Monday, July 8, 2013

Kemaraan Syiah Di Bumi Malaysia

KEMARAAN SYIAH DI BUMI MALAYSIA - DENGAN SIKAP TAQIYA (Berpura-pura)


KEMARAAN SYIAH DI BUMI MALAYSIA
17 FEB 2009 by mashoori in Kekejaman dan Jenayah Rafidah Label:al-mahdi, azad, bernama, iran,JAKIM, malaysia, salafi, saudi, syiah
OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

Dalam kesibukan negara Iran menyambut ulang tahun ke-30 Revolusi Syiah Iran, kita menjadi agak terkejut melihat sasaran pengembangan ajaran Syiah kali ini menghala ke arah Asia Tenggara dan lebih tepat ke Malaysia.

Memang pergerakan syiah telah lama dihidu di Malaysia ini kerana dari segi sejarah Tanah Melayu juga dipercayai ajaran Syiah pernah menjadi anutan rasmi beberapa kerajaan Melayu lama. [Mengikut kajian yang telah dilakukan, Ayuthia adalah salah sebuah tempat yang telah dikenalpasti dibawah pengaruh Syiah iaitu dibawah Syeikh Ahmad Qomi - dikatakan seorang India "Muslim" oleh para pengkaji yang keliru mengenai asal usulnya. Manakala Qom pula adalah kubu kuat Syiah yang melahirkan ramai ulama Syiah di Iran dan diserata dunia.]

During the 1990s, a memorial had been erected marking the supposed burial location of the Sheikh. The monument was built on the compound of the Rajabhat Institute in Ayutthaya at the Ayutthaya's Teachers' Training College close to the Ayutthaya Historical Study Center. Prof Charnvit Kasetsiri is said to have his doubts concerning the accuracy of the Sheikh's burial location and seemed to advocate a place outside the city area. [1]Although not confirmed, this writer presumes this place could be the Takia Yokhin Racha Mitjinja Sayam Mosque.


Maka tindakan Iran kali ini yang dilihat sedang menghalakan meriam Syiah-nya ke Malaysia seolah-olah ingain menakluk semula Tanah Melayu ini.

Suatu ketika dahulu kita dikecohkan dengan tindakan seorang Syiah, Faisal Tehrani yang memuatkan novel bersiri Syiah karyanya dalam Harian Metro kemudian diikuti kemunculan penganalisis Syiah di kaca televisyen dan diikuti pula terbongkarnya rahsia bahawa ajaran kufur ini selama ini bergerak di bawah cahaya bulan Purnama yang menjadi lambang sebuah parti politik Malaysia.

Mungkin ramai pihak jahil atau sengaja menjahilkan diri bahawa ajaran Syiah adalah suatu bentuk ajaran sesat yang wajar dihindari berdasarkan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai berikut:


a) Bersetuju supaya keputusan Muzakarah

Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti berikut :
“Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan Al-Zaidiyah dan Jaafariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia.” Dimansuhkan.
b) Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.
c) Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi Persekutuan dan Negeri-Negeri hendaklah agama Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.
d) Memperakukan pindaan kepada semua Undang-Undang Negeri yang Hukum Syarak bagi menyelaraskan takrif “Hukum Syarak” atau “Undang-Undang Islam” seperti berikut :
“Hukum Syarak atau “Undang-Undang Islam” ertinya Undang-Undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.”
e) Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang-Undang Islam; dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah dilarang.
f) Menetapkan bahawa semua umat Islam di Negara ini adalah tertakluk kepada Undang-Undang Islam Hukum Syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal-Jamaah sahaja.
g) Menetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem. Video dan lain-lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah diharamkan.


Ini adalah keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan bertarikh 5 Mei 1996 yang sekaligus menunjukkan tindakan sesetengah pihak penyiaran yang giat menayangkan filem-filem daripada Iran baru-baru ini adalah bertentangan dengan undang-undang Syar’i negara ini kerana fatwa di atas adalah fatwa yang diwartakan.

Demikian juga cadangan menubuhkan cawangan Universiti Islam Azad iaitu universiti berfahaman Syiah Iran di Malaysia adalah tindakan yang bercanggah dengan undang-undang Syariah negara ini. Tindakan pihak tertentu yang terlalu memberi ruang kepada kerajaan Iran melakukan aktiviti mereka di negara ini amat dikesali. Kejahilan pihak-pihak berkenaan amat memalukan dan mengundang padah serta bencana kepada akidah umat.

Kerajaan Malaysia perlu lebih berhat-hati dengan muslihat kerajaan Iran yang memang ditubuhkan untuk menyebarkan agama mereka yang sangat kufur kepada Allah dan Rasul-Nya. Ajaran Syiah yang mencela dan mencerca para Sahabat radiallahu’anhum dan menghina Ummul Mukminin Aisyah r.a dan Hafsah r.a bahkan mencerca dan menghina Allah s.w.t.

Pihak bertanggungjawab dalam urusan Islam di negara ini perlu lebih peka dalam isu-isu sebegini supaya mereka tidak lagi dianggap sebagai lembam dan dicucuk hidung. Mereka sepatutnya senantiasa mengawal apa jua bentuk penyebaran ajaran sesat dalam kalangan Umat Islam Malaysia ini bukan sekadar ajaran yang dilihat mengancam kedudukan kerajaan sahaja yang perlu dibanteras bahkan semua ajaran sesat perlu dibanteras.

Kewujudan ajaran Syiah juga akan menggugat kedudukan kerajaan kerana Syiah hanya percaya kepada kepimpinan Faqih yang menjadi wakil Imam Mahdi mereka sahaja iaitulah Ayatullah Iran. Maka dengan menjadikan ajaran Syiah sebagai anutan penduduk Malaysia, secara otomatis Malaysia menjadi jajahan takluk Iran.

Semoga Allah s.w.t melindungi kita semua daripada bencana yang dahsyat ini dan semoga Allah s.w.t memberikan Taufiq dan Hidayah kepada pemerintah negara ini untuk bertindak pantas mengekang kemaraan Syiah ke dalam negara ini. Amin.

Lihat Fatwa di: http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=150
Lihat Cadangan Penubuhan Universiti Azad di: http://bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=390148

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...