widget

Thursday, June 9, 2011

Penawar Kepenatan


Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian
sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan
petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri
kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya
Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya
kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.

Saidina Ali berkata :
“Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang.
Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu.”

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan
hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu
tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w.
tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu.
Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu.

Baginda s.a.w. berkata:
“Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik
daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu
berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali,
bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali.
Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam.”

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada
anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan
kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini.
Katanya “Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia
diajarkan kepadaku.”

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja
yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya
mengamalkan membaca ‘Subhanallah’ (33 kali), ‘Alhamdulillah’ (33 kali)
dan ‘Allahuakbar’ (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-
Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan
hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan
hari dengan senyuman.

“Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun” (Sabda Rasulullah SAW)
“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan
mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati
Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat
kemenangan yang besar.”

8C Yang Dibenci Suami.....




C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…

C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

C8 CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.
8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.

5 Deria Seorang Usahawan




Perkataan “usahawan” semakin banyak dan hangat diperkatakan sekarang. Jangan disebabkan anda berjaya membina perniagaan anda sendiri bermaksud anda adalah seorang usahawan. Maaf, jika apa yang saya katakan ini menyinggung perasaan anda.
Usahawan mempunyai “mindset” yang berbeza jika dibandingkan dengan orang lain. Usahawan akan melakukan perkara yang tidak terjangkau oleh pemikiran orang lain dan menghabiskan setiap kerja yang mereka mulakan.
Di sini, saya telah menyenaraikan apa yang saya panggil sebagai 5 Deria Ciri-Ciri Seorang Usahawan berbanding orang biasa. Seperti yang kita ketahui, manusia mempunyai 5 jenis deria iaitu deria bau, rasa, pendengaran, sentuh dan penglihatan. Usahawan juga mempunyai kelima-lima deria ini, tetapi ia berbeza sama sekali.
Di bawah menceritakan bagaimana kelima-lima deria ini digunakan oleh usahawan:
BAU
Seorang usahawan boleh menghidu kejayaan daripada jauh lagi. Mereka boleh menghidu kejayaan walaupun belum pernah mengalaminya. Kemanisan menghidu kejayaan ini membolehkan mereka terus bergerak untuk mencapai matlamat mereka. Seseorang usahawan bukan sahaja boleh menghidu kejayaan malah mereka juga boleh menghidu risiko yang bakal dialami. Saya tidak mengatakan bahawa semua penyelesaian dan kejayaan berada dalam genggaman mereka, cuma apabila mereka menggunakan pengalaman-pengalaman yang mereka ada, mereka dengan pantas dapat menghidu apa yang bakal berlaku. Ini merupakan deria yang paling penting dalam keusahawanan. Jika sesuatu peluang itu tidak mendatangkan keuntungan yang besar, seseorang usahawan itu biasanya akan membiarkan ia pergi begitu sahaja.

RASA
Seseorang usahawan dapat merasai kejayaan dalam setiap apa yang mereka lakukan. Mereka tidak peduli akan kepahitan yang sedang dialami sekarang kerana mereka tahu akan rasa kemanisan kejayaan yang bakal diperolehi di kemudian hari. Walaupun mereka rasa ada sesuatu yang tidak betul, sama ada mereka tersalah dalam membuat keputusan ataupun perbincangan tidak berjalan lancar, mereka tidak akan cepat berputus asa malah akan terus berjuang sehingga berjaya. Sama seperti kita di waktu kecil dahulu, kita dipaksa untuk memakan sayur-sayuran walaupun kita tidak suka memakannya.Setelah kita meningkat dewasa, kita boleh memilih apa yang kita mahukan di pinggan kita, betul tak? Begitu juga seorang usahawan. Mereka mesti melalui saat-saat getir dan kepayahan seperti orang lain sebelum mereka berjaya.

PENDENGARAN
Melalui telinga, ia menerima banyak gelombang bunyi dan memproses isyarat tersebut kepada sesuatu yang boleh difahami oleh akal kita. Kita semua mendengar pelbagai maklumbalas yang berbeza, pelbagai peluang perniagaan dan potensi urusniaga dalam kehidupan kita. Apa yang membezakan diantara usahawan dengan yang lain ialah mereka akan mentafsir informasi yang diperolehi dan bertindak. Usahawan juga memiliki kemampuan untuk menghalang informasi negatif daripada didengari oleh telinga mereka. Usahawan bukanlah mereka yang membiarkan perkara atau informasi yang negatif menguasai diri dan seterusnya tindakan mereka. Mereka lebih suka untuk memilih apa yang mereka mahu dengar. Mereka tahu apa yang mereka hendak dengar dan mereka tahu bagaimana bunyinya sesuatu kejayaan.

SENTUHAN
Sebagai seorang usahawan, mereka tidak akan mudah berputus asa sehingga berjaya menggapai apa yang mereka mahukan. Pada satu ketika, ia memakan masa yang agak lama dan ada yang mengambil masa yang singkat sahaja. Tidak semua yang usahawan lakukan akan mendatangkan hasil. Apa yang ingin diperkatakan disini ialah mereka tahu akan perasaan yang mereka mahukan selepas beroleh kejayaan. Mereka juga tahu bila dan tahap mana mereka perlu bekerja keras.

PENGLIHATAN
Usahawan boleh melihat sesuatu yang peniaga biasa tidak boleh. Maksudnya, mereka boleh melihat potensi sekecil-kecil sesuatu benda, sama ada ia merupakan tren baru atau melakukan sesuatu yang berlainan. Hasilnya, mereka mendapat pulangan yang banyak berbanding oran lain di sekeliling mereka. usahawan juga mempunyai pandangan yang jauh untuk melihat halangan dan masalah yang kebiasaannya menjadi titik noktah bagi peniaga biasa yang lain. Mereka tidak berapa hebat dalam perkara-perkara yang berlaku di hadapan mata mereka, perkara-perkara seharian kerana mereka sudah memikirkan sesuatu perkara dengan lebih jauh. Ya, anda boleh katakan usahawan sentiasa peka, dan apabila mereka fokus pada sesuatu, mereka akan melihat sehingga ke penghujungnya. Apa yang mereka nampak, mereka akan terus lakukannya agar tidak menimbulkan kebimbangan, keraguan dan seterusnya kehilangan momentum.

Seperti yang anda dapat lihat di atas, terdapat banyak faktor yang membezakan di antara seorang usahawan dengan peniaga biasa. Jadi, adakah anda tergolong didalam golongan usahawan atau pemilik perniagaan biasa?

Bayi Ini Dilahirkan Pada 11.1.11 Jam 1.11 am


sesuatu perkara yang  menarik dari angka pada Selasa lepas satu pasangan Eagan. Mereka dikurniakan seorang bayi perempuan tepat pukul 01:11 pada 11 Januari 2011. WOW!!! 
Pada tepat pada 1:11 Selasa pagi, Amy melahirkan bayi yang diberinama Flora di Hospiral United..
"Saya tidak menahan, tidak beralih jam. Ini adalah masa sempurna, "katanya si ibu.
"Sembilan pound, 11 ons," Zeller berkata, "1/11/11 jam 01:11" 



Hebat Pelajar Niiiii.......

Gambar pelajar perempuan bertudung berjudi





Hebat pelajar Islam sekarang!!

Lelaki Suka......


Detail Berita
 
BUKAN suatu rahsia jika lelaki adalah makhluk visual yang gemar melihat fizikal untuk pertama kali. Tak hairan juga jika lelaki senang melihat payudara wanita sebelum wajahnya. Dan untuk payudara, mereka akan melihat bahagian itu lebih lama dari bahagian tubuh yang lainnya.

Kaum wanita sering mengatakan, bahawa lelaki cenderung melihat payudara untuk pertama kali, sementara wajah mereka adalah hal terakhir yang mereka perhatikan. Bukti tersebut diyakini oleh sebuah penelitian ilmiah yang dilakukan para peneliti dari New Zealand's University of Wellington yang telah menemukan bahawa hal tersebut mereka lakukan.

Para ilmuwan telah menemukan, bahawa hampir setengah responden (47 peratus) lelaki mengerdipkan pandangan pertamanya pada payudara wanita. Sepertiganya melihat ke pinggang dan pinggul, sementara kurang dari 20 peratus melihat wajah perempuan.

Banyak yang percaya bahawa alasan di sebalik kecenderungan lelaki seperti itu kerana faktor evolusi. Tak hairan jika wanita dengan dada lebih besar dan pinggang ramping seperti Jennifer Hawkins, Lara Bingle, dan Rachael Finch memiliki tingkat yang lebih tinggi dari hormon estrogen wanita umumnya. Itu menunjukkan kesuburan yang lebih besar. Tapi para peneliti mengakui, bahawa mungkin ada penjelasan yang lebih membosankan.

"Lelaki mungkin lebih melihat pada payudara kerana bahagian itu boleh memuaskan secara estetik, tanpa menghiraukan ukuran," kata para peneliti seperti ditulis oleh Daily Telegraph.

Penelitian tersebut diberikan kepada calon-calon lelaki yang diminta melihat enam gambar dari wanita yang sama. Tapi ukuran payudara, pinggang, dan pinggul dibuat secara bervariasi. Mereka meneliti apa yang dilihat setiap lelaki pertama kali dan berapa lama mereka menatapnya. Dan hasilnya, payudara merupakan hal pertama dan terlama yang mereka pandang.

Setelah sejumlah kajian ilmiah, kita meyakini fakta-fakta tersebut boleh menjadi khabar baik dan khabar buruk.

"80 peratus dari ekspresi pertama pada payudara, dan perut. Lelaki menghabiskan waktu lebih konsisten melihat payudara, dan membuat kesimpulan secara signifikan ke bahagian atas mereka daripada daerah lain," papar peneliti.

Dalam penelitian ini juga menemukan, bahawa lelaki mulai menatap "komponen angka jam pasir" dalam waktu 0.2 saat. Selain itu, lelaki juga senang melakukan beberapa lirikan pada lengan, kaki bahagian bawah, dan kaki.

Saturday, June 4, 2011

Selamat Datang Bulan Rejab



Rejab Bulan Allah ....Bulan Kemuliaan.

"Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat satu sungai yang bernama Rejab, airnya terlebih putih daripada susu dan terlebih manis daripada madu ; barang sesiapa yang berpuasa sehari daripada bulan Rejab, maka Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai itu."
Hadis Rasulullah SAW

Sabda Nabi s.a.w.:
Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur'an atas segala kalam. Kelebihan syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia' (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.

Terdapat beberapa kelebihan puasa di bulan Rejab seperti disebut di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani yg bermaksud

  • sesiapa yang berpuasa sehari pada bulan Rejab,maka ia seperti berpuasa setahun
  • berpuasa lebih daripadanya (tujuh hari), ditutup pintu2 Jahannam (neraka)
  • berpuasa 8 hari,dibukakan 8 pintu syurga
  • berpuasa 10 hari,tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya
  • berpuasa 15 hari,menyeru orang yang menyeru dari langit
"sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal,dan barangsiapa menambah (hari puasa) Allah menambah (kelebihannya)."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...