widget

Thursday, March 3, 2011

Kes Tipu Perbankan Internet


BERHATI-HATI apabila dihubungi seseorang yang meminta anda mengemaskini akaun bank melalui perbankan Internet.


KUALA LUMPUR – Pelanggan perbankan Internet dinasihatkan supaya berhati-hati kerana penipuan melibatkan perkhidmatan tersebut terutama Maybank2u meningkat lima kali ganda pada tahun lalu.
Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Asisten Komisioner Kamarudin Md. Din berkata, sepanjang tahun lalu, polis telah menerima sebanyak 353 kes penipuan dengan kerugian sebanyak RM1.2 juta membabitkan perbankan Internet.
Menurut beliau, jumlah tersebut meningkat mendadak berbanding tahun 2009 iaitu polis hanya menerima sebanyak 75 kes membabitkan kerugian sebanyak RM215,131.
“Penjenayah perbankan Internet akan menggunakan teknik phishing iaitu dengan mewujudkan satu laman web palsu sesebuah bank dan menghantar e-mel kononnya mengenai keselamatan akaun (Security Alert).
“E-mel itu meminta pengguna mengemaskini akaun mereka kononnya untuk mengelakkan sebarang penipuan pihak tidak bertanggungjawab,” kata beliau di sini semalam.
Kamarudin memberitahu, ketika membuat proses kemaskini itu, pengguna akan diminta supaya memasukkan beberapa data peribadi seperti nama, kata laluan dan nombor TAC (nombor empat digit pengesahan transaksi).

Wednesday, March 2, 2011

Cerita Hantu Kedai Kopi



Pada suatu petang yang damai, aku sedang duduk minum kopi bersama empat orang rakan yang lain di kampung baru kuala-lumpur.. kebetulan pada malam sebelumnya salah seorang rakan aku yang bernama adam mengatakan dia telah nampak hantu ketika melalui jalan berbukit-bukti dari kampung kerinchi nak ke jalan telawi (kl).. jadi berceritalah kami mengenai pengalaman masing-masing melihat kejadian dirasuki hantu oleh mata kepala sendiri.. memang lama kami bersembang sementara tunggu hujan berhenti..


Adam : aku penah tengok kawan aku sorang ni kena rasuk.. mata dia merah gila.. lepas tu dia gelak-gelak kejap, nangis-nangis kejap.. memang takut aku tengok.. mula-mula aku ingatkan dia main-main.. tapi bila aku sedar yang kawan aku ni sebenarnya kena rasuk, boleh pulak dia senyum dan tanya kat aku "kau baru tau ke? hihihihi".. memang meremang bulu roma aku masa tu.. aku tempeleng terus muka dia dan dia terus pengsan (penambah perasa)

shidi : macam tu ok lagi beb! sepupu aku kena rasuk lagi teruk.. siap bukak silat.. cakap pun bahasa siam.. mana aku nak paham.. kami pegang dia lima orang pun tak lepas.. kuat gila beb! pakcik aku sorang ni kena terajang dengan sepupu aku tu sampai demam seminggu.. yang bestnya, bila ustaz ni datang nak berubat terus dia duduk diam-diam tak berani nak melawan.. memang aku respect aar ustaz tu.. dahsyat siot! kalau ustaz tu tak datang, tak tau la apa nak jadi kat kami.. boleh jadi kami semua kena terajang masuk ICU kot..

tubelawak : hahaha.. tu semua cerita kena rasuk biasa-biasa ja tu wei.. aku ada yang lagi TER-paling dahsyat.. tapi aku takut hampa semua tak boleh tidoq malam ja dengaq cerita aku ni.. haaa.. mai aku nak habaq kat hampa.. dulu masa aku sekolah asrama, ada kawan aku sorang ni kena rasuk sampai pi sekolah pakai tuala ja.. tak pakai baju tak pakai benda lain dah selain tuala.. dahsyat tak?

shidi : so? apa yang dahsyatnya?

tubelawak : itu cerita dulu.. cuba kalau sekarang ni hampa semua kena rasuk, lepas tu hantu tu kontrol badan hampa buat benda yang memalukan.. contohnya hampa kena rasuk, lepas tu hampa lari kat tempat awam telanjang bulat.. dahsyat tak? konfem ada orang yang rakam video hampa lari telanjang bulat tu lepas tu upload kat youtube.. dahsyat kan?

** suasana dingin seketika

disebabkan aku banyak masa harini.. jadi aku telah membuang masa aku untuk menghasilkan video trailer hantu kak limah balik rumah ala-ala filem inception.. hehehe.. enjoy!

Sejuknya Air !!!!!!!!!





Di musim kemarau macam ni, sejuk hati bila tengok air yang 
mengalir jernih.




Tuesday, March 1, 2011

Selamat Hari Lahir Anakku -1.3.2011



Hari ini genap 10 tahun anak aku yang bungsu namanya Wan Amar Akram bin Wan Azlan.Belajar di Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra, Kedah. Dilahirkan pada 1.3.2001

Tahun ini Wan Amar Akram belajar di Tahun 4, Kelas MP.

Ayah doakan adik belajar rajin-rajin dan dapat memasuki sekolah asrama penuh SEK. SAINS KUBANG PASU macam abang dan kakak.

Nanti ayah dan umi bagi hadiah dekat adik.

Wangian Untuk Kaum Hawa - Order Sekarang

Produk : Pherolins
Apa itu Pherolins?
Pherolins ialah wangian yang disebatikan bersama pheromone & copulin dengan tahap campuran yang paling sesuai untuk membantu anda memanupilasi pheromone & copulins di dalam Pherolins tersebut pada tahap optimum.
Pherolins mewarnakan kehidupan anda dengan menaikkan tahap keyakinan diri anda, menampilkan diri anda di tempat kerja atau untuk mendapatkan lebih perhatian tetapi yang lebih hebat lagi, ia membantu anda menarik perhatian lelaki. Lelaki akan lebih mudah mesra dan selesa bila bersama anda. Untuk pasangan suami-isteri, sudah tentu Pherolins akan membantu mengeratkan lagi perhubungan & keintiman anda berdua. Suasana akan lebih tenang & ceria apabila anda berada di dalam lingkungan aura wangian Pherolins.
Pherolins adalah salah satu cara yang berkesan untuk menarik perhatian lelaki. Ianya meningkatkan daya tarikan anda pada lelaki. Anda akan bertemu lebih ramai lelaki dan mereka akan lebih segera perasan pada anda tatkala anda berada dekat pada mereka.
Pherolins mengandungi kandungan wangian, termasuk copulins & pheromones, di mana kedua-duanya telah terbukti meningkatkan daya tarikan wanita pada lelaki.
Bagaimana Pheromones Memikat Perhatian Lelaki?
Pheromones bukan lagi satu rahsia, ianya memikat lelaki secara alami apabila dirembeskan oleh berbagai bahagian tubuh anda melalui peluh. Bezanya di sini,Pherolins menggunakan pheromones yang disintesis secara klinikal dengan menggunakan pheromones manusia sebagai asas. Hasilnya, pheromones sintetik manusia yang dipertingkatkan untuk kesan optimum.
Bagaimana Copulins Memikat Perhatian Lelaki?
Cecair seperti hormon ini dirembeskan oleh bahagian vagina wanita ketika ianya mengesan kehadiran air mani atau terangsang. Fungsinya ialah untuk menarik perhatian dan lebih hebat lagi ianya boleh mengawal pusat otak lelaki membuatkan lelaki lebih tertarik, memberikan lebih perhatian dan membuatkannya mengikuti kata.  Pherolins menggunakan copulins yang disintesis secara klinikal dengan menggunakan copulins manusia sebagai asas. Hasilnya, copulins sintetik manusia yang dipertingkatkan untuk kesan optimum.
Tahukan Anda?
Mungkin ada persamaan antara copulins yang terkandung didalam Pherolins ni dengan satu ritual masyarakat melayu yang di panggil 'nasi kangkang'. Di dalam sedar atau tidak, copulins asli dari manusia akan dihasilkan/dirembes oleh vagina wanita apabila ada rangsangan atau 'gangguan' padanya. Copulins yang dihasilkan akan dikesan oleh deria manusia khususnya lelaki. Ia berupaya untuk memanupilasi keupayaan lelaki untuk membezakan daya tarikan pada wanita dari rupa paras, bentuk badan dan suaranya. Copulins juga berupaya mengawal satu pusat di otak lelaki dan membuatkannya mengikut dan tunduk kepada wanita tersebut.

Ritual Nasi Kangkang - tak perlu saya jelaskan di sini bagaimana caranya , mungkin anda semua pun tahu. Prosesnya sama iaitu bahan yang jatuh ke dalam makanan bersama wap panas  itu ialah copulins, bezanya ianya akan diberi makan pada si suami untuk menundukkannya. Perbuatan yang berdosa dan tak sepatut dilakukan. Manakala copulins di dalam Pherolins pula di perbuat secara saintifik dengan meniru komposisi asal copulins manusia dan tujuannya ialah untuk meningkat aura sepemakai pada pandangan mata lelaki. Begitulah hebatnya penangan COPULINS.

Ingredients:


sythesized & Optimized
Human Pheromones & Copulins
5mg of copulins
3mg of Estratetraenol
2mg of Androstenol
3mg of Androsterone
3mg of Androstadienone
Fragrance oil

e10ml 0.34 FL.OZ.
Roll on Roulette
Makanya, gunakanlah ia dengan sebijak-bijaknya!
Perhatian : Pherolins bukanlah minyak pengasih yang berunsur perkara negatif. Ia di cipta secara saintifik untuk memikat pasangan berlainan jantina. Kesan keatas setiap individu adalah berbeza.Produk Pherolins di formula di USA. Produk ini tidak mengandungi bahan berasaskan haiwan. Gunakan produk ini untuk meningkatkan keterampilan diri anda.

Hati-Hati Bila Anda Dapat Email Macam Ini


Salam,

Saya Siti Zamilah Binti Ab Kadir, saya bekerja sebagai Marketing Officer di sebuah syarikat pemprosesan batu mulia di UK.di sini Saya ingin memperkenalkan kepada encik peluang perniagaan yang besar kenuntungannya,saya memerlukan bantuan encik dan kerjasama encik untuk memajukan perniagaan ini.saya  menghubungi encik kerana saya tidak ingin kehilangan rakan kongsi saya di dalam perniagaan ini.saya tahu bahawa saya dan encik akan mendapatkan feadah yang baik daripada perniagaan ini di masa akan datang. Sekarang saya hanya ingin encik menjadi pembekal (agent) kepada syarikat saya bekerja  dan encik boleh mendapat keuntungan daripada peluang perniagaan ini . Syarikat saya memerlukan sebuah produk yang disebut (HEMATITE LIQUID). Para Hematite Liquid adalah cecair kimia saintifik bar substansi, sejenis pelincir, terutama digunakan di makmal untuk gemological pemurnian merawat atau menerangkan,memasuki ke dalam berlian dan mengewap keluar kotoran di dalam berlian dan batu-batu berharga sepertinya.

Pembekal asal produk ini adalah di (Malaysia) sehingga lah pembekal produk langsung syarikat KAMI INI mengalami kemalangan di sini {uk} ,dia adalah pengurus pemasaran dan sejak dia kemalangan monopoli ini telah tergendala.saya hanya ingin encik menjadi agen di antara penjual dan pembeli .Ini adalah perniagaan besar untuk saya dan encik dan akan mendapat keuntungan besar.saya hanya memerlukan kerjasama untuk menjadikan perniagaan ini berjaya.Saya akan memberi anda maklumat lebih lanjut tentang hal ini jika anda bersedia untuk menjadi sebagai agen untuk membekalkan produk ke syarikat kami.

Pertama, saya akan perkenalkan anda pembekal (agent)kepada syarikat saya nanti. Mengikut peratusan, awalnya harga beli yang sebenarnya produk tersebut oleh syarikat per Carton adalah 4,300.00 USD, sedangkan di (Malaysia) harga jual tempatan adalah 2,300.00 USD  dan  syarikat saya memerlukan tidak kurang daripada 200 Cartons. Saya ingin encik menjadi agen link kami yang menghubungkan penjual tempatan di Malaysia secaralangsung kepada syarikat membeli maka margin keuntungan akan digunakan bersama  berdua 50% untuk encik, sementara 50% kepada saya.sekiranya encik dapat membantu saya   mengurus perniagaan jual beli produk ini saya amat berterimakasih.kemudian saya akan membincangkan pekara ini bersama pengurus syarikat saya. saya yakin dan percaya encik boleh menyediakan produk ini kepada syarikat.di sini juga saya memfailkan butiran dari segi harga  dan cara bayaran  maka kita boleh mengambil daripada permulaan perniagaan ini. encik saya mengharap agar encik dapat membalas email saya ini secepat mungkin, agar saya dapat mengemailkan number telephone penjual di malaysia gar encik dapat menghubungi penjual untuk bertanya sama ada penjual tersebut masih mempunyai stock untuk di bekalkan kepada encik.sebelum syarikat kami akan menghantar pengurus pembelian pergi ke Malaysia untuk membeli produk dari encik secara tunai.Terima kasih atas kerjasama encik,saya mengharap dan menunggu balasan email daripada encik.

Wassalam...
Zamilah

Berita 40 Orang Buta Kerana Roboh Masjid




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEidLSnjIuJjYFOTxuvxuJLDAqMdmHqzU_Vjggq32PI0RkUlnE7mNw8cRud7C-hnAaGwWSTE2urxKoN4nLLbgz5onlIuqezhOk7ggs8VHx6O560upfPlAiL2V12IVxlV9zNJztdKridvrRf1/s400/2.jpg

Ingatkah kita kepada Masjid Babry yang dirobohkan oleh orang Hindu di India. Rupanya , selepas perobohan tersebut ada peristiwa yang aneh berlaku kepada mereka yang merobohkannya rumah Allah ini. Bacalah..

Sekitar 40 orang Hindu yang terlibat dalam serangan keji ke atas Masjid Babry untuk merobohkannya pada tanggal 6 Desember 1992,telah mendapat buta setelah gagal diubati walaupun dirawat oleh doktor-doktor pakar terkenal di India.

Berita ini diketahui melalui laporan yang dihebahkan oleh akhbar Anshary Express yang diterbitkan di India. Ahbar itu memberitahu propaganda umat Hindu untuk merobohkan masjid tersebut turut disertai sejumlah besar orang-orang Hindu ekstrem dari berbagai pelosok India. Mereka sebelumnya telah lama mendapatkan latihan untuk tujuan itu.
 
Akhbar tersebut juga menyatakan 31 orang yang buta itu tinggal di satu komplek di kota Maharinor. Sebelumnya , mereka pernah melakukan usaha merobohkan masjid tua milik umat Islam itu namun belum berhasil.

Sekarang setelah masjid ini dirobohkan, kumpulan yang buta ini bergantung hidup kepada bantuan yang diberikan organisasi-organisasi Hindu.

Selain 31 orang, terdapat 9 orang lain yang merupakan anggota organisasi ‘Gazy Boor’ di Atar Pradesh turut hilangan penglihatan mereka atau buta setelah terlibat sama merobohkan Masjid Babry.

Berdasarkan laporan akhbar tersebut, mereka yang buta menyesali tindakan tersebut dengan menyatakan bahwa tuhan-tuhan mereka telah murka terhadap mereka karena telah merobohkan Masjid Babry. 

Menurut mereka, kebutaan yang mereka alami itu tidak lain adalah sebagai balasan dari tuhan-tuhan mereka itu . 

Menurut klaim/wakil mereka, salah seorang waris dari orang-orang tersebut menyebutkan, anak lelakinya memang telah mendapatkan latihan khusus untuk turut serta dalam tindakan merobohkan masjid itu namun ia mengaku belum mengetahui identiti pihak yang telah melatih anak lelakinya itu.

Penduduk setempat terutama yang berada di kawasan sekitar Masjid Babry berkeyakinan bahawa dengan tindakan perobohan tersebut itu mereka telah melakukan dosa besar.Sebab itulah, balasannya mereka menjadi buta.

[SUMBER: Nihaayah azh-Zhaalimiin karya Ibrahim bin ‘Abdullahal-Hazimy, Juz.IX, hal.99-100 seperti yang dinukilnya dari surat kabar ar-Riyaadh, Volume 9069, tahun 1413 H]

Sekali pun kejadian ini sudah lama, tetapi mudah-mudahan menjadi pengajaran. Kehilangan penglihatan mereka / buta merupakan azab dari Allah ke atas mereka.Tindakan meroboh Masjid Babry jelas sekali amat besar dosanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...