widget

Saturday, June 18, 2011

Hasan Ali Semakin Terpinggir



Dr Hasan Ali memang sudah lama menjadikan Anwar Ibrahim sebagai idola hidupnya. Dah lama. Kalau semua yang kuat dengan reformasi masih ingat – sekitar tahun 1998; selepas dipecat daripada UMNO – di rumah Anwar di Damansara; Hasan Ali pernah mengucapkan bagaimana Anwar adalah NABI yang dihantar kepada umat Melayu dan rakyat Malaysia. Betul. Memang itulah ayatnya. Memang ramai yang berada dihalaman rumah Anwar yang tersentap. Hairan; bagaimana seorang yang mempunyai ilmu agama seperti Dr Hasan Ali boleh mengaitkan Anwar sebagai NABI umat Melayu. Hairan.

Sekali air bah – sekali pantai berubah. Hasan Ali pun mempunyai mata dan telinga untuk melihat tindakan dan kerjabuat Anwar di Selangor. Banyak perkara, Dr Hassan Ali memang kurang gemar memberikan dokongan berlebihan kepada acara-acara yang melibatkan ‘menjaga kepentingan Anwar’. Baik dalam bentuk solat hajat. Baik dalam bentuk ceramah yang besar-besaran; yang memerlukan bantuan kewangan Pusat Zakat Selangor dan mana-mana agensi Islam yang lain. Sebagai pemimpin yang amanah, banyak kali permohonan ‘tajaan program’ peribadi Anwar ditolak dengan mentah-mentah oleh Dr Hassan Ali.
Hubungan Dr Hassan Ali dan Anwar menjadi semakin dingin. Banyak program Anwar; Dr Hassan tidak mahu telribat sama. Banyak perkara yang memerlukan dokongan kewangan agensi Islam di Selangor juga ditolak dengan baik oleh Dr Hassan. Sehinggalah timbul kemungkinan kononnya; Dr Hassan Ali adalah antara individu yang terlibat di dalam usaha menjayakan hubungan baik UMNO dan PAS. Anwar cukup panas hati; apabila seorang yang sangat dia percaya – akhirnya sudah mula menggerakkan arus baru di dalam PAS.
Anwar tidak perlu menunggu lama. Cita-cita Anwar untuk mengenepikan Dr Hassan Ali sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri tidak perlu menunggu lama. Mudah sangat. Dalam pertemuan sulit – antara Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden PAS bersama Anwar dan Kak Wan; dengan bahasa yang cukup lembut – Anwar membayangkan bahawa PAS Selangor perlu dirubah kepimpinannya. Anwar melahirkan rasa kurang puas hati dengan tindakan EXCO PAS yang dirasakan sudah mula berfikir secara sendiri dan tidak menjaga ‘kesepaduan’ Pakatan Rakyat.
Dalam pertemuan itu; hanya Mahfuz Omar sahaja yang membuat catatan. Timbalan Presiden hanya mendengar. Naib Presiden yang lain juga diam dan mendengar sahaja ‘amanat’ seorang ulama’ baru kepada perjuangan PAS. Makanya, selepas pertemuan 1 jam setengah di Segambut; mesej yang disampaikan kepada Presiden PAS adalah jelas dan terang. Dr Hassan Ali MUST GO!
Hadi tidak ada banyak pilihan. PAS masih bergantung harap kepada Kerajaan Negeri Selangor dalam banyak hal ‘dana dan kewangan’. Banyak. Ini semua membantu PAS bernafas sedikit; tanpa terlalu menekan PAS Kelantan dan Kedah. PAS Kelantan dan Kedah kurang kemampuan. Maka, Selangorlah yang banyak membantu kewangan PAS selama ini. Kehendak Anwar dituruti dengan rela. Hassan Ali ditukar dengan Dr Abd Rani Osman. Mudah.
Makna kata, jangan anggap Anwar tidak ada kuasa dalam PAS. Jangan. Anwar adalah individu paling berkuasa kepada PAS dan PKR. Dalam pertemuan sama, Anwar membayangkan bahawa akan ada ‘re-shuffle’ EXCO di Selangor; yang turut melibatkan PAS. Anwar dah nyatakan dengan jelas – Selangor akan dipimpin dengan lebih baik dan penuh dengan semangat Pakatan Rakyat. Yang tidak sayang PR – boleh berambus dan main jauh-jauh. Itu ayat Anwar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...