Tuesday, June 14, 2011

Lubang Neraka?



Sama ada betul atau tidak, namun eloklah kita ambil iktibar daripada kejadian tersebut

Ya Allah ya Tuhanku Engkau ampunilah segala dosa-dosaku
Imej di atas adalah kesan peninggalan badai tropika   yang telah melanda 3 negara di Amerika tengah: Guatemala, Honduras, dan El Savador pada 31 Mei 2010
Di Guatemala City (Ibukota Guatemala ), badai taufan tersebut meninggalkan sebuah Lubang Gergasi  yang sangat bersih dan rapi tanpa bekas galian di sekelilingnya! Aneh bin ajaib!





Badai tropika yang melanda Guatemala ini menghancurkan banyak rumah, bangunan, jambatan, dan mengorbankan  ramai penduduk. Seolah-olah pintu gerbang neraka yang menganga hasil tinggalan ribut taufan  yang telah mengorbankan  115 orang. Lebih dari 29 ribu orang mungkin  kehilangan rumah dan terpaksa mencari penempatan yang lain.

  
Lubang gergasi ini   memang sangat dahsyat dan rapi sekali! Daerah disekitar lubang ini seperti tidak disentuh oleh si penggali lubang maut ini. Semua yang ada di atas lubang ini, seperti   jalan berturap , rumah penduduk, dan lapisan tanah yang luar biasa padat dan keras,... seolah-olah semuanya di sedut kedalam kegelapan alam maut!
Ironinya lubang ini seperti mempunyai kekuatan  tersendiri yang dapat menarik dan menelan manusia yang berani mendekatinya! Tidak ada orang yang punya daya  untuk memasuki  rumah-rumah yang masih tinggal di sekelilingnya, walaupun bangunannya masih baik


Sebagai langkah keselamatan, pihak berkuasa Guatemala meletakan tanda  NO-GO-ZONE  kira-kira 500m keliling daripada lubang tersebut

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...