widget

Monday, May 2, 2011

Malang Umno Kedah...menang Tak Mungkin, Kalah Dah Tentu !!!!!!!!!!!!



Sikap besar kepala, penting diri dan memantul-mantul sebagai merak buih, terus-menerus melanda UMNO Kedah. Perasan yang mereka masih lagi hebat, masih lagi dikehendaki dan masih lagi berpengaruh di Kedah, membuatkan mereka terus bersikap acuh tak acuh terhadap sebarang program yang boleh menaikkan rating mereka semula di negeri Jelapang Padi itu.

Itulah yang berlaku dalam program PERKASA yang dianjurkan di Stadium Suka Menanti, Alor Star semalam. Sekalipun yang menjadi tetamu kehormat adalah bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad, jumlah ahli UMNO yang datang hanyalah sekitar 3 ribu orang.

Mungkin memikirkan yang PERKASA bukan UMNO kerana PERKASA memperjuangkan Melayu dan hak-hak Bumiputera, maka UMNO Kedah enggan terlibat sama. Kalau terlibat sekalipun, penggawa-penggawa dan pembesar-pembesar UMNO yang hadir, bolehlah dibilang dengan jari tangan. Barangkali juga UMNO-Kedah enggan dilabelkan sebagai rasis dan dibimbangi gelaran berkenaan akan menyebabkan UMNO Kedah kalah dalam PRU 13 nanti ekoran rakyat dan pengundi Kedah adalah terdiri daripada majoriti masyarakat campuran yang tidak langsung mempunyai sebarang elemen rasis!!!

Apa yang berlaku semalam, menampakkan ketidaksungguhan UMNO Kedah untuk ‘bekerja’ dan berusaha mencari pengaruh yang kian menipis. Sekadar menaikkan nama Mukhriz Mahathir ke dalam barisan kepimpinan negeri, UMNO Kedah dilihat langsung tidak kreatif untuk memukat ikan di lubuk yang dalam.
Sepatutnya UMNO Kedah tidak malu untuk menumpang populariti PERKASA dan turut sama menjayakan majlis berkenaan, sekaligus dapat membuktikan bahawa UMNO Kedah sebenarnya sudah pun berada di landasan perjuangan untuk merampas negeri itu semula dari tangan PAS sebagaimana yang sering dilaung-laungkan oleh kepimpinan negeri.

Ternyata, segala teori selama ini tentang politik UMNO Kedah, memang benar belaka. PERKASA Kedah dipimpin oleh golongan yang bukan sahaja marhein pengaruh tetapi juga marhein usaha. UMNO Kedah pula dipimpin oleh golongan yang bukan sahaja lapar kuasa, bahkan sanggup berkerat betis kalau berasakan kedudukan mereka tidak selamat. Gabungan pemimpin UMNO dan PERKASA melahirkan barisan kepimpinan katak-katak betung yang bukan sahaja kuat melaung tetapi berbadan kecil dan terpaksa sentiasa menyorok.

Dan dengan demikian, dapatlah kita buat kesimpulan, OSTAT KITA mempunyai wawasan dan pandangan yang sangat jauh lebih ke hadapan berbanding para pemimpin UMNO Kedah yang bukan sahaja dapat melihat laungan katak betung PERKASA setakat berbunyi OUNG-OUNG-OUNG di hujung paya, bahkan perhimpunan PERKASA KEDAH laksana perhimpunan budak-budak sekolah sebab didatangi nazir sekolah, tidak akan langsung menjejaskan PAS sebaliknya menambahkukuhkan pandangan bahawa Kedah selama-lamanya milik PAS.

Syabas OSTAT KITA kerana enggan terlibat dalam majlis BUTA SENI PERKASA, sekaligus tidak terlibat dengan cubaan mencari pengaruh oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang hilang kuku dan gigi tetapi kuat berpegang kepada PERKASA!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...