widget

Friday, February 25, 2011

Kelainan BMW 650i Convertible

Penulis memandu uji BMW 650i di Cape Town, Afrika Selatan baru-baru ini.
KATA-KATA seperti menakjubkan dan sempurna cukup sesuai untuk menggambarkan transisi BMW dalam pengeluaran kereta mewah apabila jenama itu menempah satu lagi detik sejarah dengan penghasilan model tradisi kereta berhud.
Seharusnya diakui bahawa kemunculan BMW Convertible Siri 6 dapat memenuhi hasrat dalam kebijaksanaan automotif dalam menghasilkan pemanduan bergaya, mewah dengan bentuk yang menarik pandangan.
Berbeza dengan model dari siri yang sama, Convertible Siri 6 dihasilkan melalui teknologi casis paling maju dan inovatif dengan pelbagai ciri-ciri keselamatan dalam kelasnya.
Jelas BMW mengorak langkah dengan kelainan enjin lapan silinder sebaris yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 300kw/407hp pada 5,500 hingga 6,400 rpm dengan kuasa tujahan turbo berkembar.
Prestasi kenderaan itu yang mempunyai kuasa enjin 4.3 iter memantapkan pemanduan maksimum dengan kuasa kilas 600Nm @ 1,750 hingga 4,500 rpm.
Mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) dalam 5 saat (tranmisi manual), BMW 650i Convertible bagaimanapun hanya dihadkan pada kelajuan 250km/j.
BMW yang pernah memperkenalkan model-model 327 Convertible, 335 Convertible dan 503 Convertible yang kesemuanya mempunyai reka bentuk dan teknologi tersendiri, siri terbaru ini bagaimanapun dilihat sebagai satu pembangunan berterusan pada kereta berhud itu dan antara terbaik daripada model sebelumnya.
Pengalaman
Berpeluang memandu sendiri BMW 650i Convertible ketika menyertai rombongan media ke Cape Town, Afrika Selatan pada 2 hingga 5 Februari lau untuk sesi pandu uji kenderaan tersebut, teknologi terkini pada sistem suspensi pada kereta dua pintu ini membuatkan penulis berasa selesa tanpa sebarang gegaran ketika memandu walapun melalui jalan-jalan yang tidak rata di pinggir bandar di selatan negara berkenaan.
Pemanduaan pada waktu malam juga memberikan kelebihan kerana dilengkapi dengan sistem unik kamera pengimejan haba mampu mengesan benda asing pada jarak sehingga hampir 300 meter yang kemudian menghantar satu imej kontras sebagai panduan kepada pemandu melalui paparan skrin di papan pemuka.
Memandu sejauh 270 kilometer, dengan kelajuan yang boleh dilaras menggunakan Active Cruise Control (ACC) dibantu dengan penambahbaikan teknologi kedudukan roda stering dikenali sebagai Integral Active Stering (IAS) menjadikan pemanduan lebih dinamik dengan kelas tersendiri.
IAS membolehkan kedudukan stering ditetapkan secara automatik jarak kelegaannya antara peha pemandu sesuai dengan gaya pemanduan penulis.
Berdasarkan pengamatan penulis berasakan bahawa model lebih baik dari Siri 5 dan Siri 7 jenama Jerman itu yang turut didatangkan dengan mod pemanduan pilihan iaitu comfort, sport dan normal. Ketiga-tiga mod berkenaan memberikan impak berbeza kepada pemanduan.
Bagaimanapun mod sport lebih memberikan kepuasan sebenar pemaduan kerana ia lebih kereta itu mampu meluncur dengan lebih stabil dengan kawalan yang cekap.
Manakala mod normal adalah pilihan yang lebih sesuai untuk pemanduan ketika di kawasan bandar turut memberikan kepuasan yang boleh diklasifikasikan sebagai yang terbaik dalam kelasnya.
Dalaman
Menampilkan pengubahsuaian yang memberikan kelainan daripada model BMW yang lain, BMW 650i Convertible menawarkan rekaan dalaman yang diperhalusi dengan inovasi teknologi terbaru dalam pemanduan selain sistem keselamatan yang dipertingkatkan.
Ruang dalamannya ditawarkan dengan kemasan kulit bermutu tinggi.
Menariknya kulit tersebut, ia disepadukan dalam satu proses yang dikenali sebagai Teknologi Pantulan Cahaya Matahari yang akan memantulkan haba daripada kerusi.
Dengan kata lain pemandu dan penumpang tidak berasa panas semasa duduk di atas kerusi walaupun semasa cuaca panas terik lebih-lebih lagi semasa pemaduan dengan hud dibuka.
Melalui teknologi ini kepanasan yang melampau akan berkurangan berbanding berbaing kulit konvensional yang mampu mencecah suhu sehingga 36 darjah celsius pada waktu tertentu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...