widget

Sunday, February 20, 2011

Hobi saya ( tulisan anakku Wan Amar Akram - Darjah 4 )

Hobi ialah kegiatan yang dilakukan untuk mengisi masa lapang. Semua orang mempunyai hobinya sendiri. Hobi saya ialah bermain bola sepak.Saya bermain bola sepak selepas sembahyang asar dan setelah selesai menyiapkan kerja sekolah saya.

Saya bersiap-siap untuk ke taman permainan.Sebelum bermain saya memanggil kawan saya di rumahnya.Kami ke taman permainan menaiki basikal.

Saya bermain bola sepak kerana menyihatkan badan.Badan saya menjadi cergas, cerdas dan sihat.
Walaupun ia meletihkan saya, saya tetap suka bermain bola sepak yang sangat saya minati

Saya juga berminat bermain bola sepak kerana ianya memberi saya tenaga dan kesihatan pada diri kita.Amalkan gaya hidup sihat adalah baik untuk kesihatan.

Selain itu,masa kita juga turut terisi dengan melakukan perkara yang berfaedah.Dengan itu, tidaklah kita terpengaruh untuk melakukan perkara-perkara yang tidakbaik dan boleh menmerosakan kehidupan kita.

Oleh itu, mulai hari ini marilah kita bermain bola sepak untuk menyihatkan badan. Rakyat sihat negara maju.

1 comment:

nalzaone said...

Tulisan blog ini ditulis oleh anak aku Wan Amar Akram, Aku suruh dia buat latihan untuk penulisan Bahasa Melayu Tahun 4. Esok ada ujian penulisan. Dengan cara inilah aku dapat menilai kerja atau latihan anak aku.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...