widget

Wednesday, March 9, 2011

Pelancaran Memoir : Tun M Sedia Hadapi Litigasi



A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamaddilancarkan pada Selasa oleh MPH Group.
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau bersedia menghadapi sebarang litigasi ekoran beberapa pendedahan yang beliau coretkan dalam memoirnya bertajuk A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilancarkan pada Selasa oleh MPH Group.
Bekas perdana menteri itu berkata, setakat ini, beliau tidak menerima apa-apa litigasi daripada pihak terbabit yang mungkin terkilan dengan hasil penanya.
"Itu bukan merupakan sebabnya. Kami merahsiakan pelancaran buku tersebut pada awalnya kerana bimbang seseorang itu akan menghalang buku tersebut daripada dijual dan mengambil injuksi terhadapnya (pelancaran buku tersebut).
Staf MPH menyusun memoir Dr Mahathir di MidValley. - Foto THE STAR Oleh AZHAR MAHFOF
"Jadi terdapat kebimbangan ketara (absolute fear). Saya sebenarnya gementar. Tetapi nasib baiklah sehingga sekarang, tiada tindakan litigasi diambil. Sekiranya ada, saya akan menghadapinya," katanya dalam sesi soal jawab bersama orang ramai dan media selepas pelancaran buku tersebut.
Terdapat bahagian dalam memoir tersebut yang menyentuh tentang sensitiviti tertentu khususnya berkaitan dengan sebab-sebab mengapa beliau menyingkirkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalannya dan selepas itu daripada Umno.
Memoir setebal 843 halaman itu dilancarkan di pusat membeli-belah Mid-Valley.
Dr Mahathir bersalaman dengan orang ramai yang baru membeli memoirnya ketika tiba di MidValley.
Kenyataan MPH menyebut, memoir tersebut menyentuh tentang perjalanan kehidupan Dr Mahathir daripada zaman kanak-kanak sehinggalah beliau melibatkan diri dalam politik dan kemudian menjadi perdana menteri yang keempat.
Dalam acara yang sama, bekas perdana menteri itu turut menandatangani 50 naskhah pertama yang dijual sejak jam 10 pagi.
Ditanya mengenai bab yang paling sukar ditulis, Dr Mahathir memberitahu, adalah sukar untuk beliau mengenalpastikan bab-bab tersebut tetapi mengakui cabaran paling besar adalah sedaya upaya untuk mengelak daripada mengagung-agungkan diri sendiri.
Orang ramai mengemuruni pentas sesi soal jawab bersama Dr Mahathir.
"Saya dapati sukar untuk menulis kerana ia berkisar kepada diri saya. Apa-apa berkaitan tentang diri, saya berasa kurang selesa kerana pembaca ingat saya mempromosi dan memuaskan diri sendiri. Itu adalah bahagian yang paling sukar," katanya.
Ditanya mengapa beliau mengambil tempoh masa selama lapan tahun untuk menghasilkan buku tersebut, Dr Mahathir berkata: "Bagi mereka yang mengenali saya, apabila saya menulis, saya biasanya buang draf pertama, kedua, tulis draf ketiga.
Sebanyak 50 pembeli pertama memoir berpeluang mendapatkan tandatangan bekas perdana menteri pada buku masing-masing.
"Dan sekiranya masih tidak berpuas hati, saya akan tulis draf keempat. Mungkin draf kelima adalah draf terakhir," katanya sambil mengundang hilai ketawa daripada para hadirin.
Tambahnya, beliau tidak menaip tetapi menulis dengan tangan dan ini menjelaskan mengapa ia mengambil masa yang agak lama.
Mengenai tajuk buku tersebut, A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad, Dr Mahathir memberitahu, beliau tidak ingin tajuk tersebut terlalu mengagung-agungkan dirinya.
Memandangkan asal-usul dirinya berlatarbelakangkan seorang doktor, beliau berkata, adalah lebih sesuai untuk memilih tajuk tersebut.
Dr Mahathir tidak menang tangan menandatangani bukunya.
"Hakikatnya, saya seorang doktor yang memastikan kesihatan sesebuah negara... Saya selalunya seorang doktor," jelas beliau.
Menjawab satu soalan daripada seorang warga asing dari India, Dr Mahathir berkata, mesej utama buku tersebut kepada dunia secara keseluruhannya ialah "di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya."
"Sekiranya terdapat mesej utama, ia semestinya saya sebagai orang kebiasaan yang tidak dilatih dalam bidang pentadbiran, ekonomi, kewangan, tetapi sekiranya kita komited untuk belajar, tidak ada masalah.
"Ganjaran paling baik adalah bukan merupakan wang ringgit, tetapi hasil daripada kerja kita," katanya lagi dengan diiringi tepukan gemuruh daripada hadirin.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif MPH, Datuk Ng Tieh Chuan berkata, kira-kira 5,000 naskhah memoir tersebut telah dijual di seluruh negara sejak pagi hingga berakhirnya pelancaran buku tersebut di MPH Mid-Valley.
Dr Mahathir menunjukkan karyanya yang mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.
Di Mid-Valley sahaja, sejumlah 500 naskhah memoir berkenaan telah habis dijual hari ini.
Katanya lagi, cetakan pertama memoir Dr Mahathir ini adalah sebanyak 50,000 naskhah untuk diedarkan di seluruh negara, Singapura dan Asia Tenggara.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...