widget

Tuesday, July 26, 2011

Gambar Pemandangan Bumi Dari Angkasa


gambar bumi 1 Gambar Pemandangan Bumi Dari Angkasa
Bagi yang belum mengetahui dan melihat rupabentuk bumi sering tertanya-tanya bagaimana rupanya pemandangan bumi yang sebenar. Dengan adanya gambar seperti ini dapat mengurangkan pertanyaan yang sering berlegar dalam pemikiran mereka. Mari kita saksikan keindahan bumi dari atas angkasa yang jauh disana.
gambar bumi 2e 520x325 Gambar Pemandangan Bumi Dari Angkasa
gambar bumi 2et Gambar Pemandangan Bumi Dari Angkasa
gambar bumi 2rg Gambar Pemandangan Bumi Dari Angkasa
gambar bumi 3 Gambar Pemandangan Bumi Dari Angkasa
gambar bumi 3e Gambar Pemandangan Bumi Dari Angkasa
gambar bumi 4 Gambar Pemandangan Bumi Dari Angkasa
gambar bumi 5 Gambar Pemandangan Bumi Dari Angkasa
gambar bumi 6 Gambar Pemandangan Bumi Dari Angkasa
gambar bumi 6r Gambar Pemandangan Bumi Dari Angkasa
gambar bumi 7t Gambar Pemandangan Bumi Dari Angkasa
gambar bumi 7y Gambar Pemandangan Bumi Dari Angkasa
gambar bumi 8 Gambar Pemandangan Bumi Dari Angkasa
gambar bumi 32 Gambar Pemandangan Bumi Dari Angkasa
gambar bumi 85 Gambar Pemandangan Bumi Dari Angkasa
gambar bumi 86 Gambar Pemandangan Bumi Dari Angkasa
gambar bumi 96 Gambar Pemandangan Bumi Dari Angkasa


Wednesday, July 20, 2011

Comelnya Ashraf





Oleh Satiman Jamin, Zattul Iffah Zolkiply dan Zaid Salim
am@hmetro.com.my
MOHD ASHRAF HAFIZ...mahu rayu keputusan mahkamah

KUALA TERENGGANU: “Jika kematian adalah penyelesaian, tolonglah ambil nyawanya, tapi (sebelum itu) ambil nyawa saya dan suami dulu kerana kami juga sebahagian daripada punca masalah ini,” kata ibu Mohd Ashraf Abd Aziz, 25, yang permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana ditolak Mahkamah Tinggi di sini, kelmarin.

Wanita berusia 50 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Mak Yah berkata, hati dia dan suami, Abd Aziz, 60, cukup terguris apabila ada pihak tergamak mendoakan kematian Mohd Ashraf seperti disebarkan melalui blog serta laman sosial di Internet.

“Ada yang menyebut lebih baik dia mati, tapi ambillah nyawa saya dan suami dulu,” katanya pada pertemuan di rumahnya di Kampung Telaga Daing dekat sini, semalam. Kelmarin, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa ketika menolak permohonan Mohd Ashraf berkata, biarpun dia sudah menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009, ia tidak boleh dijadikan hujah untuk mahkamah menerima permohonannya. Dengan nada sinis Mak Yah berkata, memang mudah melemparkan pelbagai tohmahan terhadap keluarganya, tetapi tiada siapa tahu penderitaan ditanggung mereka sekeluarga.

“Cuba bayangkan jika mereka berada di tempat kami,” katanya yang mengakui dia dan suami amat tertekan dengan pandangan orang ramai yang menuduh mereka gagal menjadi ibu bapa yang baik.

“Kami sedih dengan tohmahan sesetengah pihak termasuk media apabila ada beranggapan kami membelakangkan Tuhan dengan menyokong keputusan Mohd Ashraf menukar nama dan jantina dalam kad pengenalannya.

“Hakikatnya kami sekeluarga tidak pernah menyokong tindakannya dan amat terkejut bila dia membuat pembedahan menukar jantina sehingga kami pernah tidak mengakuinya anak,” katanya.

Mak Yah mengakui dia menyedari Mohd Ashraf memiliki ciri-ciri kewanitaan sejak bayi lagi, namun terkejut apabila anaknya melakukan pembedahan jantina pada 2009 dan ketika itu dia dan suami menunaikan haji di Makkah.

“Kami berada di Makkah mengerjakan haji ketika itu dan sepanjang pengetahuan kami, dia bekerja di Putrajaya,” katanya.

Menurutnya, Mohd Ashraf tidak memberitahu mereka mengenai ujian perubatan dan hormon dilakukannya di Pusat Perubatan Pantai di Kuala Lumpur dua tahun sebelum pembedahan itu.

“Disebabkan terlalu marah, kami bakar semua pakaiannya dan memberitahunya supaya jangan pulang ke rumah lagi, tetapi kami tahu dia kerap pulang, cuma bermalam di dalam keretanya tanpa masuk ke rumah,” katanya.

Sementara itu, Abdul Aziz yang juga bekas tentera berkata, dia tidak mempunyai masalah mendisiplinkan anak, tetapi buntu menghadapi masalah membabitkan Mohd Ashraf.
“Adiknya pernah memotong rambutnya (Mohd Ashraf) seperti tentera, tetapi kami tetap melihatnya seperti seorang wanita, bezanya hanya rambut dia pendek.

“Saya menyedari kami perlu menangani masalah ini dan bukannya berterusan menafikannya kerana kami masih mempunyai Mohd Ashraf yang lama,” katanya.

Menurutnya, masalah itu mungkin boleh dielak jika dia mendapatkan pandangan pakar mengapa Mohd Ashraf tidak mempunyai karakter lelaki ketika membesar.

“Suaranya tidak berubah menjadi garau ketika dia meningkat remaja dan gayanya berjalan juga seperti wanita, tetapi ketika itu saya tidak terlintas akan timbul masalah lebih besar,” katanya Abdul Aziz berkata, jika kesilapan membesarkan anak menjadi punca Mohd Ashraf mahu menjadi wanita, dua anak angkatnya yang lebih tua sepatutnya menghadapi masalah sama.

“Anak angkat lelaki dan perempuan saya tidak mempunyai masalah, begitu juga adik lelaki dan perempuan Ashraf,” katanya.

Meskipun mendengar mengenai kewujudan fatwa oleh Jakim yang membenarkan seseorang yang jantinanya diragukan menjalani pembedahan pertukaran jantina, Abdul Aziz berkata, dia tidak pasti bagaimana perkara itu boleh dilakukan kerana tiada garis panduan.

“Keputusan ujian perubatan menunjukkan dia mempunyai lebih banyak hormon perempuan berbanding lelaki. Bolehkah fakta ini menyokong permohonannya? Saya harap perkara seperti ini dijelaskan dengan terperinci dan layak diberikan pertimbangan,” katanya.

Mohd Ashraf pula berkata, dia menerima keputusan Mahkamah Tinggi dan akan mengemukakan rayuan.

“Selagi ada ruang mengikut peruntukan undang-undang, saya akan merayu. Orang mungkin berharap saya diam terus atau mati, tetapi saya hanya mahu menjalani kehidupan yang aman,” katanya- Metro

Apabila ALLAH Menguji Diri Kita




http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2011/07/fefe.jpg?w=304&h=202
Pernahkah anda semua menghadapi masalah dalam kehidupan? Sudah tentu anda pernah mengalaminya bukan? Tidak ada seorang pun di antara manusia yang tidak pernah menghadapi masalah dalam hidup kerana satu-satunya tempat yang pasti manusia tidak akan menemui masalah dalam hidup ialah ketika di syurga kelak.
Masalah merupakan sahabat anda semua. Ia sering menemani kita dimana sahaja kita berada ketika di dunia. Sejak kita lahir didunia, bayi berumur seminit pun akan menghadapi masalah didalam hidupnya sebagaimana ibu yang melahirkannya dalam keadaan yang sangat sakit. Bayi pertama sekali pasti akan menangis ketika dilahirkan kedunia kerana bayi tersebut menghadapi masalah ketidak selesaan untuk bertemu ke dunia baru. Begitu juga dengan anda semua. Setiap daripada anda mempunyai masalah yang tersendiri, cuma yang membezakannya ialah jenis masalah yang dihadapi.
Percayakah kita, bayi yang tadi dilahirkan pasti menemui masalah yang seterusnya? Cuba kita ingat ketika zaman bayi kita dahulu, bayi merasa lapar dan dahaga, malahan tidak mampu untuk bergerak mencari makanan untuk dirinya sendiri. Kemudian berlaku proses pembesaran dan perkembangan bayi dimana bayi yang pada mulanya tidak mampu bergerak akhirnya mula untuk belajar meniarap, merangkak dan berjalan. Tapi, ketika dalam proses perkembangan tersebut, jatuh ketika berjalan, luka ketika merangkak dan sebagainya semuanya dikira sebagai masalah yang dihadapi oleh bayi. Ayat mudah, semuanya adalah masalah.
Ketika menuju kealam persekolahan, anak-anak menghadapi masalah dalam pelajaran dan cara komunikasi dengan guru dan rakan-rakan. Perubahan demi perubahan hidup berlalu yang akhirnya membentuk perubahan besar dalam usia anak-anak baik dari segi fizikal, emosi dan sosial.
Sejak kecil lagi, setiap daripada anak Adam diberikan tanggungjawab iaitu tanggungjawab keatas dirinya sediri. Kematangan diperlukan sejak dari kecil lagi walhal pada ketika itu, diri anak-anak masih menganggap dirinya sebagai kanak-kanak. Ketika umur meningkat dan terus meningkat, masalah dan dugaan hidup tidak pernah sepi, bahkan ia semakin bertambah mengikut angka usia kita. Manusia yang semakin dewasa dituntut untuk berkahwin, bekerja untuk mencari rezeki, mendidik anak-anak, menjaga kebajikan keluarga dan sebagainya. Ketika usia semakin tua pula, masalah sentiasa berjalan bersalaman dengan kita. Malah, diusia tua pula, kekuatan yang ada menjadi semakin lemah. Wajah yang dahulunya hensem dan cantik beransur-ansur berkedut. Anggota tubuh menjadi lemah dan pelbagai sakit datang menghinggapi badan. Walau diakhir usia sekali pun, masalah tetap menemani kita. Bahkan, ketika telah meninggal dunia sekalipun, masalah setia menemani kita di liang lahad. Pada ketika itulah, diri kita akan dihisab, semua amalan akan dihitung oleh Allah swt. Sekiranya selamat, kita akan diberikan syurga dan bebas daripada masalah tetapi, jika ia sebaliknya, masalah azab seksaan mengiringi kita sehingga kita dimasukkan semula kedalam syurga yang indah.
Hanya disyurga sahaja, diri anak Adam akan bebas daripada masalah.
Kadang-kadang, dugaan itu terlalu berat untuk dipikul dan datang tanpa diduga. Begitulah lumrah kehidupan. Diri kita merasakan seolah-olah kita tidak mampu untuk menanggungnya yang membawa kepada putus asa dan penderitaan yang berpanjangan. Kita merasakan hidup ini sudah berakhir walau pada hakikatnya, roh masih didalam jasad.
Ketika kita didatangi kehilang orang yang tersayang mahupun harta yang tersayang, kita terus berduka dan menangis sehingga bertahun-tahun lamanya. Kita menyimpan perasaan yang berbaur kesuraman hidup di hati kita.
Begitulah lumrah kehidupan. Tetapi Allah tidak pernah mengajar hambaNya sebegitu rupa. Malah, Allah memberi kita bimbingan untuk terus kukuh didalam kehidupan.
Yesterday is history, today is a gift, tomorrow is  mistery.


Sepatutnya, anda tahu apakah itu erti kehidupan manusia yang sebenar.
Anda mungkin masih tidak mampu mengerti ayat diatas. Tetapi saya ada 1 persoalan untuk anda semua. Adakah anda pasti, orang yang miskin tidak berharta pada ketika ini tidak mungkin untuk dilimpahi dengan kekayaan pada masa hadapan nanti? Bagaimana untuk mengetahui erti kehidupan yang sebenar?
Caranya ialah dengan berpandukan Al Quran dan hadis. Terdapat pelbagai sebutan untuk kehidupan di dunia ini. Percayalah, tiada siapa yang lebih berkuasa dan lebih mengetahui selain Allah swt Yang Maha Mengetahui. Allah menyebutkan didalam Al Quran bahawa pada kehidupan ini, Dia akan menguji manusia, berupa ketakutan, kelaparan, kekurangan harta dan jiwa. Dan Allah memberikan khabar berita gembira bagi orang-orang yang bersabar.
Firman Allah SWT di dalam Al Quran:
” Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai ujian dan sesungguhnya disisi Allahlah pahala yang besar” (an Anfaal:28)
kekayaan dan kesenangan hidup di dunia juga merupakan ujian buat hamba-hambaNya. Semua itu merupakan kesenangan hidup didunia yangb boleh jadi hanya menjadikan seseorang itu rugi di akhirat.
“dijadikan indah pada manusia kecintaan kepada apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari sefi emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang terbaik.” (Ali-imran: 14)
Saudara sekalian, mungkin di pandangan mata kita, kekayaan itu yang membuat kita lebih bahagia, tetapi percayalah, boleh jadi ujian kesenangan memberi impak yang lebih besar pada diri seseorang daripada ujian berupa musibah.
Sedar atau tidak, manusia sering kali akan mengingati pada Allah ketika ditimpa kesusahan tetapi sering kali manusia lupa mengingatiNya ketika kesenangan menemaninya..Pada saat ditimpa keperitan dia akan berpaling kepada Allah tapi ketika mendapat nikmat dia mengatakan semua itu kerana usahanya sendiri tanpa ada bantuan.

Monday, July 18, 2011

7 Perkara Ganjil Jasad Di Dalam Kubur



















Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”

“ Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu.

” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, ” Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”

Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai anak muda, mereka itulahgolongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”

Pemuda itu menyambung lagi, ” Wahai tuan guru, golongan yangketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”

” Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.

” Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”

Jawab ahli ibadah itu, ” Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”

” Kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu.

” Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.

” Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,”

” Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.

” Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.”

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. 

Meninggalkan dunia dengan senyuman

Wallahua’lam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...