widget

Wednesday, February 15, 2012

Lubang - Lubang Maha Besar Ciptaan ALLAH SWT Dan Angkara Tangan Manusia





"Sesungguhnya kerosakan di atas muka bumi ini adalah angkara tangan-tangan manusia....." mafhum ayat Al Quran.

Penulis telah menjumpai sejumlah gambar-gambar yang menunjukkan lubang-lubang maha BESAR cipaan Allah swt dan angkara tangan-tangan manusia. Lubang-lubang itu dikorek oleh manusia untuk mendapatkan sedikit harta untuk menunjukkan kemegahan dan keegoan mereka...

Di samping itu ada juga beberapa keping gambar lubang yang terbentuk akibat bencana alam...

Ada juga beberapa lubang yang terbentuk sejak penciptaan bumi ini...

Jom kita saksikan. 



Ini adalah lubang Besar Kimberly..rasanya terletak di Amerika. Lubang ini terjadi bersama kejadian alam ini. 


Ini gambar Lubang besar Kimberly dari sudat lebih inggi...lihat..manusia sanggup bina rumah di tepi lubang tu ja.



Lubang maha besar dan dalam ini terletak di Guatemala, Amerika Latin. Ia terjadi selepas berlaku gempa dan mendapan tanah. Kedalaman lubang tu tak dapat dipastikan lagi. Wow....bala tu. 




Ini gambe lubang tu dari sisi yang lain. 



Lubang kat bawah ni pulak ciptaan Allah swt. Ia terletak di negara Belize. Ia di gelar Great Blue Hole Belize. Terletak dala laut. 


Ha..yang cari bala punya...Lubang ni di reka untuk empangan. Iaitu Empangan Monticello. Kat US kot. Kalau jatuh kat dalam tu kira tak payah cari la. Panggil tok imam baca talkin ja kat tepi lubang tu. 



Gambar bawah kelihatan semasa lubang tu sedut air. 



Seterusnya..yg bawah ni pulak Lubang Lombong Berlian Diavik...entah kat hujung dunia mana saya pun tak tau da... nak cari berlian sebutir ......sekerat bumi diaorang korek.... 



KAt bawah ni masa musim sejuk...semua air kat tepi lubang tu beku....grrrr....sejuk. 



Kat bawah ni pulak Lubang Chuquicanata kat Chile...entah diorang korek cari apa entah... 


Kat bawah ni pulak lubangciptaan Allah swt. Di gelar Burning Gates. Terletak di Turkmenistan. Ada keluar larva dan apai lagi... 



Yang ni digelar Bingham Canyon Hole.


Dari dalam lubang. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...