Wednesday, March 6, 2013

Tanduk Ori



GAMBAR yang disiarkan oleh sebuah akhbar di Britain semalam menunjukkan tanduk di dahi kiri Ruifang yang tinggal di Linlou, China.

LINLOU, China - Seorang nenek berumur 101 tahun, Zhang Ruifang mempunyai tanduk di dahi kirinya yang semakin panjang, lapor sebuah akhbar semalam.Ruifang memiliki tanduk sepanjang 6.1 sentimeter seperti yang terdapat pada kambing sejak tahun lalu.

Apa yang lebih pelik lagi ialah terdapat tanda-tanda bahawa satu lagi tanduk akan muncul di dahi kanannya.
Seorang anak bongsu lelakinya, Zhang Guozheng, 60, berkata, terdapat satu tompokan di dahi ibunya pada tahun lalu sebelumtanduk itu muncul.

"Kini terdapat satu lagi tompokan di dahi kanannya. Pastinya ia satu lagi tanduk," katanya.Nenek itu mempunyai enam anak dan anaknya yang tua berumur 82 tahun.Walaupun setakat ini benda yang tersembul keluar dari dahi Ruifang tidak diketahui tetapi ia mirip tanduk.

Tanduk itu dipercayai dihasilkan daripada keratin iaitu bahan protein yang terdapat pada kuku, tanduk, sisik dan lapisan luar kulit. - Agensi 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...