widget

Monday, February 6, 2012

Risiko Biarkan Tubuh Kontang




Tubuh manusia memerlukan air untuk mengekalkan darah dan cecair-cecair lain secukupnya bagi membolehkannya berfungsi dengan sempurna. Di samping cecair badan, tubuh juga memerlukan bahan elektrolit, yang terdiri daripada garam yang lazimnya terdapat di dalam darah, cecair tubuh yang lain dan sel-sel.

Dehidrasi merupakan kehilangan air dan garam daripada badan. Dalam bahasa Melayu secara umumnya, ia boleh dimaksudkan sebagai kekontangan. Badan kita boleh kehilangan cecair melalui pelbagai cara. Antaranya adalah:

* Ketika membuang air kecil.

* Semasa muntah atau mengalami cirit-birit.

* Ketika berpeluh.

* Melalui paru-paru semasa bernafas.

Jika badan kehilangan sejumlah besar cecair dan garam dan tidak digantikan dengan segera seperti meminum air, badan akan kekeringan atau kekontangan. Walaupun sesiapa sahaja boleh mengalami dehidrasi, golongan yang paling mudah mengalami masalah ini adalah:

* Bayi yang berumur di bawah 1 tahun.

* Warga tua.

* Mereka yang mengalami demam.

* Penduduk yang tinggal di kawasan beriklim panas.

Apabila disebut dehidrasi kita juga terbayang manusia di tengah padang pasir yang sedang kehausan atau seorang atlet baru selesai menghabiskan acara sukan berat.

Benda yang paling berharga dalam keadaan itu adalah air yang dianggap penyambung nyawa.

Namun dehidrasi bukan setakat itu. Bukan sekadar rasa dahaga yang kemudiannya boleh dihilangkan dengan hanya meminum air. Sebaliknya dehidrasi boleh mengakibatkan pelbagai kesan sampingan lantaran air merupakan elemen paling penting dalam tubuh manusia. Justeru kehilangan air dalam badan yang banyak mengancam nyawa seseorang, dalam keadaan itu kita sebenarnya mengalami dehidrasi kronik.

Mungkin tidak ramai yang tahu tentang dehidrasi kronik dan bagaimana untuk mengetahui jika seseorang mengalami keadaan tersebut.

Kebanyakan kita percaya badan hanya memerlukan air apabila kita berasa dahaga. Sebenarnya tidak begitu. Apabila mulut berasa kering dan kita berasa dahaga, tubuh kita sebenarnya telah benar-benar kontang. Mungkin sesuatu yang mengejutkan jika diberitahu mulut yang kering adalah petunjuk keadaan dehidrasi teruk. Ketika itu anda telah berada pada paras dehidrasi kronik.

Badan kita dilengkapi dengan sistem pintar. Sebelum sampai ke tahap mulut berasa kering, badan akan menunjukkan tanda-tanda bahawa ia akan memulakan proses mengagihkan semula air yang masih ada di dalam badan. Apabila tubuh dalam keadaan dehidrasi kronik maka rasa letih, hilang tenaga, sukar membuang air besar, kesukaran penghadaman, tekanan darah rendah atau tinggi, ulser perut, kesukaran pernafasan, ketidakseimbangan asid/alkali, lebihan berat badan dan obesiti, ekzema, kolesterol, jangkitan air kencing reumatisme dan penuaan akan berlaku.

Tubuh manusia terdiri daripada 70 peratus air, otak pula mengandungi 80 peratus air, komposisi darah terdiri daripada 90 peratus air. Ini bermakna kita bergantung kepada air sebagai asas kewujudan kita di muka bumi dan bukannya soda, jus, kopi, teh atau minuman keras. Kita memerlukan air untuk membolehkan sel-sel dalam dalam berfungsi mengikut yang sepatutnya.

Kita perlu tahu bahawa kehilangan satu peratus air daripada keseluruhan berat badan akan mengakibatkan kita hilang 10 peratus keupayaan fizikal. Apabila tubuh terdedah kepada suhu 30 darjah celcius, air yang hilang adalah sebanyak tiga liter setiap jam atau lebih daripada 4 peratus berat badan, bermakna kita boleh menjangkakan kehilangan 40 peratus keupayaan fizikal. Jika kita bekerja di bawah terik matahari maka kadar kehilangan tenaga adalah lebih.

Dalam suasana persekitaran yang panas, anda memerlukan lebih banyak air untuk kekal bertenaga. Untuk kesejahteraan fizikal dan mental, kualiti serta kuantiti air yang diambil mesti diambil kira.

Lapar atau dahaga?

Jika kita memerlukan air, biasanya kita memilih sama ada minum air atau mengambil makanan yang mengandungi air. Kebiasaannya kita akan memilih makanan daripada air. Dalam kebanyakan kes, kita tersilap antara lapar dan dahaga menyebabkan kita makan banyak untuk memenuhkan keperluan air dalam badan. Hasilnya kita menambah lemak terkumpul terutama jika makanan yang diambil adalah makanan siap proses atau makanan segera.

Semakin banyak kita makan, semakin banyak air diperlukan untuk proses penghadaman dan menyingkirkan sisa buangan dari badan.

Tubuh kita terdiri daripada air dan tanpa air, kita bernasib baik jika dapat bertahan sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga hari. Biarpun begitu, ramai daripada kita berhadapan dengan suasana tidak selesa dan masalah kesihatan semata-mata kerana kita tidak minum air yang mencukupi.

Albert Einstein pernah berkata, melakukan perkara yang sama berkali-kali tetapi mengharapkan hasil yang berbeza adalah. Oleh itu pastikan air dalam badan kita mencukupi dan lakukannya setiap hari kerana hasilnya adalah sama iaitu untuk mengekalkan kecergasan dan membolehkan sel-sel badan berfungsi.

- MINGGUAN MALAYSIA

Sunday, February 5, 2012

Jutawan Yahudi Bangun Masjid Besar di Perancis


JUTAWAN-Yahudi, Roberth Harush (58) membiayai pembangunan masjid besar di Montereau, Perancis sebagai toleransi agama. Roberth yang asli warga Ashkelon Israel telah berjaya menjadi pegusaha real estate di Perancis sejak 10 tahun terakhir.

Ia mengaku muak dengan tingkah laku Israel yang menimbulkan kecaman dunia terhadapnya. Sebagai bentuk toleransi agama, ia memutuskan untuk membiayai keseluruhan pembangunan sebuah masjid di Perancis bagi masyarakat muslim di situ.

Ayah empat anak ini dibesar di Ashkelon, Israel. Apabila ia bersara dari ketenteraan Israel, kemudian ia mencuba nasibnya dalam perniagaan real estate di Eropa dan kini ia menjadi jutawan. Kejayaannya telah berjaya memenangi banyak tender pembangunan hotel dan bangunan-bangunan mewah yang bernilai ratusan juta dolar AS.

Selain berjaya di Eropa Harush juga melabur modal perniagaannya di Ashkelon Israel iaitu negaranya. Jutawan Yahudi ini juga mempunyai rumah di Cast Lead, Israel dan ia pernah ditimpa tragedi serangan roket Grad dari Hamas yang mendarat berdekatan rumahnya.

Pembangunan masjid untuk umat Islam di Perancis itu bermula ketika Datuk Bandar Montereau, sebuah Bandar yang berdekatan dengan Paris mengumumkan bahawa pihak masjid memerlukan sumbangan untuk membaiki sebuah bangunan masjid di Bandar tersebut.

Setelah mendengar pengumuman Datuk Bandar tersebut dan ia berkata-kata di dalam hatinya :

"Di sinilah kesempatan untuk membawa orang bergabung bersama-sama dan saya memutuskan untuk membiayai pembangunan masjid tersebut.”

Ramai orang tergejut dengan niatnya untuk membantu membiayai pembangunan masjid tersebut. Ia berkata kepada orang ramai bahawa :

"Saya sudah muak dan lelah. Sepatutnya orang yang waras dan berpelajaran muncul untuk menyatukan dan menamatkan persengketaan antara Islam dan bukan Islam. Segala sumbangan yang saya hulurkan untuk pembangunan masjid ini bukan usaha murahan tapi saya lakukan dengan seikhlas hati.”

Para pemimpin masyarakat Muslim di Montereau, Perancis mengucapkan terima kasih kepada Harush atas sumbangannya untuk membaiki masjid dan meminta supaya menjaga hubungan yang baik antara agama dan bangsa.

Sebelum itu juga, Harush telah membiaya pembangunan Sinagog terbesar dan paling megah di Asheklon Israel pada tahun lalu dan dinamai dengan nama mendiang ayahnya.

"Saya sendiri bukan orang agama. Tapi saya perlu mengambil langkah politif untuk menyatukan orang Yahudi, orang arab, sekuler maupun agama.”

Petikan dari : Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Pengajaran yang dapat diambil dari cerita di atas :

Sepatutnya umat Islam lebih baik dari Harush kerana Islam telah mensyariatkan amalan zakat, sedekah dan wakaf untuk membantu umat Islam yang memerlukan bantuan dan segala pembangunan umat Islam. Jika hendak dipertimbangkan dari segi rewardnya (balasannya) dari Allah memang sangat besar dan tidak terhitung dengan apa yang kita sumbangkan. Tetapi malangnya umat Islam lebih mementingkan diri sendiri dari kebajikan saudaranya yang lain. Orang yang kaya semakin kaya dan orang yang miskin semakin miskin dan ditindas. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Baqarah : 195)

Kalaulah umat Islam berjiwa atau pemurah sepertimana Yahudi tersebut, maka umat Islam sudah lama menjadi kaya dan tidak ditindas di mana-mana tempat, kerana umat Islam mampu membeli peralatan peperangan yang cangih dan setimpal dengan peralatan peperangan musuh Islam. Umat Islam tidak akan kebuluran sepertimana berlakunya di Dafur, Somalia, Gaza dan tempat-tempat lain. Umat Islam juga dapat menguasa ekonomi, teknologi dan ilmu pengetahuan seperti ICT, Sains dan sebagainya.

Saya mengajak diri saya dan rakan-rakan semua, marilah kita memperbanyakkan amalan sedekah walau dengan sedikit sahaja, kerana pemberian yang sedikit dibekalkan dengan hati yang ikhlas nescaya Allah akan menambahkan lagi rezeki kita semua. Sesungguhnya orang yang bersedekah adalah orang yang sentiasa membersihkan hatinya dari kekotoran dosa dalam dirinya. Firman Allah yang bermaksud :

“Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.”(Al-Baqarah : 245)

Antara kelebihan orang yang sering bersedekah atau menginfakkan hartanya ke jalan Allah iaitu :
  1. Orang yang bersedekah akan dimurahkan rezeki dari Allah. Hadis Rasulullah yang bermaksud : “Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan hubungkan apa yang ada di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.” (Riwayat Ibnu Majah)
  2. Orang yang bersedekah akan diselamatkan oleh Allah dari bala bencana. Hadis Rasulullah yang bermaksud : “Segeralah kamu bersedekah kerana bala bencana tidak dapat melangkahi sedekah.” (Riwayat Baihaqi)
  3. Orang yang bersedekah akan dipanjangkan umur oleh Allah swt. Hadis Rasulullah yang bermaksud : “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu akan memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan buruk.” (riwayat Tabrani)
  4. Orang yang bersedekah akan dihapuskan dosanya oleh Allah swt. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud : “Sembahyang itu dapat mendampingkan diri dengan rahmat Allah dan membawa keredaan-Nya, dan puasa menjadi perisai kejahatan, manakala sedekah pula menghapuskan dosa seperti air memadam api.” (Riwayat Abu Ya’la)

Kesimpulannya

Orang Islam bersedekah walaupun sedikit tetap akan mendapat ganjaran dari Allah, berbanding dengan orang bukan Islam yang bersedekah dan segala amalan kebaikannya tidak diterima oleh Allah kerana mereka tidak Islam. Jadikanlah sikap Harush sebagai cabaran untuk kita semua mengeluarkan sedikit sebanyak untuk kepentingan agama Islam. Setiap sumbangan tidak akan rugi walaupun sumbangan yang dikeluarkan mengurangkan perbelanjaan kita. Allah swt sedang memerhati umatnya yang mempunyai jiwa yang ikhlas dalam mengerjakan segala ibadah kepadanya. Allah juga akan memberikan kejayaan dan kemenangan kepada mereka yang beribadah dengan hati yang ikhlas kepada Allah di dunia dan di akhirat.

Renungi Kehidupan Ingati Kematian





Setiap yang bernyawa pasti akan mati, begitu jugalah dengan manusia tiada seorang pun boleh lari dari ajalnya yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, di mana bila ajal seseorang itu telah sampai malaikat Izrail tetap akan mencabut nyawanya tidak kira di mana seseorang itu berada. Sebagaimana Firman Allah dalam surah al-Jumu’ah ayat 8 :

"Katakan (wahai Muhammad) sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya). 

Begitulah apabila nyawa seseorang telah terpisah daripada jasadnya, maka tinggallah segala apa yang dimilik sama ada ahli keluarga, saudara mara dan harta benda yang akan diwarisi oleh kaum keluaga. Jasad yang terbujur kaku akan diurus dan dihantar ke kubur untuk dikebumikan. Pada saat itu, terpisahlah ia ke alam lain iaitu alam kubur atau alam barzakh sementara menunggu hari pembalasan di akhirat.

Para alim ulama pernah berkata, kehidupan di dunia yang sementara ini, kadang-kadang menjadikan manusia lupa tentang kehidupan di alam akhirat yang kekal abadi. Maka kehidupan di dunia ini dianggap sebagai godaan terbesar yang boleh memesongkan manusia dari mengingati Allah SWT, kecuali bagi orang-orang yang berjaya mengurus kehidupan mereka dengan ketakwaan kepada Allah SWT, yang mana ketakwaan tersebut menjadi jambatan emas menuju ke syurga. Persoalannya, mengapa Islam menyuruh umatnya untuk sentiasa mengingati mati?.

Pertama, di antara sebab kenapa Islam menganjurkan umatnya supaya mengingati mati ialah, kerana manusia yang sentiasa mengingati mati akan dapat mendidik jiwanya menjadi randah diri, tidak resah gelisah, tidak lupa diri dan sombong bahkan bersedia untuk menempuh kehidupan yang kekal abadi di akhirat.

Kedua, mengingati mati adalah suatu kejadian yang pasti akan dialami oleh setiap manusia dan mati juga suatu perkara yang tidak dapat dihindarkan walau dengan apa cara sekalipun dan ianya pasti berlaku ke atas setiap diri manusia. Namun begitu, mengingati mati itu, bukanlah bermaksud memaksa diri untuk segera mati atau sengaja mendedahkan diri kepada kematian.

Ketiga, mengingati mati menjadikan diri seseorang itu lebih bersedia dan merancang kehidupan sebelum mati dan dapat mengingatkan dirinya untuk berhadapan dengan mati, dengan itu dia terdorong untuk meningkatkan ketakwaan dengan memperbanyakkan amal ibadah sebagai bekalan untuk bertemu dengan Allah SWT.

Sebaliknya, bagi orang yang melupakan tentang kematian merupakan kesuatu perbuatan yang tidak dapat diterima akal dan termasuk di kalangan orang yang tidak bijak merancang masa depan, kerana sesungguhnya dengan mengingati kematian itu memberi kesedaran dan peringatan tentang kehidupan di dunia yang dilaluinya dan kehidupan di akhirat yang bakal ditempohi.

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Jabir yang bermaksud :

"Apabila seseorang dimasukkan nur (cahaya keimanan) maka hatinya akan menjadi lapang dan terbuka. Lalu sahabat bertanya : Apakah tandanya hati yang lapang dan terbuka itu?. Jawab Rasulullah SAW : Ada perhatian terhadap kehidupan yang kekal di akhirat dan timbulnya peringatan tentang tipu daya ini dan orang bersiap sedia mengahadapi mati sebelum datangnya ajal". 

Apabila seseorang telah disemadikan jasadnya di dalam kubur, pastinya ia keseorangan, tiada lagi kawan-kawan, tiada lagi ahli keluarga, tiada lagi tempat untuk mengadu dan memohan pertolongan. Bagi orang yang beriman kehidupan mereka di alam kubur dipenuhi dengan segala macam kenikmatan kurniaan Allah SWT. Sebaliknya bagi orang yang syirik, kufur dan ingkar terhadap suruhan dan perintah Allah sudah pasti seksaan dan azab kubur diterima sebagai tanda hukuman yang akan diterima di hari akhirat.

Oleh itu, sebelum jasad diusung ke tanah perkuburan dan disemadikan disana, marilah kita memperkasakan diri dengan keimanan yang mantap dan ketakwaan yang sebenar-benarnya kepada Allah SWT. Di samping kita juga berdoa supaya kita termasuk di kalangan orang-orang yang soleh yang sentiasa memperbanyakkan amal ibadah tanpa jemu dan putus asa yang mana bekalan amal soleh sahajalah yang dapat menyelamatkan manusia dari azab kubur dan seksaan di akhirat. Janganlah kita menjadi seperti orang yang hanya mengaku beriman di mulut sahaja sedangkan di dalam hati masih kufur kepada Allah dengan perilaku seharian seolah-olah mempersenda-sendakan ajaran Islam.

Oleh itu, mimbar Jumaat hari ini ingin menyeru dan mengingatkan agar kita semua sentiasa bersedia untuk mengahadapi kematian dengan berlumba-lumba melaksanakan perkara kebaikan dengan berbekalkan keimanan dan amal soleh. Disamping menginsafi diri dengan perkara-perkara berikut :
  1. Kehidupan sesudah mati jauh lebih penting daripada kehidupan sebelum mati. kerana itulah, segala apa yang dimiliki daripada nikmat dunia ini tidak memberi manfaat di hari akhirat kecuali keimanan kepada Allah dan amal soleh yang sebenar-benarnya.
  2. Islam menganjurkan umatnya mengingati mati supaya kesempatan hidup ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya sesuai dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abi Bakrah RA : "Dari Abi Bakrah dia mendengar daripada bapanya bahawasanya seorang lelaki bertanya Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling baik? Jawab Baginda: Orang yang pangjang umurnya dan baik pula amalannya. Ia bertanya lagi: Siapakah orang yang paling jahat? Jawab Baginda: orang yang pangjang umurnya dan jahat pula amalannya".
  3. Sewaktu di alam kubur kita akan didatangi oleh dua malaikat iaitu Munkar dan Nakir untuk menyoal dengan beberapa pertanyaan. Bagi orang yang beriman dan melakukan amal soleh semasa hayatnya di dunia, dia akan dapat menjawab dengan mudah dan lancer, pada saat itu kuburnya diluaskan dengan seluas-luasnya serta dipenuhi dengan pelbagai nikmat yang berkekalan sehinggalah dibangkitkan pada hari kiamat. Sebaliknya jika gagal menjawab pertanyaan tersebut, kubur akan disempitkan dan diberikan azab seksa sehinggalah berlakunya hari kiamat. Sabda Rasulullah SAW :"Sesungguhnya kubur itu, adalah singgahan pertama ke akhirat, sekiranya yang singgah itu terselamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih mudah lagi. Dan jika tidak selamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih sukar lagi". 

Firman Allah yang bermaksud :

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak pinak, harta benda yang banyak berpikul-pikul dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan ingatlah pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga)." (Surah Ali-Imran ayat: 14)

Petikan : Khutbah JAKIM
 

Wednesday, January 25, 2012

Menara BIG BEN Di London Condong



Bangunan jam Big Ben (kanan) di London kelihatan dalam gambar yang dirakamkan pada Isnin lalu.



LONDON, Britain - Menara jam yang terletak di Istana Westminster dan digelar Big Ben didapati condong manakala media tempatan kelmarin melaporkan bangunan Parlimen Britain pula semakin mengelincir ke dalam Sungai Thames di sini.
Menara setinggi 96 meter itu yang menjadi mercu tanda bandar raya ini didapati condong sekitar 46 sentimeter ke kiri puncaknya.
Perkembangan membimbangkan itu mendorong suruhanjaya Dewan Perwakilan yang bertanggungjawab menyelia bangunan Parlimen dan kawasan sekitarnya sejak kurun ke-19 mengadakan satu pertemuan pada Isnin depan bagi membincangkan isu tersebut.
Media tempatan melaporkan suruhanjaya berkenaan akan membincangkan laporan juruukur yang mencadangkan anggota-anggota Parlimen berpindah manakala kerja-kerja membaiki kerosakan tersebut dianggar mencecah £1 bilion (RM4.8 bilion).
Namun, seorang jurucakap suruhanjaya itu menafikan terdapat laporan juruukur manakala pertemuan tersebut diadakan bagi menubuhkan satu kumpulan untuk menyelidik proses membaiki dan menyelia bangunan tersebut pada masa panjang.
Jurucakap berkenaan turut memberitahu, bangunan tersebut dipercayai condong sejak ia dibina pada tahun 1859.
Mengulas tentang isu sama, seorang pakar pembinaan pula berkata, perkara tersebut tidak membimbangkan kerana ia mengambil masa 1,000 tahun sebelum Big Ben condong pada sudut yang menyebabkan menara berkenaan berisiko untuk tumbang. - Reuters

Tuesday, January 24, 2012

CNY 2012

Cuti 2 hari CNY banyak kenduri , 23/1/2012 jam 12noon - kenduri baca yasin di rumah Ustaz. Khamis. Jam 2.30 pm kenduri tahlil di rumah din napoh. Jam 4.30 ptg kenduri kahwin di rumah bang mi kg. Kemunting.

24/1/2012 - lunch and dinner di kg Bdg. Dalam

Saturday, January 21, 2012

Retiree Breaks Jackpot (TOTO) Record With RM57mil Win




PETALING JAYA: A retiree has hit the jackpot, literally. His massive RM57mil win in Supreme Toto 6/58 game has set a new record for gaming winnings in the country.
The retiree, in his 70s, said it had been hard to keep calm after he learnt of his win from a local daily a day after Wednesday’s draw.
“It was so huge a shock that I almost had a heart attack!” he said, according to a press statement from Sports Toto Malaysia yesterday.
His winning set of numbers are 2, 12, 24, 25, 32 and 33.
The retiree said he had created his winning set of numbers after diligently studying all the numbers that had been drawn before.
He said he enjoyed studying number trends and creating lucky number combinations to bet on, and spent moderate sums on number games in his free time.
“It is certainly a great Chinese New Year gift,” he said.
The retiree said he planned to dedicate most of his new-found fortune to his grandchildren’s future educational needs.
He said he had no big plans for himself, but wanted to use the money to help the less fortunate.
The Supreme Toto 6/58 jackpot has only been won twice before, each time coming up to less than RM48 mil. The retiree’s win not only marks a new record for Supreme Toto 6/58 winnings, but also for jackpot winnings in Malaysia.
His win comes only days after the Toto 4D Jackpot of RM7.1mil was won by a Sabahan in his forties on Jan 15.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...