widget

Thursday, August 11, 2011

Hafal Dan Fahamilah Ayat Kursi




Baca ayat Kursi sebelum tidur

Nabi SAW bersabda: "Apabila kamu masuk ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi 'Allahu La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum', sehingga habis ayat ini. Maka sesungguhnya, akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu, dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi". (HR Bukhari)


Terjemahan :
Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekelian makhlukNya. Yang tidak mengantukdan tidak tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi pertolongan melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). (al-Baqarah ayat 255)

Wednesday, August 10, 2011

Kenapa?











“Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?”
“Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah”
“Baitullah tu apa?”
…
“Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah”
“Allah ada dalam tu?”
“Tak..”
“Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?”
“Yang saya sembah bukannya bangunan tu..”
“Kamu sembah apa?”
“Saya sembah Allah swt”
“Jadi, kenapa sembah bangunan tu?”
“Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah..”
“Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la..”
“Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?”
“Pernah.. selalu..”
“Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?”
“Tengok perlawanan bola la..”
“Di mana?”
“Dalam tv la..”
“Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak..”
“Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada..”
“Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu..”
“So..?”
“Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?”
“Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu..”
“Peliknya..”
“Sebab apa pulak pelik?”
“Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat..”
“Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya..”
“Hurm.. jadi tak peliklah ni..?”
“Ya.. tak pelik..”
“Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah..”
“Erk.. kau betul..”

Wednesday, August 3, 2011

Wanita Tidak Boleh Meminta Cerai Kerana Suaminya Ingin Berkahwin Lagi





Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Jabir r.a yang menyebutkan bahawa Rasulullah salallahualaihiwasalam pernah bersabda, “Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsananya di atas lautan. Kemudian dia mengirimkan bala tenteranya. Orang bawahan yang paling hampir kedudukannya dengan iblis adalah yang menimbulkan fitnah paling besar kepada manusia. Seorang daripada mereka datang dan berkata, ‘Aku telah lakukan ini dan itu.’ Lalu Iblis menjawab, ‘Engkau belum melakukan apa-apa lagi yang besar.”
Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam melanjutkan, “Lalu datanglah seorang daripada mereka dan berkata, “Aku mengikuti manusia sehingga aku tidak meninggalkan mereka melainkan aku telah berhasil memisahkan seorang suami dan isterinya.’’ Lalu iblis memanggilnya agar dia dijadikan dekat dengan Iblis dan berkata, “Sebaik-baik fitnah adalah usaha yang telah engkau lakukan.”(Hadis Sahih riwayat Muslim no. 2813)

Seorang ulama’ ahlul sunnah pernah menyebutkan bahawa tidaklah ada perkahwinan melainkan seorang wanita itu pasti pernah meminta cerai daripada suaminya lantaran didesak oleh Syaitan.

Sabda Nabi bermaksud: "Allah tidak menjadi sesuatu yang halal, yang lebih dibenci oleh-Nya dari talak." Dan lagi: "Perbuatan halal yang paling dibenci oleh Allah ialah talak." (Riwayat Abu Dawud)


Apakah Seorang isteri boleh meminta cerai daripada suaminya kerana suaminya hendak berpoligami ?

Hukumnya ialah haram dan termasuk dosa apabila tidak menerima poligami kerana enggan tunduk dan patuh kepada perintah Allah swt bahawa kaum lelaki dibolehkan untuk berpoligami.

Menolak untuk dimadukan adalah haram apabila tiada alasan yang munasabah dan dapat diterima oleh syarak.

Ini disebabkan oleh hadis yang menyebutkan : "Sekiranya mana-mana wanita meminta cerai daripada suaminya tanpa sebab yang kukuh, maka terhalanglah dia daripada mencium haruman syurga." (Hadis riwayat Abu Daud)

Perbuatan mana-mana wanita termasuk isteri seorang artis atau ustaz yang meminta cerai kerana tidak rela dimadukan suaminya adalah salah dan tidak boleh dicontohi atau diberikan galakan.

Perlu diketahui bahawa isteri yang meminta-minta cerai dari suaminya adalah dicela menurut hukum Islam.

Dan terdapat beberapa hadis lagi menyebutkan hal ini selain yang di atas seperti : "Mana-mana wanita yang meminta cerai daripada suaminya tanpa mempunyai sebab yang diterima Islam, maka diharamkan baginya untuk mencium bau syurga." (Riwayat al-Hakim, 2/200, hadis yang sahih)

Hendaklah kaum wanita bermuhasabah dan mengambil Al-quran dan As-sunnah sebagai panduan mereka bukanlah menurut hawa nafsu dan perasaan.

Kaum perempuan itu kerap sekali mensyirikkan Allah dengan nafsu dan perasaan mereka.Ini pernah disebutkan di dalam sebuah hadis yang menyebutkan : “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar, iaitu memohon ampun. Kerana, aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.

Seorang wanita yang cukup pintar antara mereka bertanya: Wahai Rasulullah, mengapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?

Rasulullah s.a.w. bersabda: Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal daripada golongan kamu.

Wanita itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?

Rasulullah s.a.w bersabda: Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mengerjakan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama.”
 (Hadis Sahih riwayat Muslim)

Rasulullah SAW semasa peristiwa Israk dan Mikraj, melihat ramai ahli neraka adalah daripada kalangan golongan wanita. Sahabat di kalangan wanita bertanya kenapa? Lalu Baginda SAW menjawab:“Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita. Maka menangislah mereka (sahabat wanita) dan bertanya salah seorang daripada mereka: Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir? Baginda menjawab: Tidak. Mereka ini ialah wanita yang menggunakan lidah mereka menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.” (Hadis riwayat Muslim)

Wallahualam.

Bagaimanakah Hukum Suami yang mengabaikan isteri apabila hendak berpoligami atau mengabaikan tanggungjawab mendidik dan mentarbiyah keluarga kerana sibuk dengan kerjaya atau pelbagai sebab lain ?

InsyaAllah kita akan bincang di dalam penulisan yang seterusnya berkenaan tanggungjawab suami dan larangan Islam terhadap pengabaian isteri dan anak-anak.

Segala puji hanyalah bagi Allah swt

Ya Allah kerana kejahilan dan kezaliman hamba-hamba-Mu terhadap syariat Islam mengakibatkan syariat Islam ditinggalkan dan diabaikan.

Malaikat Maut Sentiasa Mengintai Kita




MEMANG tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba.Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan ‘menanti’ saat kematian mereka.

Allah berfirman yang bermaksud: “Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kamimenguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiyak ayat 35)

Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kalidalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah binAbbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia dimuka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izraildatang merenung wajah seseorang, didapati orang ituada yang gelak-ketawa.

Maka berkata Izrail:
‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapidia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’”Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup.

Takdirnya esok hari terakhir Allah ‘pinjamkan’ nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?

Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian.Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya ataumiskin.

Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup.

Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian. Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yangamat menyeksakan.

Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan).

Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud:
“Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya kembang kempis.

“Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia.” (Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)

Kematian ‘menjemput’ manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai daripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha.

Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih.

Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.

Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar.”

Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya.

Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas.

Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.

“Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.

“Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka.

Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun.

Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana Allah masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka lakukan selama hidup di dunia.

Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan kesilapan. Begitu juga halnya dengan orang mati mengejut disebabkan kemalangan. Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri.

Justeru, bagi mereka yang masih diberikan nikmatkehidupan perlu sentiasa mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku. Allah menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut.

Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa.

Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh.

Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam
a.s.Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang berduka citaakibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka.

Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat, tanggalkan pakaian berjahit,

tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam (berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah.

Umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda tertentu. Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak mempercayai perkara khurafat dan tahyul.

Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya.Tiada siapa pun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah dan kematian tetap akan datang tepat pada masanya.

Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar.

Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian. Mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan.

Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian.Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu Allah.

Monday, August 1, 2011

Fadhilat Dan Kelebihan Terawih







Ada pun fadhilat dan kelebihan bagi orang-orang yang mengerjakan sembahyang sunat Tarawih adalah seperti berikut :-
Malam
Kelebihannya
1Dosanya keluar seperti ia baru di lahirkan ibunya
2Dosanya di ampuni, begitu pula dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin
3
Di panggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan: “Mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu”.
4Di beri pahala yang sama, dan pahala orang-orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
5Di beri pahala seperti orang yang melakukan sembahyang di Masjidil Haram di Makkah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin
6Di beri pahala seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur, batu-batu serta pasir turut sama
memohonkan ampun baginya
7Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir’aun dan Haman
8Di berikan oleh Allah segala apa yang pernah di berikan kepada Nabi Ibrahim ‘alaihisalam
9Seperti pahala beribadah kepada Allah yang di lakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W
10Di kurniakan oleh Allah kebaikan dunia dan akhirat
11Keluar dari dunia seperti pada hari dilahirkan dari kandungan ibu bersih daripada segala dosa
12Datang di hari kiamat dengan keadaan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama
13Datang di hari kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan
14Disaksikan oleh para malaikat, kalau dia telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan di bebaskan oleh Allah dari segala mudarat.
15Di minta ampun oleh para malaikat, oleh malaikat yang memikul Arasy dan Kerusi.
16Di bebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga
17Di beri pahala seperti pahala para Nabi
18Di seru oleh para malaikat, “Wahai hamba Allah, bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu”.
19Di angkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.
20Di beri pahala para syuhada dan salihen
21Di bina rumahnya dari nur di dalam syurga.
22Kelak di hari kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan
23Di bangunkan sebuah kota untuknya di syurga
24Di beri pahala yang berupakan dua puluh empat permohonan di kabulkan
25Di hapuskan dari seksaan kubur.
26Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun
27Dalam melintasi sirat (jambatan) pada hari kiamat kelak, dia akan dapat melintasi dengan laju bagaikan kilat menyambar.
28Allah mengangkat dengan seribu darjat di syurga
29Diberi pahala seribu haji yang mabrur
30Di panggil dan di persilakan oleh Allah, wahai hambaku, makanlah buah-buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil (air syurga yang sedap di minum) serta minumlah dari telaga kausar. Akulah Tuhanmu dan engkau hambaku.

Thursday, July 28, 2011

Besarnya Buaya



 


Seorang jurugambar sangat bertuah apabila berjaya merakamkan aksi yang jarang-jarang dapat diabadikan melalui lensa - seekor buaya besar melompat di Sungai Adelaide lapor AP.

Sepanjang 5.5 meter, Brutus ialah seekor buaya air masin yang hidup di sungai berkenaan dan menjadi perhatian dalam kalangan pelancong di Wilayah Utara Australia kerana keunikannya yang kudung. Brutus kehilangan kaki kanan depan dipercayai selepas bertarung dengan jerung di kawasan muara Sungai Adelaide.
 
Ketika gambar ini dirakamkan, Brutus cuba mencapai daging kerbau yang dihulurkan bersebelahan bot sarat berisi pelancong. Jurugambar terbabit, Katrina Bridgeford, berkata dia tidak menyangka dapat mengambil aksi Brutus dalam keadaan istimewa begitu.

“Buaya itu sangat hampir dengan pelancong dan anda boleh menyentuh Brutus jika menghulurkan tangan ke arahnya,” katanya.

Aktiviti melihat aksi buaya melompat dari sungai adalah tarikan utama aktiviti pelancongan di kawasan berkenaan.

Tuesday, July 26, 2011

Turutan Hari Kiamat






saat-saat berlakunya kiamat

Hari Kiamat adalah hari di mana akan musnahlah segala yang tercipta dan akan binasalah segala makhluk yang pernah hidup di alam ini. Tahukah korang bahawa Kiamat akan berlaku pada hari Jumaat? Jadi mari kita selami dan baca kisah di mana peristiwa-peristiwa (besar) yang akan berlaku sebelum munculnya Kiamat.


1. Munculnya Imam Mahdi


Rasulullah SAW pernah bersabda, “Akan keluarlah manusia dari sebelah timur, lalu mereka pergi menemui Mahdi, yakni untuk mengikuti pemerintahannya”. Imam Mahdi yang dijanjikan akan datang di akhir zaman itu dikatakan akan mucul dari timur dan mereka akan melantiknya di Mekah. Beliau akan memimpin dunia selama lima, tujuh atau sembilan tahun dan pada zamannya nanti ajaran Islam dapat ditegakkan, musuh-musuh Islam takut akannya, pemerintahannya tiada cacat cela, tiada kezaliman dan kebaikan berkekalan. Beliau menguasai dunia seperti Nabi Allah Sulaiman.


2. Munculnya Al-Masih Dajjal


Mengapa dia digelar Al-Masih? Nama Al-Masih diberi kerana buruknya rupa dan bentuk tubuh Dajjal dan dia diciptakan sebagai makhluk yang dilaknat kerana ia kufur dan mengaku dirinya sebagai tuhan. Al-Masih juga diberi kepada Dajjal kerana terhapus atau hilang mata sebelahnya. Kekuasaannya mencakup seluruh daratan dan lautan dan dia boleh menahan sungai daripada mengalir. Di antara kedua matanya tertulis kalimat KAFIR dan ia dapat dibaca oleh setiap mukmin sama ada pandai membaca atau tidak. Dia akan hidup di bumi selama 40 tahun.


3. Turunnya Isa bin Maryam


Nabi Isa adalah nabi kedua terakhir yang diutuskan Allah. Nabi Isa telah dinaikkan ke langit dan hidup dengan aman hingga sekarang setelah cubaan membunuh oleh kaumnya. Waktu Dajjal berleluasa pada akhir zaman, Nabi Isa akan turun dan membunuhnya serta memimpin umat Nabi Muhammad ke jalan yang benar dan akan dihapuskan segala agama selain Islam. Dunia ketika itu akan aman sehingga anak perempuan boleh bermain dengan harimau.


4. Keluarnya Yakjuj & Makjuj


Yakjuj dan Makjuj adalah dua kaum yang telah hidup lama di sebalik dua gunung dari zaman Nabi Ibrahim hinggalah sekarang dan mereka suka berbuat kerosakan di muka bumi dan menyusahkan dan mengganggu manusia. Masyarakat waktu itu tidak tahan dengan Yakjuj Makjuj lalu meminta Raja Zulqarnain iaitu pemimpin yang agung untuk membuat benteng menahan Yakjuj Makjuj dari keluar dari sebalik gunung tersebut. Lalu mereka bekerjasama membuat benteng yang tingginya sama tinggi seperti dua puncak gunung itu. Di situlah Yakjuj Makuj terkurung sehingga Kiamat nanti.


5. Matahari Terbit dari Barat


Allah telah menahan matahari dari menjalani tugasnya, Allah berfirman, “Diamlah engkau disini”. Matahari pun diam selama dua malam sehinggalah Allah memerintahkan, “Terbitlah engkau dari tempat terbenammu”, lalu terbitlah matahari dari ufuk barat. Tatkala itu semua penduduk dunia berasa sangat pelik kerana ia tak pernah berlaku dalam sejarah, matahari telah terbit dari tempat terbenamnya. Kemudian kesemua mereka menangis sama ada yang Islam atau yang kafir kerana mereka sudah tahu hampirnya Kiamat. Namun segala tangisan dan taubat sudah tak berguna lagi. Pada waktu terbitnya matahari dari barat, Allah telah menutup segala pintu taubat dan pintu syurga, maka menyesallah mereka sehingga mulai hari itu, tidak seorang pun akan bekerja lagi.


6. Keluarnya Binatang dari Perut Bumi


Setelah terbitnya matahari dari ufuk sebelah barat, kemudian muncul lagi tanda kekuasaan Allah iaitu keluarnya binatang yang melata dari perut bumi. Apabila ia keluar sahaja ke muka bumi ini, lalu muncullah tanda pada dahi setiap manusia. Jika manusia itu beramal soleh maka tercatitlah perkataan “mukmin” pada dahinya manakala jika manusia itu seorang kafir, maka terang-terangan akan tertulis “kafir” pada dahi mereka.


7. Dunia diliputi Kabut


Allah berfirman, “Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata, yang meliputi manusia. Inilah Azab yang pedih. Mereka berdoa, Ya tuhan kami hilangkanlah dari kami azab itu, sesungguhnya kami akan beriman“. (Al Dukhan: 10-12)


8. Angin yang Mematikan, diangkat Al-Quran & Perkara Baik


Rasulullah SAW bersabda, “Yang mula-mula sekali diangkat Allah dari hambaNya ialah sifat pemalu, kemudian dicabutnya sifat amanah dan kasih sayang. Lalu Allah cabutkan pula kalung keislaman dari leher hambaNya, maka jadilah hambanya itu jauh dari rahmat dan dilaknat”. Apabila semua sifat berikut telah tiada dalam diri manusia, maka sifat-sifat buruk akan berleluasa di muka bumi dan manusia tatkala itu tidak memperdulikan sesama mereka. Mereka berbuat apa sahaja yang mereka kehendaki.


9. Hancurnya Kaabah


Sabda Rasullullah, “Kaabah akan dihancurkan oleh orang Habsyah yang bergelar Dzus-Suwaiqatain (orang yang kedua-dua betisnya kecil) dan ia akan merampas segala perhiasannya dan melucutkan kelambunya. Seakan-akan terbayang di hadapan mataku keadaan seorang yang botak, bengkok sedikit sendi-sendinya. Ia memukul-mukul Kaabah itu dengan besi penyeduk dan kapak besar”. Nabi SAW bersabda lagi, “Seolah-olah aku dapat melihat orang-orang yang merobohkan Kaabah itu berkulit hitam, merenggangkan kedua kakinya dan membongkar Kaabah itu batu-batunya satu demi satu”.


10. Api yang Menghalau Manusia


Terdapat hadis menyebut, “Dan yang terakhir adalah api yang keluar dari Adan untuk menghalau manusia ke tempat pengumpulan mereka”. Manusia di akhir zaman makin jahat dan maksiat makin berleluasa, lalu ia menyemarakkan lagi kemarahan Allah, lalu dikirimkan api yang keluar dari perut bumi.


11. Ditiupkan Sangkakala dan Berakhirnya Umur Dunia


Sangkakala pertama: Mengejutkan dan Mematikan
Sangkakala kedua: Membangkitkan


wassalam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...