Wednesday, March 2, 2011

Cerita Hantu Kedai Kopi



Pada suatu petang yang damai, aku sedang duduk minum kopi bersama empat orang rakan yang lain di kampung baru kuala-lumpur.. kebetulan pada malam sebelumnya salah seorang rakan aku yang bernama adam mengatakan dia telah nampak hantu ketika melalui jalan berbukit-bukti dari kampung kerinchi nak ke jalan telawi (kl).. jadi berceritalah kami mengenai pengalaman masing-masing melihat kejadian dirasuki hantu oleh mata kepala sendiri.. memang lama kami bersembang sementara tunggu hujan berhenti..


Adam : aku penah tengok kawan aku sorang ni kena rasuk.. mata dia merah gila.. lepas tu dia gelak-gelak kejap, nangis-nangis kejap.. memang takut aku tengok.. mula-mula aku ingatkan dia main-main.. tapi bila aku sedar yang kawan aku ni sebenarnya kena rasuk, boleh pulak dia senyum dan tanya kat aku "kau baru tau ke? hihihihi".. memang meremang bulu roma aku masa tu.. aku tempeleng terus muka dia dan dia terus pengsan (penambah perasa)

shidi : macam tu ok lagi beb! sepupu aku kena rasuk lagi teruk.. siap bukak silat.. cakap pun bahasa siam.. mana aku nak paham.. kami pegang dia lima orang pun tak lepas.. kuat gila beb! pakcik aku sorang ni kena terajang dengan sepupu aku tu sampai demam seminggu.. yang bestnya, bila ustaz ni datang nak berubat terus dia duduk diam-diam tak berani nak melawan.. memang aku respect aar ustaz tu.. dahsyat siot! kalau ustaz tu tak datang, tak tau la apa nak jadi kat kami.. boleh jadi kami semua kena terajang masuk ICU kot..

tubelawak : hahaha.. tu semua cerita kena rasuk biasa-biasa ja tu wei.. aku ada yang lagi TER-paling dahsyat.. tapi aku takut hampa semua tak boleh tidoq malam ja dengaq cerita aku ni.. haaa.. mai aku nak habaq kat hampa.. dulu masa aku sekolah asrama, ada kawan aku sorang ni kena rasuk sampai pi sekolah pakai tuala ja.. tak pakai baju tak pakai benda lain dah selain tuala.. dahsyat tak?

shidi : so? apa yang dahsyatnya?

tubelawak : itu cerita dulu.. cuba kalau sekarang ni hampa semua kena rasuk, lepas tu hantu tu kontrol badan hampa buat benda yang memalukan.. contohnya hampa kena rasuk, lepas tu hampa lari kat tempat awam telanjang bulat.. dahsyat tak? konfem ada orang yang rakam video hampa lari telanjang bulat tu lepas tu upload kat youtube.. dahsyat kan?

** suasana dingin seketika

disebabkan aku banyak masa harini.. jadi aku telah membuang masa aku untuk menghasilkan video trailer hantu kak limah balik rumah ala-ala filem inception.. hehehe.. enjoy!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...