widget

Wednesday, June 15, 2011

Tips Murah Rezeki

Kisah ini berdasarkan pengalaman seseorang



Anda semua pernah mengalami situasi begini?
Didatangi oleh peminta sedekah?
Haiwan ( kucing) yang datang kelaparan?
Ibu Bapa meminta anda pulang ke kampung?

Jika salah satu dari situasi ini terjadi pada anda, diharap anda tunaikan sahaja 
dengan hati yang iklhas tanpa memikirkan pelbagai tanda tanya..



Pengalaman saya bagi ketiga-tiga situasi ini..

Ketika bujang / mahupun kini yang telah berumah tangga sering juga makan diluar 
( kedai makan dikota atau berdekatan dengan rumah)
kerana kesibukan kerja dan hanya saya dan isteri serta 2 orang anak sahaja, rasa nya lebih berbaloi makan diluar sahaja jika hendak dibandingkan masak sendiri, dengan kos barang mentah semakin meningkat.

Semasa makan di luar ( kedai makan ), sekali - sekala akan didatangi kucing kemungkinan lapar, sering bermain ( menggeselkan badannya dikaki) di bawah kerusi yang saya duduk. 
Selepas makan atau sebelum jika saya rasa makan yang di order tu agak banyak seperti ikan atau ayam saya akan beri sedikit pada kucing tersebut. 
Setiap kali saya berbuat begitu saya rasakan rezeki anak-anak saya tidak pernah putus, walaupun ia datang bukan dengan wang ringgit. saya bersyukur Pada Allah.
Walaupun sekali sekala kita akan rasa rimas, janganlah sesekali kuis kucing dengan kaki , apatah lagi sepak. Tak dinafikan saya juga ada rasa rimas pada mulanya tapi saya buat tak tahu sahaja.

Semasa duduk masuk di kedai makan, sambil menunggu makanan yang di order, ada kalanya peminta sedekah ( orang tua, muda, kanak-kanak) akan datang menghulurkan tabung, ada juga yang menunjukan katalog, gambar kutipan bagi anak-anak yatim dan sebagainya. Tanpa fikir panjang Seluk poket atau dompet tengok la berapa yang mampu, saya terus berikan sedekah dengan senyuman.  Ada satu masa dulu isteri saya pun terkejut saya memberikan lebih dari sangkaannya. Saya cuma cakap padanya duit boleh cari rezeki belum tentu mudah kita dapat. Dia terus diam.
Dalam Bulan yang sama juga rezeki saya bagaikan melimpah, Wang ringgit dan sebagainya dengan mudah saya perolehi. Itulah dikatakan nikmat rezeki yang Allah berikan pada saya.

 Pada bulan April 2011, MakMetua saya pergi ke rahmatullah. Sebelum pemergiannya, Mak mertua saya telah menefon isteri saya, katanya dia rindu dan lama tak tengok cucu-cucunya. Isteri saya pun memberitahu pada saya mak rindu pada kita dan dia pun rindu sangat nak jumpa mak. Saya pon pada masa tu sibuk lagi dengan kerja, dan mencari hari yang sesuai nak balik kekampung, Saya dan isteri merancang dalam masa terdekat akan balik ke kampung tapi pada 14 April abang ipar memberitahu mak masuk hospital kerana demam, Katanya mak demam biasa saja. Pada 15 april selepas pulang dari kerja hati saya makin resah ( tak sedap hati) , sata dan keluarga terus balik ke kampung. Bila sampai di hospital Mak mertua sakitnya kian tenat dan pada Jam 12.30 pagi Mak mertua saya meninggal dunia.

Semuanya yang terjadi hanya ingin menguji keimanan kita di dunia. saya pasti situasi yang saya pernah hadapi ini juga pernah dihadapi oleh anda cuma keadaan dan situasi nya mungkin berlainan.
Zaman sekarang, balasan yang diterima begitu pantas mahupun baik atau buruk, tidak seperti masa dulu balasan di terima dan ditunjukan masa kita nazak atau meninggal dunia.
Jadi perkongsian pengalaman saya ini sedikit sebanyak dapat membantu anda beramal.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...