widget

Tuesday, March 8, 2011

Ahmad Yusof Direhat, Radhi Mat Din Pangku Tugas



ALOR SETAR 7 Mac - Ketua jurulatih skuad bola sepak Kedah, Ahmad Yusof akan direhatkan berkuat kuasa serta merta sementara penolong jurulatih Radhi Mat Din akan memangku jawatan Ahmad bagi satu tempoh yang akan ditetapkan kelak.
Menteri Besar yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat khas KFA malam tadi.
"Kita ambil berat dan kecewa dengan persembahan pasukan sebab ramai pemain kebangsaan (dalam pasukan Kedah). Harap penyokong berpuas hati beliau (Ahmad) direhatkan dulu bagi membolehkan KFA tengok dan kaji dulu perkara-perkara lain,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Para peminat kecewa dengan prestasi Kedah lebih-lebih lagi sehingga tersingkir daripada saingan awal Piala FA, Jumaat lalu.
Kedah kini turut menduduki tangga ke-10 daripada 14 pasukan Liga Super dengan hanya memperolehi satu kemenangan selepas enam perlawanan. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...