Wednesday, February 23, 2011

Wanita Cemburu Serang Suami

Ahmad Kushairi menceritakan detik-detik dia diserang oleh isterinya kepada wartawan di Ipoh semalam.


IPOH – Tidak diketahui apa yang merasuk isterinya, seorang juruteknik Jabatan Kerja Raya Perak mendakwa, dia tiba-tiba diserang wanita itu sehingga menyebabkan lengannya cedera dilibas pisau sebelum dikurung selama setengah jam dalam rumah sendiri di Taman Pinji Ria, Pengkalan di sini Jumaat lalu.
Sebelum amukan berlaku pada pukul 8.15 malam itu, mangsa, Ahmad Kushairi Abdul Rahim, 31, mendakwa, dia sedang menonton televisyen manakala isterinya, seorang jururawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pula bercakap di telefon dengan seorang sepupu mereka.
“Selepas bercakap isteri saya secara tiba-tiba naik angin.
“Saya kemudian menyambung perbualan dengan sepupu saya. Saya bertanyakan kepada sepupu saya apa yang dibualkan mereka, namun belum sempat sepupu saya memberi jawapan, isteri saya keluar dari dapur dengan pisau dan cuba menetak muka saya,” cerita Ahmad Kushairi.
Nasib juruteknik itu baik kerana dia sempat menepis daripada dicederakan di muka. Bagaimanapun, tindakan wanita yang dinikahi 11 bulan lalu itu telah melukakan tangan kirinya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...