagi menyokong saya sehingga sekarang. Sebab itu saya menyanyikan semula lagu-lagu popular itu.

"Saya juga akan berduet dengan anak perempuan saya, Awin, yang berjudul Impianku dalam album tersebut," tambahnya.

 

Thursday, August 25, 2011

Awek Posing Style Nganga









Zaman sekarang ni macam2 style orang amik gambar..
ada yang buat muncung itik,ada yag terjelir2..
macam2 lagilah...
kat bawah ni pun salah satu teknik amik gambar yang korang patut cuba..
amaran: mulut anda mungkin akan kekejangan serta di penuhi lalat.


aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..........

aaaaaaaaooooooooo........

aaaaaaaaaaaaaaaaaaa......

aaaaaaaaaaaaaaaaaa........

aaaaaaaaaaaaaa.........

aaaaaaaaaaaaaaaaa..........

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........

aaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

aaaaaaaaaaaaaaaaa.......

aaaaaaaaaaaaaaaaaaa........

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...........

aaaaaaaa...

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......

stress aku tengok pempuan ni!


9 Petua Dari Rasulullah SAW Untuk Mencapai Doa Yang Mustajab












Berikut merupakan antara 9 petua dari Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa yang mustajab yang Fadah perolehi dari blog khaix7 :
1. Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” [3]

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya. [4]

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.” [5]

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.” [6]

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan.” [7]

6. Ubadah Bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan,


Kemudian mengatakan, fighrli.jpg atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwudhu (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.” [8]

7. Ata Bin Abi Rabah berkata “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda, sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.” [9]

8. Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.” [10]

9. Hadith dari Abu Hurairah, “Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.” [11]

Wallahu’alam.

Ketam Mirip Predator















SOUTHSEA - Seorang nelayan menangkap seekor ketam
ganjil yang wajahnya dikatakan mirip makhluk
asing dalam filem Predator yang dibintangi pelakon 
Arnold Schwazenegger pada tahun 1980-an, lapor
sebuah akhbar semalam.

Ketam itu kini ditempatkan di Akuarium Blue Reef 
di Southsea, Hampshire, Britain selepas haiwan 
tersebut diserahkan untuk dipamerkan baru-baru ini.

Haiwan tersebut turut dikenali sebagai ketam span dan
ia boleh menyamar dan mengelak daripada dilihat
menerusi pemandangan mata semasa haiwan tersebut 
berada di dasar laut.

Ketam itu akan dipamerkan kepada orang ramai selepas 
ia selesai dikuarantin.


Aksi Pejalan Kaki Atas Kabel






Freddy Nock memerlukan waktu 90 minit berjalan di atas kabel setebal dua inci untuk sampai ke puncak gunung Zugspitze di selatan Jerman, tanpa peralatan keselamatan.

Nock, yang memulakan karier berjalan di atas kabel sejak berusia 11 tahun tersebut mengatakan bahawa dia tidak akan mengulangi perjalanan 3,000 kaki (914 meter) tersebut tanpa pengimbang, kerana sangat memenatkan.

Lelaki kelahiran Sweden tersebut merancang akan menyerahkan prestasinya itu kepada Guinness Book of World Records sebagai aksi ‘berjalan di kawat terpanjang dan tertinggi di atas permukaan laut tanpa peralatan pengimbang'.

Aksi ini merupakan sebahagian dari aktiviti untuk mengumpulkan dana bagi Unicef - posted@malaysiasensasi.net

dailymail

Sunday, August 21, 2011

Alat Untuk Mewangikan Kentut






* Alat ini dinamakan sebagai peredam kentut.

* Ia dicipta oleh seorang lelaki dari Wuhan, China.


* Diperbuat daripada plastik lembut dan kenyal, alat yang berbentuk tabung ini perlu dimasukkan ke dalam lubang bontot. Hujung tabung yang satu terbuka dan hujung yang satu lagi memiliki lubang-lubang kecil.

* Sedikit minyak wangi perlu diletakkan ke dalam alat tersebut supaya kentut yang keluar kemudiannya menjadi wangi dan harum. 

Cerita Hari Ahad - Budak Di Dalam







Gambaq hiasan

Seperti biasa tak kira bulan puasa atau tidak setiap bas di kuala lumpur pasti akan sesak dengan ramai orang, nak dijadikan cerita naiklah seorang wanita muda yang sedang mengandung bernama Alia. Lalu dengan sopan dia berkata kepada seorang lelaki india bernama Ravi yang sedang duduk di sebuah kerusi.

"Encik, bolehkan bagi saya duduk? Saya berdiri tak apa, tetapi budak di dalam ni..". *sambil tunjuk perut dia

Lelaki tu pun memberikan tempat duduknya kepada wanita tersebut. Kemudian lelaki itu pun mengeluarkan rokok lalu menghisap rokok, lalu wanita itu berkata,

"Encik, boleh ke encik berhenti merokok. Saya tak apa, tapi budak di dalam ni..". *tunjuk perut dia lagi

Lelaki india itu pun dgn tersipu2 membuang putung rokok tersebut. Tetapi di dalam hati membara, geram betul pada wanita itu. Dah lah aku terpaksa beri tempat duduk aku, ni dia boleh tegur aku yang sedang merokok. Macam mana aku nak pekena dia pula? *gertik hati kecil pemuda india itu

Tiba2 angin bertiup, dan terselaklah kain wanita itu, dan nampaklah pangkal pahanya yang putih melepak, maka dgn spotan lelaki itu berkata

"Cik puan, boleh tak cik puan tutup kain cik puan. Saya tak apa, tetapi budak di dalam ni tak boleh .... *sambil tunjuk ke arah seluarnya.


Thursday, August 18, 2011

Jangan Mencelup Uncang Teh Lebih Dari 3 Minit






Teh uncang sebaiknya tidak boleh dicelupkan serta 'direndam' terlalu lama.
Hal ini disebabkan adanya kandungan klorin dalam uncang kertas teh itu. Fungsinya adalah untuk melindungi kertas uncang tersebut daripada bakteria dan juga berfungsi sebagai pengawet, iaitu teh menjadi lebih tahan lama.


Klorin dalam jumlah yang tinggi boleh menyebabkan banyak keburukan dan kesan negatif kepada badan manusia. Antaranya ialah kanser, mandul dan banyak lagi.

Jika mencelup uncang teh lebih dari 3 - 5 minit, klorin akan ikut larut dalam teh. Dan banyak khasiat teh yang 'terhilang' akibat kehadiran klorin yang tinggi dalam minuman teh. Agar terhindar dari kesan jangka masa panjang, sebaiknya jangan mencelup uncang teh lebih dari 3 minit.

Sabun Jongkong Emas






Wajah adalah mahkota diri yang perlu diberi perhatian agar terpelihara dan kelihatan bersih berseri. Ini kerana pandangan mata yang utama adalah wajah. Jika wajah tidak bersih, kelihatan kusam dan tidak bermaya maka sudah tentu keterampilan diri anda kurang menyerlah.

Terkini sabun muka 'Jongkong Emas' dicipta khas untuk menjaga kebersihan wajah yang sebenar.

Bermula sebagai pencucian asas sehari dua kali dan dijadikan masker seminggu sekali selama 5 minit membuatkan wajah kelihatan bersih berseri dan cerah sekata. Sel kulit mati memerlukan masa selama 21 hari untuk digantikan dengan sel baru.


Maka, dalam masa beberapa minggu wajah pengguna akan memperlihatkan perubahan yang ketara, membabitkan 4M iaitu ANTIPENUAAN, MENCERAH, MELEMBAP dan MERAWAT.

Anda akan tampil dengan wajah yang segar dan awet muda disamping mencipta aura pada wajah yang pasti akan kelihatan berseri (tidak kusam) apabila mula membersih dan merawat dengan sabun muka 'Jongkong Emas'.

Sabun muka Zmasha 'Jongkong Emas' dirumus khas dan diperkaya dengan ekstrak semula jadi berupaya membersih kulit dengan lembut sambil mengekalkan lembapan asli tanpa menjejaskan struktur kulit.

Kandungan 24K Gold 99.9% serpihan hablur emas tulen yang padat dalam sabun ini dan bentuknya yang unik seperti 'Jongkong Emas' membuatkan ia istimewa untuk merawat dan kebersihan wajah yang sebenar.

Dengan formula pelbagai fungsi, melindungi sistem pemulihan kulit serta mengurangkan kedutan, meningkatkan kelembapan dan merangsang pemulihan kulit.

Kulit akan sihat berseri apabila ia berada pada tahap kesihatan yang terbaik. Bagi mendapatkan yang terbaik kini terbaru disyorkan penggunaan set Zmasha Aura Series. Dua produk terkandung dalam set Aura Series iaitu Aura Lift - SPF 25 dan Aura Sapphire - Night Gel.

Teknologi terbaru Zmasha Aura Sapphire-Night Gel mengandungi beberapa bahan aktif yang diperlukan untuk mengekalkan kesempurnaan kulit wajah.

Kandungan ekstrak air batu nilam dipilih kerana ia mengandungi mineral yang tinggi dan memberi zat (vitamin) yang diperlukan oleh kulit.

Batu nilam mempunyai keistimewaan di mata umum yang paling utama ialah menyerlah aura penarik bagi pemakainya. Seterusnya ia dapat menguatkan dan menyihatkan kulit dengan membekalkan kandungan oksigen disamping memperbaiki tisu-tisu kulit dan menguatkan sel secara semula jadi.

Kandungan formulasi dalam sabun muka "Jongkong Emas" 24K GOLD

Teknologi ekstrak emas 24K membantu mengurangkan kedutan dan meningkatkan kolagen untuk keanjalan kulit yang mana emas mempunyai antioksidan yang tinggi mampu menggalakkan penyerapan molekul oksigen ke dalam kulit dan membolehkan fungsi selular berada pada tahap paling tinggi. Ini menghasilkan kulit wajah sihat dan berseri bak kilauan emas.

EKSTRAK LEMON

Nutrisi yang terkandung dalam lemon ternyata baik untuk kulit. Salah satu manfaat lemon yang terkenal adalah untuk mencerahkan kulit dan menutup pori-pori. Ia juga bertindak sebagai pencerah yang diperlukan oleh kulit sekiranya menghadapi masalah kulit tak sekata, jeragat, kulit kusam. Ia juga mengandungi vitamin C yang diperlukan oleh kulit.

SOY PROTEIN

Kacang soya adalah tumbuhan yang banyak ditanam di Asia Tenggara. Diformulasikan daripada kombinasi Soy Protein untuk garis halus, kedut dan melembutkan kulit. Ia juga bertindak sebagai ejen pelembap yang sangat efektif dan berfungsi untuk garisan halus. Fungsi utama melindungi masalah kulit dari kehitaman terutama kulit di bawah mata dan bahagian dahi.

Sabun 'Jongkong Emas' berharga RM69 sekotak untuk 40 gram manakala Aura Series RM139.90. Pengedar diperlukan. Sila hubungi 012-2215942 / 019-3125942 / 019-2225942 / 03-40312631.

Apa kata pengguna:

Sabariah, isteri Ameng Spring

Mengalami masalah kulit kusam dan mempunyai bintik-bintik jeragat yang halus. Dengan penggunaan dua kali sehari segala masalah kulit yang dialami dapat diatasi dan perbezaan yang ketara nampak lebih jelas berbanding kulit yang dulu. Kulit kini telah berubah nampak lebih bersih cerah dan anjal malah jeragat telah berkurangan.

"Ramai rakan menegur perubahan muka saya. Penggunaan yang teratur membuatkan kedutan dan garisan halus terutama di bawah lapisan mata semakin berkurangan. Kini wajah lebih lembap dan natural tanpa mekap yang tebal.

"Saya juga baru memulakan perniagaan menjual produk Zmasha dan mampu meraih pendapatan anggaran RM300 sehari. Sesiapa yang berminat menambahkan pendapatan saya syorkan menjadi pengedar sabun jongkong emas dengan pendapatan yang lumayan. Kulit cantik, pendapatan pun ada," katanya.


Monday, August 15, 2011

Lihat Perbezaan Nur Di Wajah Dua Insan Ini




64 tahun 
86 tahun 
Orang yang dikatakan difitnah 
Orang yang dituduh membuat fitnah
Wajah siapakah lebih berseri ?
Pemimpin anugerah tuhan untuk isterinya 
Pemimpin dianugerahkan tuhan kepada rakyat

Kesemua gambar diatas dirakam pada bulan Ramadhan tahun ini.

Lihatlah perbezaan pancaran nur yang ketara diantara kedua-dua wajah diatas.

Wajah insan yang berusia menghampiri 90 tahun jauh lebih berseri dan tenang dari wajah orang yang berusia 60 an. 

Thursday, August 11, 2011

Puasa Dan Kesihatan







Dari sudut kesihatan, puasa dapat merehatkan perut dan membetulkan alat penghadam, mengurangkan kegemukan serta menghilangkan lemak di badan yang boleh menjauhkan penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, lemah jantung dan sebagainya.

Justeru, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: berpuasalah, nescaya kamu akan sihat.
Seluruh pakar perubatan bersetuju menyatakan bahawa kantung perut yang penuh disebabkan banyak makan adalah punca utama kepada bermacam-macam penyakit.
Maka puasalah satu-satunya cara yang dapat memelihara anggota badan daripada semua penyakit kerana melaluinya unsur-unsur racun di dalam makanan dapat dineutralkan setelah berpadu antara satu sama lain.

Seorang pakar dari Barat menyatakan bahawa setiap orang perlu menjalani tempoh berpuasa walaupun tidak dikesan menghadapi sebarang penyakit.
Ini kerana ia dapat membersihkan badan daripada racun-racun yang berkumpul di dalamnya. Dr. Hisyam Ibrahim aI-Khatib menjelaskan bahawa puasa juga memberi peluang kepada organ-organ di dalam tubuh badan untuk memperbetulkan semula sistem penghadaman.

Pengkajian ini diteruskan lagi apabila didapati punca berlakunya penyakit-penyakit adalah disebabkan oleh pengambilan makanan yang tidak terkawal atau lebih daripada kadar keperluan badan.
Ini menyebabkan sistem yang bertindak mengawal badan terpaksa bekerja lebih kuat bagi mengimbangi keseluruhan pergerakan badan.
Seterusnya penyakit-penyakit seperti tekanan darah tinggi, pertambahan lemak dan peningkatan gula dalam darah amat mudah menyerang dan melemahkan kekuatan badan individu tersebut.

Sesungguhnya tiada ubat yang khusus bagi memulihkannya melainkan dengan berpuasa kerana dengannya wujudlah satu sistem yang baru dalam badan yang bertindak mematikan sel-sel lama untuk digantikan dengan sel-sel baru yang lebih baik dan bertenaga.
Pakar perubatan Islam, Dr. Samir Abbas Malik Abdul Aziz dari Arab Saudi melakukan eksperimen terhadap 21 penduduk tentang kesan puasa pada kesuburan lelaki.

Eksperimennya ini membuktikan puasa adalah satu cara yang amat berkesan untuk menghasilkan benih dan pertumbuhan kesuburan sebagaimana berkesannya puasa dalam perkembangan bagi pertumbuhan badan seseorang.
Dari sudut kesuburan seorang wanita pula, puasa juga merupakan satu cara yang dapat mengurangkan kesan hormon broloktin yang menyebabkan kemandulan.

Di samping itu, puasa dapat mengawal tubuh badan untuk mengambil makanan yang diperlukan sahaja, seterusnya melambatkan proses penuaan, membantu proses perkumuhan, menyingkirkan racun di dalam badan dan menambahkan rasa nikmat makanan setelah berjaya menahan diri daripada makan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...