widget

Friday, February 18, 2011

Ragam Anak Di Asrama Penuh

Hari ini seperti hari-hari Jumaat yang lain, aku dan isteri aku menerima panggilan dari anak-anak aku yang berada di asrama penuh. Macam-macam benda yang dipesan untuk dibawa kat depa.

Pagi2 lagi aku dah ke gerai ayam bakar dekat Masjid Al'Aqla Jitra. Aku beli 2 keyl peha ayam panggang. Lepas tu aku ke pasar Jitra beli ikan seludu.Bini aku nak buat gulai ikan seludu ( favorite aku tu).

Selepas solat Jumaat, aku pun ke asrama anak aku di Sek.Men Sains Kubang Pasu. Macam biasa la, walaupun dah janji jam 3pm nak jumpa, tapi anak2 aku tak tunggu lagi. Kena pi panggil macam biasa.

Selesai makan, anak aku yg pompuan tingkatan satu tu bagitau suruh beli uniform TKRS (warna hijau). Si abang pula, aku baru belikan baju/seluar Pengawas Perpustakaan. Tak cukup lagi, dia bagutau ada lagi pakaian yang kena dibeli. Jumlah keseluruhan 4 pasang lagi baju/seluar yang aku kena beli dekat anak2 aku tu berjumlah RM 400.00. Aku redha, memang kena redha ( aku ikut nasihat Ustaz Khazim)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...