widget

Wednesday, February 23, 2011

Siswa Berang : Kemenangan Pro-M dibatalkan

NONE


Lebih 100 pelajar pro-Mahasiswa (pro-M) sedang berkumpul di hadapan bangunan pentadbiran UPM bagi membantah pembatalan kemenangan 11 daripada calonnya dalam pilihan raya kampus semalam.

NONEMenurut jurucakap pelajar berkenaan, Ahmad Shukri Kamaruddin, semua 11 calon pro-M itu dihubungi melalui telefon pada jam 9 malam semalam. Mereka kemudiannya diberikan surat rasmi yang mengatakan bahawa kemenangan mereka telah dibatalkan.

"Surat itu ditandatangani oleh ketua unit disiplin, hal ehwal pelajar UPM, Noraihan Nordin" kata Ahmad Shukri.

Kesebelas mereka diberi tempoh sehingga jam 10 pagi ini untuk merayu tetapi terpaksa membayar RM100 setiap orang bagi berbuat demikian.

Kumpulan pro-M menganjurkan bantahan mereka sebaik menerima keputusan pembatalan kemenangan mereka sejak jam 10 malam semalam. Setkat ini, tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan.
NONEPelajar juga meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan timbalan naib canselor apabila beliau tiba di pejabatnya pagi ini.

Satu mesyuarat kemudian diadakan dengan lima daripada calon yang terbabit itu.

"Kami juga menghubungi Timbalan Menteri Pelajaran Tinggi, Datuk SaifuddinAbdullah berhubung perkara tersebut. Beliau melahirkan rasa kecewa yang perkara ini berlaku dan berjanji menghubungi pihak universiti,” kata said Ahmad Shukri.

Ustaz Ismail Kamus sakit



 Ustaz ismail kamus telah dimasukkan ke hospital kerana penyakit darah tinggi.

ayuh bloger dan pembaca pro kerajaan kita doakan agar ustaz cepat sembuh . walaupun kita adakalanya berbeza pandangan politik, namun jangan sekali kita mendoakan yang tidak baik kepada ustaz ismail kamus.

Tuesday, February 22, 2011

Rumahku Syurgaku


Tahniah Isteriku

Pagi tadi dalam pukul 6.30am, ada satu message masuk kat HP BB bini aku. Rezeki awal pagi kot, msg tu mengatakan yang bini aku telah berjaya umtuk melanjutkan pelajaran lagi dalam program Pensiswazahan Guru Ambilan 2011.


Aku tetap bagi sokongan walaupun kami ni dhaif dari segi kewangan. Dan aku telah check website MOE, tempat kursus bini aku akan diberitahu melalui surat yang akan dikirim ke rumah.


Tahniah isteriku

Sunday, February 20, 2011

Hobi saya ( tulisan anakku Wan Amar Akram - Darjah 4 )

Hobi ialah kegiatan yang dilakukan untuk mengisi masa lapang. Semua orang mempunyai hobinya sendiri. Hobi saya ialah bermain bola sepak.Saya bermain bola sepak selepas sembahyang asar dan setelah selesai menyiapkan kerja sekolah saya.

Saya bersiap-siap untuk ke taman permainan.Sebelum bermain saya memanggil kawan saya di rumahnya.Kami ke taman permainan menaiki basikal.

Saya bermain bola sepak kerana menyihatkan badan.Badan saya menjadi cergas, cerdas dan sihat.
Walaupun ia meletihkan saya, saya tetap suka bermain bola sepak yang sangat saya minati

Saya juga berminat bermain bola sepak kerana ianya memberi saya tenaga dan kesihatan pada diri kita.Amalkan gaya hidup sihat adalah baik untuk kesihatan.

Selain itu,masa kita juga turut terisi dengan melakukan perkara yang berfaedah.Dengan itu, tidaklah kita terpengaruh untuk melakukan perkara-perkara yang tidakbaik dan boleh menmerosakan kehidupan kita.

Oleh itu, mulai hari ini marilah kita bermain bola sepak untuk menyihatkan badan. Rakyat sihat negara maju.

Saturday, February 19, 2011

Friday, February 18, 2011

Ragam Anak Di Asrama Penuh

Hari ini seperti hari-hari Jumaat yang lain, aku dan isteri aku menerima panggilan dari anak-anak aku yang berada di asrama penuh. Macam-macam benda yang dipesan untuk dibawa kat depa.

Pagi2 lagi aku dah ke gerai ayam bakar dekat Masjid Al'Aqla Jitra. Aku beli 2 keyl peha ayam panggang. Lepas tu aku ke pasar Jitra beli ikan seludu.Bini aku nak buat gulai ikan seludu ( favorite aku tu).

Selepas solat Jumaat, aku pun ke asrama anak aku di Sek.Men Sains Kubang Pasu. Macam biasa la, walaupun dah janji jam 3pm nak jumpa, tapi anak2 aku tak tunggu lagi. Kena pi panggil macam biasa.

Selesai makan, anak aku yg pompuan tingkatan satu tu bagitau suruh beli uniform TKRS (warna hijau). Si abang pula, aku baru belikan baju/seluar Pengawas Perpustakaan. Tak cukup lagi, dia bagutau ada lagi pakaian yang kena dibeli. Jumlah keseluruhan 4 pasang lagi baju/seluar yang aku kena beli dekat anak2 aku tu berjumlah RM 400.00. Aku redha, memang kena redha ( aku ikut nasihat Ustaz Khazim)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...